Keown Menyesal Kerana Zlatan Tidak Menyertai Arsenal

Bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown dengan rasa yakin dan tanpa malu telah meluahkan kekecewaanya kerana Zlatan Ibrahimovic tidak menyertai pasukan liga perdana itu pada tahun 2000 dan selepas 17 tahun Keown masih meratapi kekesalan itu.

Martin Keown

Zlatan Ibrahimovic sekarang merupakan nadi penting Manchester United pernah ditawarkan ujian percubaan oleh Arsenal tetapi ditolak oleh Zlatan kerana itu satu penghinaan baginya. Ketika itu Wenger mungkin tidak mengetahui bahawa ‘Zlatan doesn’t do auditions’.

“Zlatan tidak buat ujibakat, bab uji bakat ni serah saja kat Usop Mentor” ujar Zlatan

‘Zlatan doesn’t do auditions’

Tapi biasalah Wenger bukan pertama kali buat perangai tak senonoh ni. Tetapi Wenger tidak menyesal dan mempertahankan keputusannya kerana beliau tidak mengenali Zlatan ketika itu dan tidak akan mengikat pemain yang tidak pernah beliau lihat aksinya.

Penyesalan Keown

Keown yang beraksi bersama pasukan Arsenal telah memenangi tiga kejuaraan liga, terus meratapi kegagalan kelab untuk memancing penyerang itu ke Arsenal.

“Ambe menyesal sungguh sebab Zlatan Ibrahimovic tak join Arsenal,” Tulis Keown di Daily Mail

“Semasa muda remaja Zlatan pernah melawat Arsenal dan aku nengok fizikal budak Zlatan ni boleh tahan tegap. Masa tu aku bergurau dengan rakan sepasukan, Zlatan mai ni nak amek tempat aku la ni sebagai pertahanan tengah.

“Power dak Zlatan ni, kewujudan dalam pasukan sangat dirasai. Sekarang dengan Manchester United pun masih handal sampai depa duk banding Zlatan dengan Cantona.

Zlatan Penyelamat Reputasi United

Ibrahimovic menikmati dan mengecapi limpahan trofi sepanjang kariernya bersama Inter, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain dan sekarang bersama United, Zlatan sudah mengecap EFL Cup dan sebuah talam.

Keown berpendapat perbandingan Zlatan dengan Cantona perlu diberi perhatian yang serius kerana beliau pernah bermain menentang Cantona.

“Walaupun Cantona merupakan seorang pemain yang pintar lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian, aku tidak pernah rasa Cantona boleh lari daripada aku.

“Bila aku mengawasi Cantona dengan ketat, aku tahu aku mampu menghadapi beliau. Mengawal Cantona dengan ketat tidak bermakna aku sayangkan Cantona ketat-ketat.

Beginilah Keown Menjaga Benteng Arsenal

” Dalam situasi satu lawan satu Berahim lagi bahaya, Berahim besar, gagah dan bertenaga. Senang kata Berahim ni tall, white, handsome!

“Cantona telah membuka pintu kejayaan United dalam tempoh 5 musim beliau disana. Cantona sentiasa dianggap sebagai ‘King’ tetapi dak Berahim ni mampu menyelamatkan reputasi United dan membuatkan Setan Merah kembali power. Ujar Keown mengakhiri kata-katanya.

Baca Juga

Baca Juga