Kenapa Ronaldo Tidak Dapat Kad Merah Walaupun Tackle Lebih Ganas Berbanding Robertson?

Peminat telah mempertikaikan kenapa dan bagaiman Cristiano Ronaldo tidak dilayangkan kad merah walaupun telah melakukan satu tackle yang terlebih ganas berbanding dengan apa yang dilakukan Andrew Robertson.

Kalau duk pertikai banding dengan pemain kesayangan mereka dan berlagak sebagai mangsa ini kau tahu la kan peminat pasukan mana.

Cristiano Ronaldo telah melakukan satu terjahan amat keras lagi berbahaya ke atas Ryan Fraser dalam satu perebutan bola menyaksikan pemain Newcastle United itu agak sengsara.

Cristiano Ronaldo dengan pantas datang untuk mendapatkan bola dan hadir dengan rembatan terbang yang tidak mengenai bola tetapi lutut Ryan Fraser.

Dengan tindakan Ronaldo itu jelas kelihatan seperti mahu mencederakan pemain lawan dan bukan untuk memenangi bola.

Pengadil perlawanan, Craig Pawson hanya melayangkan kad kuning sahaja lalu mencetuskan dan menimbulkan tanda tanya kenapa tiada kad merah dilayangkan?

Lantaran itu ada yang membandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Andrew Robertson melakukan terjahan ke atas Emerson Royal ketika Liverpool menentang Tottenham Hotspur.

Dalam perlawanan tersebut Andrew Robertson kehilangan akal melakukan terjahan ganas dari belakang ke atas Emerson Royal, Robertson terselamat dari kad merah selepas merembat sebegitu rupa. Hanya kad kuning.

Atas nama keadilan pengadil merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) dan menarik balik kad kuning lalu dilayangkan kad merah. Keadilan tertegak.

Dalam kes Ronaldo ini pengadil perlawanan, Craig Pawson tidak merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) langsung untuk pemeriksaan lanjut.

Selain itu peminat mula mempertikaikan mutu pengadilan Premier League yang di mata mereka sangat melindungi pemain bertaraf bintang seperti Critstiano Ronaldo.

Sekali lagi pemain Liverpool dijadikan contoh di mana Cristiano Ronaldo telah merembat Curtis Jones dengan sekuat hati namun hanya dilayangkan kad kuning sahaja juga.

Selain itu contoh pemain superstar yang lain adalah ketika Harry Kane melakukan terjahan yang sangat berbahaya ke atas Andrew Robertson.

Apa yang diutarakan ini adalah benar, Bagaimana Ronaldo tidak dilayangkan kad merah? Adakah benar Premier League melindungi pemain superstar?

Newcastle United 1-1 Manchester United

Harry Maguire terus menghiburkan dunia bola sepak dengan aksi kelakarnya yang hampir mengundang padah apabila telah terlepas bola dengan mudah tetapi tidak dihukum.

Raphael Varane tidak mahu kalah kepada Harry Maguire apabila turut membuat kelakar apabila hilang bola mudah kepada Sean Longstaff dan kali ini mengundah padah.

Sean Longstaff terus menghantar bola kepada Allan Saint-Maximin yang mudah memperdayakan Maguire yang kelam kabut sebelum melepaskan rembatan cantik untuk gol pertama.

Newcastle United meneruskan serangan tetapi Manchester United yang sudah lama tidak beraksi sudah mendapat rentak.

Serangan bertali arus cuba dilancarkan namun agak sukar untuk menembusi benteng Newcastle United yang masih kebal setakat ini.

Selepas 30 minit permainan, Manchester United terus mati kutu, bahagian tengah boleh dikatakan mati terus.

Bruno Fernandes, Fred dan Scot McTominay gagal menjadi penghubung kepada bahagian serangan dengan hantaran demi hantaran yang kelaut.

Raphael Varane sekali lagi meletakkan Manchester United dalam bahaya apabila kehilangan bola dengan hantaran entah ke mana mujur ada Maguire.

Marcus Rashford boleh tahan setannya dan mengarut tak tentu hala serta terlalu fancy.

Pada minit ke-37, Newcastle United berjaya menggandakan kedudukan hasil jaringan Callum Wilson namun penjaga garisan sudah mengangkat bendera.

Callum Wilson sudah berada dalam kedudukan offside ketika menerima hantaran dari Allan Saint-Maximin. Lega bukan?

Serba tidak menjadi Manchester United dan entah apa dibuat Ralf Rangnick, langsung tiada keserasian antara pemain.

