Kenapa Sadio Mane Dipilih Jadi Pemenang Pertama Socrates Award?

mane socrates award

Kenapa Sadio Mane layak dan dipilih untuk menjadi pemenang pertama Socrates Award yang buat pertama kali diperkenalkan oleh France Football? Apakah sumbangan Sadio Mane?

Penganjur Ballon d’Or menjelaskan bahawa mereka menambah hadiah kemanusiaan, Socrates Award pada majlis tahun ini yang dinamakan sempena Socrates pemain tengah Brazil yang elegan, yang juga memegang ijazah perubatan.

“Hadiah Socrates akan mengenal pasti inisiatif sosial terbaik oleh juara yang komited,” Ujar kenyataan dari majalah France Football.

Inisiatif tersebut termasuklah mereka yang menggalakkan integrasi sosial, perlindungan alam sekitar atau bantuan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, terancam atau mangsa konflik.

France Football berkata mereka memilih Socrates, yang meninggal dunia pada 2011 pada usia 57 tahun, kerana komitmennya terhadap kempen yang dia bantu dan anjurkan di kelabnya, Corinthians di Sao Paulo ketika Brazil berada di bawah pemerintahan diktator tentera yang dipanggil “Demokrasi Corinthian”.

Walaupun mereka diberi amaran untuk berhenti campur tangan dalam hal ehwal politik, para pemain terlepas tanpa hukuman kerana para pemain ini merupakan individu yang berprofil tinggi di kalangan masyarakat.

Ini kerana Corinthians memfokuskan kepada memperkenalkan demokrasi hanya di kelab, mereka menegaskan undian dilakukan untuk mencapai keputusan bagaimana cara kelab itu dikendalikan.

Hadiah itu akan diberikan oleh juri termasuklah bekas pemain tengah Brazil dan Paris Saint-Germain Rai, yang merupakan adik kepada Socrates, serta wakil Bola Sepak Perancis dan pemimpin organisasi Keamanan dan Sukan yang berpangkalan di Monaco.

“Socrates sentiasa percaya dengan kuasa sukan untuk menggerakkan dan mengubah masyarakat untuk menjadikannya lebih setara,” kata Rai dalam satu kenyataan.

“Dia menunjukkan semua ini sebagai pemain melalui perjuangannya untuk pendemokrasian semula Brazil.”

“Sebelas tahun selepas kematiannya, dia kekal sebagai simbol juara yang komited kepada dunia yang lebih adil.”

Lantaran itulah hadiah kemanusian yang buat pertama kalinya diperkenalkan oleh France Magazine dinamakan sebagai Socrates Award.

Kenapa Mane Layak Menang Socrates Award?

Sudah pasti mereka yang tidak mengenali Sadio Mane tertanya-tanya kenapa Mane layak untuk menjadi pemenang pertama Socrates Award ini? Apakah yang mane lakukan?

Merujuk kembali kepada kewujudan hadiah kemanusiaan ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemain yang melakukan inisiatif sosial yang menggalakkan integrasi sosial, perlindungan alam sekitar atau bantuan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, terancam atau mangsa konflik.

Sadio Mane selama menjadi pemain bola sepak telah menabur bakti kepada kampung kelahirannya di Bambali, Senegal untuk menyediakan infrastruktur asas yang diperlukan oleh orang ramai.

Sepatutnya dan sewajibnya tanggungjawab ini perlu dilakukan dan ditunaikan oleh pemimpin dan kerajaan yang memerintah Senegal.

Penyerang Bayern Munich itu bukanlah menukar kampung halamannya menjadi sebuah bandar tetapi telah menyediakan infrastruktur asas untuk 2,000 orang penduduk Bambali.

Walaupun mampu untuk memiliki 20 biji Ferrari, 20 jam tangan berlian atau dua buah pesawat peribadi, Mane nyata tidak memilih dunia kerana di memilih untuk bersederhana.

Banyak wang telah dilaburkan Mane ke kampung di Bambaly, Senegal dengan membina hospital berharga £500,000, sekolah berharga £200,000 juga telah didirikan.

Selain itu stesen minyak, pejabat pos, internet 4G serta bantuan kewangan €70 sebulan untuk setiap keluarga.

Sebagai galakan dan kesedaran kepada generasi baru Bambali akan kepentingan pendidikan, Mane telah memberi laptop dan wang tunai sebanyak $400 kepada pelajar terbaik.

Selain itu Mane juga telah memberikan pakaian sukan percuma kepada kanak-kanak dikampungnya itu.

Insfrastruktur asas ini dibina Mane untuk kemudahan 2,000 orang penduduk di kampungnya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik. Seorang anak Imam yang patut dijadikan ikon anak muda.

BACA:  Mane: Liverpool Akan Jadi Juara Liga Perdana Inggeris Musim Ini