Kepentingan ilmu pengetahuan dalam bola sepak

AbgDin perasan penyokong bola di Malaysia ni, bila team bola diorang perform tak seberapa, diorang akan bagi cadangan line up dengan pemain-pemain yang mereka rasa akan mampu memberi 3 mata.

Lately, team TRW. AbgDin tengok dalam group TRW macam-macam cadangan line up.

Bagi AbgDin perkara ini positif dan bagus sebab ternyata penyokong kenal kemampuan pemain pasukan masing-masing.

Tapi, ada satu kekurangan AbgDin perasan.

Team nak main 4-4-2 ke, 4-5-1 ke, 4-2-3-1 ke, 5-4-1 keeper overlap ke tak kisah. Apa yang penting ialah fungsi setiap pemain.

which formation

Contohnya, kita nak main tiki-taka teka-teki – taktikal yang menjadi pujaan setiap peminat bola sepak di dunia.

Penjaga gol terbaik untuk tiki-taka ialah ‘ball playing goalkeeper’ – iaitu penjag gol yang mempunyai teknik kawalan bola yang bagus.

Contohnya David De Gea dan Manueal Neuer.

Bila-bila masa je diorang boleh ole striker lawan kalau striker lawan tu challenge bola di kaki diorang. Itu baru penjaga gol. Belum lagi posisi lain seperti nak convert full back kepada wing back atau sebaliknya, nak attacking midfielder main secara kreatif di final third dan juga bagaimana nak letakkan defensive midfielder-sama ada nak jadi destroyer atau deep playmaker.

Itu semua perlu diambil kira.

Kita nak komen tiada masalah, tetapi adalah lebih baik jika kita komen dengan ilmu dan pengetahuan.

Bagaimana nak tambah ilmu pengetahuan?

  • Serba mak nika ada di sini.
  • Baca buku kejurulatihan bola sepak. Agak mahal tapi perpustakaan awam ada buku-buku ni.
  • Pergi kursus-kursus atau seminar kejurulatihan. Dari situ pengetahuan kita akan bertambah.
  • Borak-borak dengan jurulatih atau bekas pemain. Mereka ada pengetahuan dan pengalaman. Lagi ramai kita jumpa, lagi banyak ilmu yang kita dapat.
  • Main game Football Manager

total futbok

Kita cari ilmu ni bukan kita guna untuk komen pasukan kesayangan kita semata-mata. Kita boleh apply kepada anak-anak kita.

Contohnya kita nak anak kita jadi seorang pertahanan tengah yang bagus – kita boleh apply apa yang kita belajar dan secara tak langsung, kita dah lahirkan pemain yang hebat dan lebih manis lagi, pemain tersebut adalah anak kita sendiri.

Baca Juga

Baca Juga