Tidak siapa yang mengenali Terens Puhiri pemain divisyen pertama Liga Indonesia sebelum ini, namun kepantasannya yang tiada tara ketika menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Mitra Kukar mencuri perhatian dunia bola sepak.
Terens Puhiri pemain kelab Borneo FC berusia 21 tahun telah menyajikan satu larian yang sangat menakjubkan ketika melakukan serangan balas maut yang menyaksikan Borneo FC menewaskan Mitra Kukar 4-0.
Kelajuan Puhiri menyaksikan beliau berjaya menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol.
Kante can cover 80% of the world, cuz Terens Puhiri prefers to take a nap.
— Andika Sanjaya MSi (@sanjayawamsa) October 25, 2017
Dengan ketinggian 5 kaki 5 inci, pemain muda dari jayapura, Indonesia bukanlah pemain yang terkenal tetapi kelajuannya itu telah telah menjadikan beliau salah seorang pemain terpantas di dunia.
Kepantasan Puhiri ini telah dibandingkan dengan pemain paling laju di Premier League yang merekodkan kelajuan 35.48 kilometer sejam ketika menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge.
Leroy Sane telah memecahkan kelajuan yang dibuat oleh Jamie Vardy 35.44 kilometer sejam pada musim penuh sensasi Leicester City 2015/16. Jika Leroy Sane berjaya mengekalkan kelajuan beliau dalam jarak 100 meter, beliau mampu mara ke separuh akhir acara 100m Olimpik Rio.
Ada yang menyatakan bahawa kelajuan Puhiri telah mengatasi kelajuan Leroy sane tetapi tiada teknologi dan alat yang mampu merekod dan mengesahkan kelajuan yang dilakukan Puhiri.