Kenapa Kyle Walker Memakai Stokin Yang Berlubang-lubang?

Dalam perlawanan Community Shield menyaksikan Manchester City menewaskan Chelsea 2 gol tanpa balas dan kedua-dua gol itu hasil jaringan Aguero yang merupakan gol ke-200 dan 201 bersama Manchester City, Kyle Walker mencuri tumpuan.

Stokin yang dipakai pemain pertahanab The Citizen itu agak mencolok mata dengan lubang-lubang yang sengaja ditebuk kelihatan di mata kasar.

Dengan stokin yang berlubang di kedua-dua belah kaki itu telah menimbulkan tanda tanya warga internet. Di Twitter kicauan jelas kedengaran yang mahukan kepastian.

Ada yang menganggap ini merupakan satu trend baru dalam bola sepak selepas rakan sepasukan Walker di peringkat kebangsaan, Danny Rose juga dilihat melakukan perkara yang sama di Piala Dunia Russia.

Ini bukanlah pertama kali buat Walker yang merupakan pemain kelahiran akademi Sheffield United memakai stoking yang ditebuk dengan rakus sedemikian rupa.

Dah macam logo Piala Dunia Russia stokin Rose.

Alasan dan penjelasan disebalik lubang itu sangat jelas dan lojik.

Lubang-lubang ditebuk bagi mengurangkan tekanan ke atas bahagian bawah kaki atau lebih tepat labu betis yang besar dan selambak. Maka kehadiran lubang itu melegakan labu betis yang boleh menyebabkan kesakitan kepada otot jika terlalu ketat.

Kenapa tidak semua pemain membuat lubang? Saiz labu betis setiap pemain adalah berbeza. Contoh bodohnya seperti payudara yang mempunyai saiz berbeza tetapi mujur bra mempunyai pelbagai saiz. Kalau tidak kena tebuk jugak kot.

Kerana stokin terlalu ketat maka lubang terpaksa dibuat yang merupakan solusi ringkas untuk mengurangkan tekanan ke atas otot dan mengurangkan kesakitan sekaligus dapat mengelakkan kecederaan.

Pertahanan Bayern Munich Matt Hummels sebelum ini telah membuat lubang di kasut bagi membolehkan ibu jari kakinya bernafas dengan lebih lancar. Kaki cagu barangkali.

Mats Hummels mencuri tumpuan ramai apabila kasut Adidasnya telah berlubang di kedua-dua belah bahagian ibu jari kaki.

Selepas perlawanan Hummels telah menjelaskan kenapa butnya berlubang.

“Aku tak boleh menahan tekanan dari ibu jari kaki aku yang besau nau ni sebab dua-dua dah naik biru, ibu jari aku mengalami kecederaan masa tu. Aku harap ibu jari kaki ni akan pulih minggu depan.”

Ketika ditanya adakah dengan kasut berlubang mengganggu permainan beliau? Hummels menjawab :

“Tak beri kesan langsung, aku ikat kasut ketat-ketak, jadi ibu jari ni duk diam kat situ jela.”

“Sayan awak ketat,sendat, padat.” Ujar Hummels.

Untuk mengurangkan kesakitan ibu jari kakinya Hummels telah membuat lubang untuk ibu jari kaki bernafas.

BACA:  Kitman Middlesbrough Mendedahkan Rahsia Pemakaian Stokin Pemain