Kenny Dalglish Menjangkakan Mourinho Bakal Parking Bas Bertingkat-Tingkat di Anfield

Lagenda Liverpool Kenny Dalglish menjangkakan pengurus Manchester United, Jose Mourinho bakal menggunakan taktik yang menjadi cap dagangnya dengan meletekakan sebanyak mungkin bas dengan kata lain parking bas di di Anfield.

Jose Mourinho telah mengalahkan Liverpool lebih banyak jika dibandingkan dengan kelab lain di Premier League. Tetapi rekod Mourinho ketika menentang Jurgen Klopp tidaklah begitu cantik.

Jurgen Klopp dan Jose Mourinho pernah bertarung di padang sebanyak tujuh kali, dan daripada jumlah ini Klopp hanya pernah tewas sekali sahaja. Ini adalah ketika Borussia Dortmund tewas 0-2 kepada Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara di Signal Iduna Park.

Kenny Remy Martin

King Kenny meluahkan kerisauan bahawa Mourinho tidak hanya akan menggunakan sebuah bas tetapi akan menggunakan semua bas bertingkat yang ada dan merosakkan perlawanan antara dua musuh paling ketat di dalam bola sepak Inggeris ini.

Satu peringatan penting King Kenny cuba bawakan buat Mourinho bahawa Manchester United setakat ini belum lagi di uji oleh pasukan dari kedudukan 6 teratas selepas 7 perlawanan. Mungkin King Kenny silap melihat kedudukan liga.

Top 6

“Tiga tahun lalu ketika Mourinho bersama Chelsea, beliau melakukan satu tugas yang bagus. Bagi aku tidak perlu untuk menyalahkan Mourinho kerana Liverpool terlepas gelaran. Mourinho sangat profesional dan sangat klinikal.”

Memang menjadi darah daging Liverpool untuk membuka cerita sejarah lalu King Kenny mengimbau sejarah lalu.

“Mourinho kembali lagi ke Anfield tahun lalu bersama Manchester United dengan falsafah yang sama, tapi tiada peraturan yang melarang kau untuk bermain secara bertahan dan mereka hampir berjaya ketika Zlatan Ibrahimovic mempunyai peluang.

“Suruh budok mu maing molek natang!” mungkin itu yang dikatakan oleh Klopp kepada Mourinho | Gambar : goal.com

“Dan bila Mourinho kembali lagi kali ini, aku pasti Mourinho pasti akan bimbang kerana ini merupakan perlawanan pertama United menentang 6 pasukan teratas.”

“Dengan penuh rasa hormat kepada pasukan lain di Premier leaguel, ini merupakan perlawanan yang akan menjadi penentu siapa yang akan menjulang trofi pada bulan Mei ini.”

Sangat tebal doktrin ‘This is our year’ dalam jiwa King Kenny.

“Mourinho tahu bagaimana untuk menang perlawanan, Jika dia fikir pilihan terbaiknya dengan meletakkan bas, beliau akan melakukannya. Tapi bagi kami Jurgen Klopp adalah berbeza. Beliau tidak minat untuk seri dan Klopp hanya mahukan kemenangan.

“Mentaliti ini bertepatan dengan semua orang yang ada di Liberpool samada pemain, peminat dan Klopp Sendiri. Kerana inilah Klopp merupakan orang pertama yang diminta untuk membimbing Liverpool.

“Aku pasti peminat gembira dengan apa yang dilakukan Klopp dan mereka mahu Klopp teruskan bermain secara menyerang.

Ya benar sekali apa yang dikatakan King Kenny itu, Klopp tidak berminat untuk seri dan hanya mahukan kemenangan . Untuk rekod selepas 7 perlawanan Liverpool mencatatkan 3 menang 3 seri dan 1 kalah.

Baca Juga

Baca Juga