Pasukan Chelsea turun untuk perlawanan pertama selepas aset kelab yang dimiliki oleh Roman Abramovich telah dibekukan kerajaan kerana situasi terkini membabitkan Ukraine dan Rusia.
Dalam perlawanan menentang Newcastle United ini menyaksikan pasukan Chelsea masih lagi menggunakan jersi lama mereka yang mempunyai logo penaja utama mereka di perut iaitu Three.
Manakala di bahu kiri pula masih lagi terdapat logo penaja dari syarikat automotif Korea Selatan iaitu Hyundai.
Kerajaan British telah membekukan aset Roman Abramovich kerana dipercayai dan dituduh menjadi orang kuat Vladimir Putin dan Roman Abramovich telah menafikan perkara ini.
Namun penafian itu tidak mampu menghalang kerajaan British mengenakan sekatan ke atas Chelsea walaupun apa yang terjadi ini adalah perkara yang berunsur politik yang sebelum ini ditendang jauh dari bola sepak.
Berikut adalah sekatan yang dikenakan kepada:
1. Semua aset yang dimiliki oleh Abramovich dibekukan.
2. Masih boleh beroperasi di bawah lesen khas, tetapi penjualan saham kelab yang sedang berjalan adalah dilarang.
3. Chelsea tidak dibenarkan memindahkan pemain atau melanjutkan kontrak pemain.
4. Tidak dibenarkan menjual barangan dan kedai kelab telah ditutup.
5. Chelsea tidak dibenarkan menjual tiket setiap perlawanan, namun pemegang tiket pas bermusim masih boleh menonton perlawanan.
6. Peminat dilarang menghadiri perlawanan di tempat lawan.
We recognise that this decision will impact the many Chelsea fans who follow their team passionately. However, we feel that given the circumstances, and the Government sanction that is in place, it is the right thing to do. 2/2
— Three UK (@ThreeUK) March 10, 2022
Malang terus memburu Chelsea, lantaran sekatan ini penaja utama Three telah menarik kembali penajaan £40 juta semusim dan tidak mahu lagi logo mereka berada di perut pemain Chelsea yang berketak-ketak.
Kemudian syarikat automotif Korea Selatan, Hyundai mengikut jejak Three apabila turut menggantung penajaan mereka sehigga notis terkini akan dikeluarkan.
Kenapa logo Three dan Hyundai masih lagi ada walaupun kedua-dua penaja ini mahu logo mereka dibuang?
Chelsea's kit today, despite requests from Three and Hyundai to remove their logo from their shirt. pic.twitter.com/C0ozAdCvsB
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) March 13, 2022
Sekatan yang dikenakan telah meletakkan pasukan Juara Dunia ini dalam keadaan terdesak dan urusan harian kelab kini hanya dijalankan dengan apa yang ada ditangan.
Chelsea dilaporkan tidak mempunyai sebarang jersi tanpa logo penaja mereka selepas semua aset kelab dibekukan dan tidak mampu untuk menempah jersi baru yang kosong.
Sekatan kewangan yang dikenakan ini menjadikan Chelsea sebuah pasukan miskin yang seperti menghitung menunggu mati dan jika situasi ini berterusan Chelsea tidak akan mampu untuk meneruskan saingan Premier League sehingga ke akhir musim.
Chelsea still have @ThreeUK on their shirts because they do not have any shirts without the logos and are currently unable to order more after Abramovich was sanctioned
[Football London]
— That's Football! (@ThatsFootballTV) March 13, 2022
Belanja bulanan Chelsea untuk membayar gaji pemain sahaja adalah £28 juta, itu belum lagi termasuk gaji jurulatih, pengurus pasukan dan staf kelab.
Jangan pulak kau suruh Lukaku ke Werner yang payung. Kalau tempat kau kerja nak bangkrap pun kau takkan keluarkan duit sendiri. Ntah-ntah kau dulu cabut.
Syarikat peralatan sukan dari Amerika Syarikat, Nike sebelum ini juga mahu menarik diri namun membuat pusingan U dengan satu drift yang bergaya untuk terus menjadi rakan niaga.
Selain Nike, Trivago juga menyatakan kesetiaan untuk bersama-sama Chelsea mengharungi detik yang memilukan ini.
🚨 BREAKING 🚨
Chelsea's bank account temporarily suspended by Barclays pic.twitter.com/ILLdXaAHVN
— Football Daily (@footballdaily) March 11, 2022
Kontrak Nike bersama Chelsea sebelum ini dimeterai pada 2016 dan durasianya adalah selama 15 tahun. Jika Nike menarik balik tajaan, juara bertahan Liga Juara-Juara itu akan kehilangan baki £540 juta daripada £900 juta kontrak tersebut.
Chelsea juga dikenakan sekatan untuk perbelanjaan ke tempat lawan di mana hanya £20,000 sahaja dibenarkan situasi ini sangat memeningkan kerana Chelsea akan menentang Lille di UCL.
🗣️ "We can go by plane. If not, we go by train. If not, we go by bus. If not, I drive a seven-seater!"
Thomas Tuchel is letting nothing stop him from getting to Lille for Chelsea's midweek Champions League fixture… 🚌 pic.twitter.com/IetZn2GRNT
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 13, 2022
Selepas perlawanan menentang Newcastle United menyaksikan Chelsea menang dengan jaringan lewat permainan Kai Havertz, Thomas Tuchel berkata beliau akan pastikan pemainnya ke Lille walaupun terpaksa memandu sendiri.
“Maklumat terakhir yang aku terima, kami sudah mempunyai pesawat, kami akan pergi dan pulang dengan pesawat. Jika tidak kami akan naiki keretapi atau bas. Jika tidak boleh jugak aku akan pandu kereta 7 seat.”
“Sejujurnya, aku akan buat. Pegang kata-kata aku. Aku akan buat apa saja untuk ke sana.”
Walaupun diucapkan dengan nada gurauan namun Tuchel sanggup lakukan apa saja untuk ke Lille.