Kenapa Nama Pemain Iceland Berakhir Dengan – son?

Pasukan bola sepak Iceland bukanlah satu pasukan yang digeruni di mata dunia walaupun mereka menjadi antara pasukan terawal yang layak secara merit ke Euro 2016 pada tahun yang lalu dan kini mereka sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Banyak keistimewaan negara pulau di utara Eropah ini. Selain negara yang kecil dan berpopulasi hanya seramai 350,000 orang, nama pemain Iceland juga turut mencuri tumpuan.

Kehadiran Iceland buat pertama kali dengan status sebagai negara terkecil pernah layak ke Piala Dunia boleh dibanggakan.

Peluang Iceland untuk layak ke pusingan kalah mati masih ada walaupun rumit. Sehingga kini Iceland boleh dianggap sebagai pasukan pengacau yang berjaya.

Dengan program pembangunan akar umbi yang betul, Icelan sebuah negara kerdil akhirnya berjaya mendapat tempat di Kejohanan utama bola sepak dunia.

Berikut adalah senarai lengkap pemain Iceland pada Piala Dunia 2018 di Russia yang lalu.

Penjaga gol :

Hannes Thor Halldorsson (Randers FC)
Runar Alex Runarsson (FC Nordsjælland)
Frederik Schram (FC Roskilde).

Pertahanan :

Kari Arnason (Aberdeen)
Ari Freyr Skulason (K.S.C. Lokeren Oost-Vlaanderen) Birkir Mar Saevarsson (Hammarby)
Sverrir Ingi Ingason (FC Rostov)
Hordur Magnusson (Bristol City)
Holmar Orn Eyjolfsson (Maccabi Haifa)
Ragnar Sigurdsson (FC Rostov)

Pemain tengah :

Johann Berg Gudmundsson (Burnley)
Birkir Bjarnason (Aston Villa)
Arnor Ingvi Traustason (Malmo FF)
Emil Hallfredsson (Udinese)
Gylfi Sigurdsson (Everton)
Olafur Ingi Skulason (Kardemir Karabukspor)
Rurik Gislason (FC Nurnberg)
Samuel Fridjonsson (Valerenga)
Aron Gunnarsson (Cardiff City)

Penyerang :

Alfred Finnbogason (FC Augsburg)
Bjorn Bergmann Sigurdarson (FC Rostov)
Jon Dadi Bodvarsson (Reading)
Albert Gudmundsson (PSV Eindhoven)

Jika diperhatikan hampir semua nama mereka berakhir dengan son kecuali Frederik Schram dan kenapa Gudjohnsen tidak berakhir dengan Son?

Kenapa Nama Pemain Iceland Berakhir Dengan – son?

Jadi, apa persamaan antara nama-nama tersebut? Semua nama berakhir dengan huruf -son, kecuali Gudjohnsen.

Tidak seperti negara-negara barat lain, Iceland tidak mengamalkan nama keluarga dalam sistem nama mereka, sebalinya mereka menggunakan sistem nama patronim atau matronim.

Patronim bermaksud nama anak disabitkan kepada nama bapa. Contohnya, Aron Gunnarsson.

gudjohsen
Satu-satunya pemain yang namanya tidak berakhir dengan -son.

Nama milik pemain ini ialah Aron, Gunnar pula nama bapanya dan -sson dihujung namanya kerana Aron adalah seorang lelaki.

Jika Aron seorang perempuan, maka namanya akan menjadi Aron Gunnardotter.

Ibarat di Malaysia kita menggunakan ‘bin’ bagi lelaki, dan ‘binti’ bagi perempuan.

Kenapa Eidur Gudjohnsen berakhir dengan -sen, bukan -son? Tiada sebab diberitahu. Mungkin typo ketika daftar kelahiran.

Kenapa Nama Gudjohnsen Tidak Berakhir dengan Son?

Nama Gudjohnsen ialah nama keluarga, bukan nama patronim. Kira-kira 5% rakyat Iceland mempunyai nama keluarga dan sehingga 100 tahun lalu, nama keluarga masih sah digunakan di negara tersebut.

Seorang lelaki bernama Sveinn Gudjonsson telah menukar namanya kepada Sveinn Gudjohnsen dan sejak itu, keturunannya terus menggunakan nama Gudjohnsen sebagai nama keluarga, di bawah undang-undang tubuh istimewa negara Iceland.

Kenapa Nama Frederik Schram Juga Tidak Berakhir dengan Son?

Semua ini akan berbalik kepada sejarah dan asal-usul. Frederik Schram lahir di Denmark di mana bapanya warga negara Denmark dan emaknya berasal dari Iceland.

Maka jelaslah kenapa nama Schram(sheram) ini tidak berakhir dengan son dibelakang.

Schram telah mewakili skuad remaja Iceland dan dipanggil bersama skuad senior pada November 2015 menentang Poland dan Slovakia tetapi tidak melakukan debut.

Penampilan pertama antarabangsa Federick Schram pada tanggal 9 Februari 2017 dalam perlawanan persahabatan menentang Mexico.

Kini pada usia 23 tahun, Schram berada dalam skuad Piala Dunia Iceland.

Tiada Nama Hipster di Iceland

Lebih menarik lagi, hanya senarai nama-nama tertentu sahaja yang dibenarkan di Iceland seperti di sini untuk lelaki. Baiknya, ibu bapa di Iceland tidak dibenarkan untuk menamakan anak mereka dengan nama-nama hipster.

Son Goku tiada kaitan dengan orang Iceland dan nama sebenar beliau adalah Kakarot Komedia.

Tambahan pula jika ada nama Inggeris yang ingin didaftarkan kepada bayi, ejaan dan sebutan perlu mengikut sebutan dan ejaan Iceland. Contohnya Carolina perlu dieja Karolina, barulah pendaftaran nama itu akan diluluskan.

Sukar? Tak sukar. Malah perkara ini agak positif untuk mengekalkan identiti negara tersebut. Bayangkan kalau Malaysia menggunakan undang-undang seperti ini, mungkin kapten harimau Malaya ialah Badang Perkasa, bukan Safiq Rahim.

Tahukah anda, nama negara Iceland dinamakan Iceland kerana untuk menghalang lebih ramai manusia berhijrah ke pulau tersebut suatu masa dahulu untuk mengelakkan kesesakan dan kepadatan manusia.

Baca juga : Bagaimana bola sepak Iceland boleh meningkat dalam masa yang singkat

BACA:  Ronaldo : Iceland Parking Bas Di Padang