Kenapa Maradona Memakai Jam Dikedua-dua Belah Tangan?

Figura yang penuh kontroversi dan juga pemain bola sepak lagenda Argentina serta dunia, Diego Maradona telah menimbulkan tanda tanya kenapa sentiasa memakai jam di kedua-dua belah tangan.

Maradona cemerlang bersama negara dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika bersama kelab Itali di Serie A, Napoli dengan 115 gol dalam semua pertandingan.

Diego Armando Maradona Franco itulah nama penuh lagenda ini ketika didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Argentina, lahir pada 30 Oktober 1960 dan kini berusia 58 tahun.

Penulis sukan, pemain dan peminat telah mengangkat Maradona sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Maradona juga telah duduk sebaris bersama Pele sebagai FIFA Player of the 20th Century.

Jika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menjadi pertikaian siapa GOAT yang sebenar, Maradona juga tidak terkecuali dibandingkan dengan Pele siapa pemain terhebat sepanjang zaman walaupun bermain dalam era berbeza rentak muzik terkini.

Walaupun sudah bersara dan menikmati pencen penuh bersama kerajaan Argentina Maradona masih lagi menjadi tumpuan. Terbaru ketika steady mengacukan jari tengah kepada peminat Nigeria.

Jika diperhatikan dan disedari tabiat Maradona memakai jam di tangan kiri dan kanan beliau bukan perkara baru . Pada Piala Dunia 2010 lagi perkara ini menjadi tabiat buat Maradona.

Pemain penyerang yang merupakan pemenang Piala Dunia 1986 akan memakak dua jam apabila berada diperantauan. Dan sebab kenapa Maradona memakai dua jam sangatlah tidak menarik.

Maradona memakai dua jam bila berada dalam pengembaraan kerana satu jam telah ditetapkan waktu tempatan di mana beliau berada dan satu lagi masa mengikut waktu tempat kelahiran beliau iaitu, Argentina.

Tak menarik bukan? Ternyata Maradona memakai dua jam bukan sebab terlalu kaya dan terlampau banyak duit atau mempunyai OCD.

Bekas pemain Boca Juniors, Barcelona dan Napoli itu memakai jam jenama Hublot mempunyai perjanjian dengan jenama tersebut.

Deretan jam dipakai Maradona agak sedap harganya walaupun tidak semewah jenama Bijan di mana jam tersebut mempunyai nombor ikonik Maradona iaitu nombor 10 di jam tersebut.

King Power Maradona

Brand : Hublot
Collection : King Power
Model : King Power Maradona
Reference : 716.CI.1129.RX.DMA11
Nber of pieces : 500
Complement : Black Ceramic – Black Rubber Strap
On sale : 2012
Price : €19,400

Mohon belanja

Baca Juga

Baca Juga