Keputusan Penuh The Best FIFA Football Awards 2018

Semua sedia maklum bahawa Luka Modric telah diumumkan sebagai pemain terbaik FIFA bagi tahun 2018 memecahkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam tempoh sedekad ini.

Kemenangan Mohamed Salah bagi anugerah Puskas juga telah menimbulkan kontroversi dan tanda tanya kecuali kau rakyat Mesir atau peminat Liverpool. Itu keputusan undian.

Berikut merupakan pemenang bagi anugerah mengikut kategori masing-masing anugerah The Best FIFA Award 2018.

The Best FIFA Men’s Player 2018 – Luka Modric

Luka Modric menepati ramalan awal menewaskan dua finalis lain iaitu Cristiano Ronaldo dan pemain sensasi masa kini Mohamed Salah. Ketua pasukan Crotia yang membawa Crotia ke final Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah.

Pemenang kasut emas di kejohanan Piala Dunia 2018, Russia serta membantu Real Madrid menjulang Champions League dan FIFA Club World Cup.

Ada tak puas hati dengan kemenangan Modric?

The Best FIFA Women’s Player 2018 – Marta

Marta merupakan pemain bola sepak wanita lagenda pasukan Brazil telah membawa pasukan wanita Brazil menjulang Copa America dan cemerlang bersama Orlando Pride.

Ini merupakan kali ke-14 Marta dipilih untuk menjadi pemain elite dan pada 2018 merupakan kali ke-12 Marta berada dalam kedudukan 3 teratas.

Pemain berusia 32 tahun ini telah 6 kali dipilih sebagai pemain wanita terbaik dunia.

TheBest FIFA Goalkeeper 2018- Thibaut Courtois

Bekas pemain Chelsea yang kini beraksi bersama Real Madrid cemerlang ketika membawa Belgium meraih tempat ketiga di kejohanan FIFA Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia Jun lalu.

Dengan aksi ketinggian 1.99m Courtois telah mempamerkan aksi cemerlang di kotak penalti dan meraih anugerah adidas Golden Glove serta rekod yang sedap ketika di Chelsea.

FIFA Puskas Award 2018 – Mohamed Salah

Mohamed Salah kini digelar sebagai Faiz Subri Mesir selepas berjaya meletakkan diri sebaris dengan Faiz Subri dengan memenangi anugerah Puskas dengan jaringan yang biasa-biasa saja.

Namun peminat telah mengundi untuk Salah.

TheBest FIFA Men’s Coach 2018 – Didier Deschamps

Pengurus dan bekas pemain kelahiran Perancis, Didier Deschamps muncul sebagai individu ketiga yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih selepas Mario Zagallo dan Franz Beckenbauer.

Pada 1998 Didier Deschamps membawa Perancis menjulang Piala Dunia buat kali pertama sebagai ketua pasukan dan 20 tahun kemudian sekali lagi Didier Deschamps menjulang Piala Dunia bersama Perancis sebagai pengurus.

The Best FIFA Women’s Coach 2018 – Reynald Pedros

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Reynald Pedros merupakan lelaki sejati dan bukan dua alam tetapi menguruskan pasukan bola sepak wanita Olympique Lyonnais.

Reynald Pedros telah membawa Lyon mengharungi Division 1 Feminine tanpa kalah lalu merangkul gelaran liga dan menjulang kejuaraan UEFA Women’s Champions League.

The Best FIFA Fan Award 2018- Peru

Peru berjaya mara ke Piala Dunia 2018 Russia selepas tempoh 36 tahun dan seramai 40,000 penyokong Peru telah membanjiri Russia selepas mengharungi perjalanan sejauh 14,000km.

Padu.

The Best FIFA FIFPro 2018

Segala penantian telah tamat dan inilah 11 pemain yang tergolong dalam pasukan pilihan FIFA FIFPro World11 2018 yang telah diundi oleh pemain profesional seluruh dunia.

Tiada Salah. Ok?

1. David De Gea
2. Dani Alve
3. Marcelo
4. Sergio Ramos
5. Raphael Varane
6. Eden Hazard
7. N’Golo Kante
8. Luka Modric
9. Cristiano Ronaldo
10. Kylian Mbappe
11. Lionel Messi

FIFA Fair Play 2018 – Lennart Thy

Pemain utama dan nadi pasukan VVV-Venlo yang beraksi di Liga Belanda ini telah dipilih sebagai pemenang anugerah FIFA Fair Play kerana tidak hadir ketika sesi latihan dan juga perlawanan menentang PSV Eindhoven pada Mac lalu.

Namun ketidakhadiran Lennart Thy bukan sahaja diterima peminat malah mendapat pujian kerana mahu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan berbanding perlawanan bola sepak.

Semasa bermain di Werder Bremen selama7 tahun, Lennart Thy telah mendermakan DNA beliau dalam usaha menyelamatkan pesakit Leukimia di masa hadapan dan Mac lalu bantuan Lennart Thy diperlukan.

DNA beliau telah didapati padan dan sesuai dengan pesakit Leukimia dan pemain itu telah mengambil keputusan untuk menderma darahnya bagi membolehkan pemindahan stem cell dilakukan.

Bak kata Bambang Pamungkas :

“Tiada ada satu kemenangan pun yang sebanding dengan nyawa.”

Baca Juga

Baca Juga