Kenapa Sistem Penalti ABBA Diperkenalkan

Pasti ramai yang ternganga ketika menonton perlawanan Community Shield antara Chelsea menentang Arsenal semalam dan setelah dikaji, mereka yang ternganga adalah kerana dua sebab.

i) Berfikir Morata ni main Real Madrid ke Real Mulia sebelum ke Chelsea.

ii) Sistem tendangan penalti yang baru.

Persoalan pertama itu tidak perlu dijawab kerana biarlah masa yang menentukan sama ada Morata akan mengikut jejak langkah Drogba atau Torres atau Benayoun.

Untuk menjawab persoalan kedua, engkau baca karangan PMR di bawah.

Kenapa Sistem ini Diperkenalkan?

FIFA dan UEFA sering mahukan keadilan dan kesamarataan dalam bola, katanya lah. Maka untuk mencapai tujuan ini, kedua-dua badan melalui IFAB ini telah bersepakat untuk memperkenalkan sistem tendangan penalti shoot out ABBA.

Dalam sistem ABBA, pasukan yang terlebih dahulu mengambil tendangan dikatakan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang berbanding pasukan yang menendang kemudian, dan ini boleh mendatangkan ketidakadilan kepada mereka.

Jadi, melalui sistem ABBA ini, kedua-dua pasukan dikatakan bakal mendapat hak-hak sama rata dalam mencari kemenangan, terutamanya jika pasukan tersebut sudah lama tidak memenangi sebarang piala, contohnya seperti jiran Everton.

Apakah itu ABBA?

Kita andaikan A ialah Negeri Sembilan, dan B ialah Liverpool.

Katakan Negeri Sembilan adalah pasukan yang terlebih dahulu mengambil tendangan penalti dan selepas seorang pemain melakukan tendangan, maka dua tendangan berikutnya diambil oleh pemain B, atau Liverpool.

Selepas dua pemain B mengambil tendangan ini, dua tendangan berikutnya diambil oleh pemain A.

Secara ringkasnya, corak ambilan tendangan penalti adalah ABBAABBAABBAABB sampailah Malaysia mansuhkan GST.

Adakah Sistem Ini Sudah Diuji Terlebih dahulu?

Sudah tentu. Sistem penalti ini telah diuji dalam pusingan akhir Piala Dunia bawah 20 tahun, di mana Uruguay muncul pemenang melalui sistem ini selepas menewaskan Portugal di peringkat suku akhir.

Malang buat Uruguay apabila mereka tewas melalui tendangan penalti kepada Venezuela pada peringkat separuh akhir.

Sebenarnya, kejohanan bola sepak wanita bawah 17 tahun Eropah adalah kejohanan pertama yang mengapplikasikan sistem penalti ini, dengan perlawanan pertama yang mencubanya ialah pertemuan antara Jerman menentang Norway, di mana Jerman muncul sebagai pemenang.

West Brom dan Leicester pula muncul pasukan pertama yang mencuba sistem ini ketika kejohanan pra musim Premier League Asia Trophy.

Adakah Sistem Penalti Ini Akan Digunakan di Semua Kejohanan Musim Ini?

Tidak juga. Kalau di England, hanya Piala EFL dan EFL Trophy yang bakal menggunakannya, manakala Piala FA belum diputuskan lagi sama ada akan istiqamah dengan penalti shoot out yang klasik atau yang baharu.

Tidak dapat dipastikan pertandingan seperti Copa Del Rey, German Cup, Coppa Italia dan French Cup akan menggunapakai sistem ini atau tidak.

Adakah Sistem Ini Akan Digunakan di Malaysia?

Entah. Engkau hubungi 03-7873 3100, tanya FAM sendiri. Ramai cerdik pandai dan cendekiawan bola sepak berkumpul di Wisma FAM.

Adakah ini Agenda Yahudi Untuk Menjatuhkan Melayu?

Tidak. Sistem ini sebenarnya diapplikasikan daripada sistem tie breaker dalam sukan tenis. Ketika kedudukan terikat 6-6, maka pemenang akan dipilih sekiranya salah seorang pemain berjaya memenangi dua mata berturut-turut.

Untuk memenangi dua mata, pemain A akan melakukan servis terlebih dahulu, dan diikuti dua kali servis pemain B. Selepas itu pemain A kembali melakukan servis dua kali dan pusingan ini berterusan sehingga munculnya pemenang.

ABBA – Dancing Queen

Lagu popular Dancing Queen nyanyian Kumpulan pop dari Sweden iaitu ABBA tiada kaitan dengan sistem penalti yang baharu ini.

Rujukan

1- The Sun

2- Mirror Football.

Baca Juga

Baca Juga