Keputusan Penuh The Best FIFA Football Awards 2017

Di Malaysia kemenangan Faiz Subri untuk FIFA Puskas Awards pada tahun lalu masih lagi menjadi sebutan dan pemenang tahun ini Olivier Giroud masih jauh untuk menandingi kehebatan gol pemain pulau mutiara itu.

Berikut merupakan pemenang bagi anugerah mengikut kategori masing-masing anugerah The Best FIFA Award 2017.

The Best FIFA Men’s Player 2017

Cristiano Ronaldo menepati ramalan dan membuatkan Messi serta peminatnya menangis lagi. Manakala Neymar Jr. hanya mampu melihat dari jauh sambil berebut penalti.

Rasanya tidak perlu lagi dipersoal kemenangan dua kali berturut-turut Ronaldo.

The Best FIFA Women’s Player 2017

Pemain bola sepak wanita dari Belanda ini dinobatkan sebagai pemain wanita terbaik dunia disebalik kesuraman yang melanda skuad bola sepak lelaki Belanda. Kecemerlangan Lieke Martens telah menyaksikan perpindahan beliau ke Barcelona.

Lieke Martens, 24 tahun juga cemerlang, gemilang dan terbilang bersama skuad Wanita Belanda dikejohanan EURO Wanita 2017.

TheBest FIFA Goalkeeper 2017

Tidak perlu dipertikaikan lagi kekebalan Buffon, jika anugerah ini diadakan sejak dulu sudah pasti tiada calon lain yang mampu menyaingi kehebatan Buffon yang semakin tua semakin berbisa dan tidak semakin bangang.

Di Champions League musim lalu Buffon bermain tanpa bolos selama 600 minit. Buffon juga mencatatkan 25 clean sheet dalam 50 perlawanan untuk kelab serta negara bagi musim 2016/17.

FIFA Puskas Award 2017

Selepas undian tamat maka 3 finalis telah disenarai pendek dari 10 calon untuk anugerah Puskas dan mereka adalah Deyna Castellanos, Olivier Giroud dan Oscarine Masuluke.

Olivier Giroud kini boleh berbangga dan sebaris dengan Faiz Subri selepas meraih Anugerah Puskas 2017. Faiz Subri dari Pulau Pinang telah memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu..

Giroud meraih 36.17 peratus daripada 792,062 undian yang telah dibuat secara atas talian untuk memilih gol tebaik.

TheBest FIFA Men’s Coach 2017

Pada tahun 2016 Zidane sekadar tercalon sebagai 3 jurulatih terbaik walaupun hanya 6 bulan mengemudi Real Madrid di mana Caludio Ranieri telah meragut anugerah ini dengan kisah dongeng membawa Leicester City muncul juara Premier League.

Tahun ini Zidane tidak menoleh lagi dan kerjayanya bersinar seiring dengan sinaran kepalanya dengan mengecap kejuaraan La Liga, Champions League buat kali kedua berturut-turut dan UEFA Super Cup.

FIFA Fair Play Award 2017

Semasa perlawanan di Liga Utama Czech, pemain pasukan Slovacko’s Togolese, Francis Kone telah menyelamatkan nyawa penjaga gol pasukan Bohemians, Martin Berkovec.

Kone telah memberi rawatan awal kepada penjaga gol Bohemians selepas berlanggan dengan rakan sepasukan. Ini bukan kali pertama Kone menyelamatkan nyawa pemain.

Ini merupakan kali ke-4 Kone menjadi penyelamat, dua kali di Afrika dan sekali di Thailand.

The Best FIFA Women’s Coach 2017

Sarina Wiegman berasal dari Belanda telah membawa Belanda menjuarai EURO Wanita 2017.

The Best FIFA Fan Award

Peminat bola sepak dunia telah memilih penyokong Celtic sebagai pemenang kedua anugerah FIFA Fan Awards selepas mempamerkan sokongan yang menggetarkan skrotum dan mampu memecahkan Vagina.

Sokongan padu ini disajikan ketika perlawanan terakhir liga mereka.

The Best FIFA FIFPro 2017

GK: Gianluigi BUFFON
DF: DANI ALVES
DF: Leonardo BONUCCI
DF: MARCELO
DF: Sergio RAMOS
MF: Andres INIESTA
MF: Toni KROOS
MF: Luka MODRIC
FW: Lionel MESSI
FW: NEYMAR
FW: CRISTIANO RONALDO

Baca Juga

Baca Juga