Ralf Rangnick membuat dua pertukaran di awal separuh masa kedua dengan memasukkan Edison Cavani dan Jadon Sancho, Fred dan Mason Greenwood yang tidak berfungsi dikeluarkan.

Callum Wilson yang mengalami kecederaan dipenghujung babak pertama juga dikeluar dan Jacob Murphy masuk mengganti.

Allan Saint-Maximin terus mengucar-kacirkan pertahanan Manchester United usai perlawanan bersambung dan hampir saja menggandakan kedudukan.

Hantaran Emil Krafth telah mencipta satu peluang keemasan namun Allan Saint-Maximin gagal menyempurnakan Voli apabila bola lemah tepat ke tangan David De Gea.

Percubaan terbaik sepanjang perlawanan ini akhirnya berjaya dijelamakan oleh Bruno Fernandes dengan percubaan jarak jauh memaksa Martin Dubravka melakukan tepisan.

Tanpa Fred di padang, Manchester United terus merapu meraban ketika permainan sudah melepasi tempoh 60 minit dan Newcastle United bertahan dengan yakin dengan sekali-sekali datang dengan counter attack.

Joelinton melakukan serangan balas secara solo membawa bola dari bawah dan berjaya melakukan hantaran cantik ke ruang kosong.

Ryan Fraser tiba tanpa dikawal telah melepaskan rembatan tepat ke David De Gea, kualiti penyudah mencemburui Newcastle United.

Kemudian Allan Saint-Maximin pula datang mencuba dengan rembatan jarak jauh memaksa De Gea bekerja keras menepis. Ryan Fraser sedikit lambat menyambar bola muntah.

Bermula dari counter attack Joelinton, Newcastle semakin yakin menyerang.

Edison Cavani mengajar rakan-rakan bagaimana bermain bola sepak apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71.

Gol berpunca dari hantaran jauh Harry Maguier merentasi padang mencari Diogo Dalot yang melakukan larian di sebelah kanan padang.

Cantik hantaran Dalot menemui Cavani yang tidak dikawal. Rembatan pertama Cavani berjaya dihadang, bola muntah tiba kembali.

Kali ini peluang ini disudahkan Cavani dengan tenang.

Kemudian hantaran cantik Alex Telles gagal disudahkan Cavani apabila bola sempat dikeluarkan ketika hampir melepasi garisan gol.

Gol penyamaan Cavani kembali memberi nafas kepada Manchester United untuk tidak sekadar berkongsi mata.

Ketika permainan berbaki kurang 10 minit Allan Saint-Maximin telah dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Kealpaan Bruno Fernandes hampir meletakkan Newcastle united kembali mendahului, sayang percubaan Jacob Murphy terkena tiang.

Bola masih hidup, Miguel Almiron melencongkan bola De Gea sekali lagi menjadi penyelamat dengan aksi menyelamat bertaraf dunia.

Newcastle United tidak sekadar mahu seri dan mahukan tiga mata lalu kembali menyerang dengan masa kecederaan selama 6 minit diberikan pengadil.

Martin Dubravka membuat kesilapan budak sekolah gagal menangkap kemas bola mudah dan segera disambar Jadon Sancho yang menolak kepada Cavani.

Hantaran Cavani cuba mencari Ronaldo sedikit kuat dan terus dikeluarkan pemain Newcastle. Ronaldo tantrum lagi entah untuk keberapa puluh pagi ini.

Setan Merah sangat bernasib baik meraih satu mata walaupun menguasai 70 peratus perlawanan namun Newcastle berbisa dengan 8 percubaan tepat berbanding Setan Merah hanyap empat.

Allan Saint-Maximin secara solo telah menghasilkan 4 percubaan tepat menyamai percubaan tepat keseluruhan Setan Merah.

Newcastle: Dubravka, Manquillo, Schar, Lascelles, Krafth, Fraser, Shelvey, Sean Longstaff, Joelinton, Saint-Maximin, Wilson

Subs: Woodman, Gillespie, Hendrick, Murphy, Almiron, Anderson, Gayle, White

Manchester United: De Gea, Dalot, Varane, Maguire, Telles, McTominay, Fred, Fernandes, Rashford, Greenwood, Ronaldo

Subs: Henderson, Jones, Cavani, Shaw, Sancho, Wan-Bissaka, Matic, Van de Beek, Elanga

BACA:  Cristiano Ronaldo Manusia Lelaki Pertama Jaringkan Gol Di Lima Edisi Piala Dunia