Kenapa Michael Olise Tidak Raikan Gol Freekick Menakjubkan vs Man Utd?

Timbul persoalan di benak fikiran ramai, kenapakah Michael Olise tidak meraikan jaringan gol sepakan percuma yang teramat padu lagi menakjubkan ketika menentang Manchester United?

Bruno Fernandes membukan tirai jaringan perlawanan pada penghujung babak pertama dengan satu rembatan deras selepas menerima hantaran daripada Cristian Eriksen.

Ketika Manchester United sedang bertahan dan berkira-kira untuk mendapatkan 3 mata penuh dan merekodkan kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan gol penyamaan hadir.

Pada minit ke-91 Crystal Palace mendapat sepakan percuma dan pemain muda berusia 21 tahun, Michael Olise berjaya menewaskan David De Gea dengan satu sepakan percuma yang sangat menakjubkan.

Selhurst Park bergema, penyokong Crystal Palace meraikan jaringan tersebut seperti tiada hari esok dengan jeritan yang mampu mencederakan anak tekak masing-masing.

Namun Michael Olise seperti tidak gembira dengan jaringan itu dan tidak meraikannya, hanya menggengam penumbuk muka tanpa perasaan itulah reaksinya yang menimbulkan persoalan.

Rakan separukannya terus berlari mendapatakannya untuk diraikan bersama, mereka datang dan memeluk Michael Olise yang masih lagi tidak mempamerkan reaksi kepada gol itu.

Hujung tahun lalu selepas menjaringkan gol menentan West Ham United, Michael Olise telah memberikan temuramah penuh kedingingan kepada Palace TV ketika ditanya mengenai jaringannya, Olise hanya menjawab sepatah-sepatah nak tak nak je.

Enggan meraikan gol boleh dianggap keraian gol tahap seterusnya. Berjaya untuk menjaringkan gol menentang salah satu kelab terbesar di dunia sepatutnya menjana emosi. Tapi mungkin dalam hati Olise ‘United je pun.’

Menurut bekas rakan sepasukannya di Reading, Michael Morrison, ia adalah sesuatu yang selalu dilakukan oleh Michael Olise selepas menjaringkan gol.

Michael Morrison bercakap kepada The Athletic sejurus selepas Michael Olise berpindah dengan bayaran £8 juta ke Palace pada 2021 untuk menawarkan sedikit pandangan tentang pemain antarabangsa Perancis itu. Morrison berkata:

“Kami akan mengatakan dia agak pelik kadang-kadang kerana apabila dia menjaringkan gol, dia kadang-kadang tidak akan meraikannya.”

Michael Morrison telah mendedahkan ketika di Reading rakan sepasukan akan menerangkan kepadanya bahawa dia telah menjaringkan gol kerana Olise langsung tidak meraikan.

“Kami akan berkata, ‘Mike, anda baru sahaja menjaringkan gol penting dan anda hanya berjalan ke belakang?’. Apa yang dia lakukan?

“Kemudian dia akan bermain dua sentuhan dengan pengurus (Veljko Paunovic) di gim, dia akan memenangi satu mata dalam itu, dan dia akan menjerit dan meraikannya, tetapi pada hari Sabtu, dia akan menjaringkan gol dalam hadapan penyokong sendiri dan hanya berdiri di sana.”

“Kami tidak pernah benar-benar mengetahui sebabnya. Dia tidak boleh memberi kami jawapan tetapi dia berbeza; pemain istimewa.”

Michael Olise menyertai Crystal Palace pada tahun 2021 di usia 19 tahun, dalam debutnya dia telah terlibat dalam jaringan gol dan mencetak nama selaku penjaring juga.

Pemain yang lahir di London ini memilih untuk beraksi bersama Perancis di usia remajanya dan belum membuat debut dalam mana-mana pasukan senior kebangsaan ini merupakan bekas pemain akademi Chelsea dan Manchester City namun memilih jalan keluar untuk bersama Reading.

BACA:  8 Pemain Dengan Lonjakan Nilai Tertinggi Selepas Musim 2022/23