Keputusan Pemenang Ballon d’Or Bocor, Ronaldo atau Messi?

Keputusan pemenang Ballon d’Or bagi tahun 2017 yang sepatutnya bakal diumumkan pada bulan Disember ini telah bocor dan tersebar di alam maya yang tidak bersempadan ini berikutan tersebarnya satu gambar yang dikatakan muka depan majalah France Football edisi Disember.

Majalah France Football merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memilih calon serta pemenang Ballon d’Or sejak azali lagi. Kalau majalah Remaja pihak bertanggungjawab untuk memilih Hero Remaja seperti Fattah Amin begitulah jua dengan France Football.

Perebutan Anugerah Ballon d’Or ini juga seperti anugerah FIFA The Best Men di mana pemenang untuk anugerah ini hanya berkisar diantara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sahaja. Pemain seperti Neymar dan lain-lain ibarat melukut di tepi gantang.

Tiada calon pemenang yang lain.

Cristiano Ronaldo yang merupakan pemenang FIFA The Best awal bulan ini merupakan calon kegemaran untuk turut menjulang Ballon d’Or tahun ini selepas memainkan peranan penting membantu Real Madrid merangkul La Liga dan Champions League dua kali berturut-turut.

Lionel Messi yang telah 5 kali meraih Ballon d’Or dilihat sebagai berada di belakang Ronaldo bagi meraih anugerah yang bakal diketahui pada 7 Disember ini.

Namun menurut gambar yang dikatakan muka depan France Football edisi Disember itu telah memaparkan wajah comel Lionel Messi sebagai pemenang buat kali ke-6 di kulit majalah yang berlatarkan warna hitam dengan kemasan berwarna emas

Seperti biasa apabila tular sesuatu benda di alam maya ramai mula percaya dan ada yang menyatakan bahawa gambar itu palsu dan telah diedit. France Football edisi Disember akan mula dijual pada 8 Disember 2017.

Korang rasa palsu atau benar? Siapakah yang akan memenangi Ballon d’Or?

Baca Juga

Baca Juga