Pemain pertahanan terhebat di alam semesta, Virgil van Dijk telah menimbulkan persoalan dari makcik bawang kenapa dia tidak meletakkan nama keluarganya di belakang jersi?
Virgil van Dijk mula menjadi sebutan selepas tiba di Premier League dan cemerlang ketika bersama Southampton lalu memikat hati Liverpool lalu dilamar dan menjadi tonggak sehingga hari.
Bersama Liverpool Virgil van Dijk memenangi segalanya trofi domestik dan Eropah lalu kisah peribadi dan silamnya mula dikorek untuk dijadikan bahan cerita.
Virgil van Dijk tidak pernah meletakkan nama keluarga di atas jersinya dan hanya meletakkan Virgil. Virgi adalah namanya dan van Dijk adalah nama keluarganya.
According to some sources in China, Virgil van Dijk has Chinese blood. Hellen Fo Sieeuw, his mother, is a Chinese descent. The surname 'Fo Sieeuw' derives from the given name of his maternal great-grand-father Chin Fo Sieeuw, who emigrated from Guangdong to Suriname around 1920. pic.twitter.com/wJvrN6s9xo
— Titan Sports Plus (@titan_plus) June 11, 2019
Menurut bapa sedara Virgil van Dijk dari sebelah ibunya Steven Fo Sieeuw, Virgil van Dijk telah menggugurkan nama kedua atau nama keluarga iaitu ‘van Dijk’ kerana atas alasan masalah dan perselisihan keluarga.
“Ayahnya telah berpisah dengan ibu dan tiga orang anaknya termasuklah Virgil.” Ujar Fo Sieeuw memulakan flashbacknya.
“Kebenarannya adalah, ayahnya tidak berada disamping keluarga untuk tempoh beberapa tahun yang penting dan ibunya adalah hero sebenar dalam kisah ini.”
“Kau tidak akan menggugurkan nama ayah kau di baju tanpa sebarang sebab dan Virgil telah menunjukkan dengan jelas apa yang dia rasa.” Sambung Fo Sieeuw.
Devastating 'family feud' that stops Liverpool's Virgil van Dijk having surname on shirt https://t.co/lBYdaLMgjv pic.twitter.com/5EYGWmktgH
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 11, 2020
Difahamkan juga adik-beradik Virgil van Dijk yang lain juga telah menggunakan nama kedua mereka. Ini terjadi selepas ayahnya kahwin baru sekali lagi.
“Ron van Dijk adalah seorang lelaki yang baik tapi kau perlu jadi lebih untuk menjadi bapa yang baik. Kau perlu ada di sana bersama anak-anak.”
“Ron kemudian berkahwin lagi dan isteri barunya sangat mengawal (ratu kontrol), jadi dia tidak dapat bertemu anak-anaknya dengan kerap.”
“Aku dapat memahami apa Virgil rasa, dia terperangkap di tengah-tengah.”
Why does Virgil van Dijk have ‘Virgil’ on his shirt? Liverpool defender uses first name due to personal reasons (talkSPORT) https://t.co/dBRZmD4ZnO
— LFCNews (@LFCNews) January 18, 2023
Pergaduhan keluarga ini kembali bersambung apabila Virgil van Dijk berpindah ke Liverpool melibatkan wang perpindahan yang besar dan Steven meneruskan flashbacknya.
“Ayahnya telah membuat satu post di internet menyatakan betapa sayang dia kepada anak lelakinya itu. Namun abang Virgil, Jordan menyatakan ayahnya tidak berhaka untuk menyatakan begitu.”
Sebagai tindak balas, Ron van Dijk telah menuduh keluarga isterinya yang menjadi Virgil dan adik beradik sejak kecil mengambil kesempatan sejak Virgil meraih pendapatan besar.
🚨 The painful reason why Virgil van Dijk doesn't have his surname on the back of his shirt pic.twitter.com/xVh1sBatCe
— SPORTbible (@sportbible) January 18, 2023
Lelaki Belanda yang bernama Ron itu mengatakan dia masih berhubung sekali-sekala dengan anak lelakinya yang terkenal:
“Saya adalah satu-satunya orang yang tahu apa yang menjadikan Virgil sebagai lelaki seperti hari ini.”
“Tiada sesiapa di sebelah ibunya yang pernah peduli dengan Virgil dan bola sepaknya sehingga dia menjadi seorang profesional.”
“Saya ada satu perkataan untuk anda mengenai perkara itu – wang.”
Rakan baiknya Ico Staneke, 65, menambah:
“Apa yang berlaku amat menyayat hati Ron.
“Saya tahu dia mahu terlibat dalam semua kehidupan anak-anaknya. Virgil lebih rapat dengan ibunya sekarang. Ron hampir tidak bercakap dengannya lagi. Apabila dia berada di Southampton, Virgil menjemputnya turun untuk satu perlawanan tetapi dia berkata tidak, dia merasakan itu adalah isyarat tanda.”
A story of family and passion, the key aspects in any king's life. Discover the new K by Dolce&Gabbana fragrance with Virgil Van Dijk. #DGBeauty #KbyDolceGabbana #OwnYourCrown pic.twitter.com/Xmhu8aez6u
— Dolce & Gabbana (@dolcegabbana) December 13, 2019
Virgil van Dijk bukanlah pemain pertama yang tidak meletakkan nama keluarga di belakang jersi, Dele Alli juga menggugurkan nama keluarganya pada tahun 2016 kerana merasakan tiada hubungan dengannya.
Rakan sepasukan Virgil van Dijk di pasukan kebangsaan Belanda, Memphis Depay juga melakukan perkara yang sama atas alasan keluarga.
Virgil van Dijk tidak pernah menceritakan pernah menceritakan masalah keluarga yang dihadapinya sejak kecil secara terperinci dan bapa saudaranya, Steven Fo Sieeuw membawanya kepada media.
Dah macam dalam drama.