Kenapa Pembebasan Greenwood Jadi Malapetaka Buat Man Utd?

Pembebasan Mason Greenwood dari segala tuduhan oleh pihak Polis Greater Manchester berhubung salah laku tidak senonoh dan keganasan telah menjadi menjadi malapetaka buat Manchester United.

Mason Greenwood didakwa atas serangan yang menyebabkan kecederaan badan sebenar antara 1 Disember 2021 dan 31 Disember 2021 serta dibebaskan dengan jaminan Polis.

Pada Oktober 2022 Mason Greenwood telah ditangkap dan dakwaan mahkamah mula berjalan selepas 10 bulan siasatan dilakukan dan genap setahun, Mason Greenwood telah dibebaskan.

Manchester United kini perlu membuat satu keputusan besar mengenai masa depan Mason Greenwood di Old Trafford walaupun dari segi undang-undang dia sudah bebas dan tidak bersalah.

Selepas berita pembebasan Mason Greenwood diumumkan oleh pihak Polis Greater Manchester dia masih lagi tidak turun berlatihan dan kelab telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita ini.

“Manchester United sedar akan keputusan Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota bahawa semua pertuduhan terhadap Mason Greenwood telah digugurkan.”

“Kelab kini akan menjalankan prosesnya sendiri sebelum menentukan langkah seterusnya. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut sehingga proses itu selesai.”

Setakat ini belum ada tindakan dari Manchester United yang mahu menjalankan prosesnya sendiri bagi menentukan masa depan Mason Greenwood yang dilihat hampir musnah itu.

Mason Greenwood, mungkin pemain bola sepak muda yang paling berbakat di United, kini lebih setahun tiada dalam gambar pasukan utama dan skuad itu mungkin mempunyai perasaan bercampur baur tentang kepulangannya – sekiranya dia dibenarkan berbuat demikian.

Greenwood adalah seorang yang tidak bersalah mengikut undang-undang tetapi kenyataan United mengenai masa depannya menunjukkan tiada jaminan dia akan diterima kembali, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga 2025 (kelab itu mempunyai pilihan untuk setahun lagi) dan aset berjuta-juta pound.

Kehadiran Greenwood akan menyelesaikan masalah serangan Manchester United untuk jangka masa panjang dan kualitinya tidak perlu dipertikaikan namun itu pastinya seperti tidak akan terjadi.

Kembimbangan wujud akan kepulangan kembali Greenwood melibatkan imej kelab di mana dia terpalit dengan isu moral yang mencemarkan nama baik kelab yang dijaga sejak sekian lama.

Jika Greenwood diterima dan perkara ini dibawa ke mahkamah pendapat umum pastinya malapetakan akan terjadi di mana wujudnya kumpulan pengundi yang cukup besar yang entang kes itu dan mendengar rakaman dan melihat video yang menjadi sebahagian daripada bukti terhadapnya akan mempunyai pandangan mereka sendiri.

Ia juga akan menjadi cabaran baru buat Erik Ten Hag yang berjaya mengusir anasir negatif yang cuba dibawa oleh Cristiano Ronaldo dan untuk menenangkan peminat, Harry Maguire sebagai kapten rasmi kelab juga telah diletakkan di bangku simpanan.

Dari segi prestasi, Erik Ten Hag berjaya menaikkan kembali imej Manchester United yang mahu membina kembali pasukan dengan keharmonian di bilik persalinan dan hanya cerita postitif yang keluar.

Keputusan yang dilakukan Erik Ten Hag mengenai Ronaldo dan Maguire adalah satu keputusan yang tepat dibuktikan dengan keputusan serta prestasi di padang kenapa pemain itu patut berada ditempat yang sepatutnya mereka berada.

Namun kes Mason Greenwood ini adalah diluar jangkauan dan bidang kuasa Erik Ten Hag lagi jika dia mahukan pemain itu kekal kerana pertimbangan kelab harus di utamakan.

Di mana nilai kelab, bagaimana sesebuah kelab harus dilihat bagai memenuhi keperluan komersil semuanya harus di ambil kira kerana ini melibatkan imej kelab yang menentukan hala tuju hubungan bersama rakan penaja.

Greenwood pastinya menjadi sasaran mudah ejekan penyokong lawan Manchester United pastinya tidak mahu merosakkan imej dan jenama mereka bina yang boleh membawa kepada kekeringan kantung kelab.

Jika bukan bersama United sekalipun, masa depan Greenwood adalah gelap jika berada dalam mana-mana kelab di England dan jalan akhir untuknya mengembangkan karier adalah dengan berpindah ke luar negara.

Masa depan Greenwood di Manchester United kini bergantung kepada siasatan dalaman di mana dia boleh dipecat atau ditamatkan kontrak dengan persetujuan bersama atau boleh terus kekal walaupun agak tipis peluangnya.

BACA:  Mason Greenwood Menganggap Messi Berada di Tahap Lebih Tinggi Berbanding Ronaldo