Keputusan Penuh The Best FIFA Football Awards

Anugerah The Best FIFA Football Awards tahun 2020 merupakan anugerah tahunan anjuran Federation Internationale de Football Association(FIFA) bagi mengiktiraf individu terbaik dunia dalam dunia bola sepak.

Majlis The Best FIFA Football Awards 2020 diadakan di Zurich secara atas talian tanpa kehadiran penonton seperti tahun-tahun sebelum dengan situasi dunia ketika ini.

Pemenang telah ditemuramah secara virtual melalui panggilan video untuk memberikan ucapan sepatah dua kata dan menzahirkan perasaan menjadi terbaik dunia.

Presiden FIFA, Gianni Infantino memulakan majilis dengan ucapan menceritakan tentang tahun yang unik ini dan bla..bla..bla..bla..

Temuramah bersama Marcus Rashford menyusul tentang usaha murni beliau membuat kerja kebajikan yang sangat dipandang tinggi masyarakat.

Kemudian pengumuman bermula dengan anugerah penjaga gol terbaik lelaki dan wanita bagi tahun 2020.

Pemain Lelaki Terbaik

Akihrnya Robert Lewandowski mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dengan kecemerlangan beliau yang sebelum ini sekadar hanya tersenarai dan berada dihujung-hujung sahaja.

Namun tidak untuk tahun ini dengan kejayaan treble dan menjadi penjaring tebanyak dihampir setiap kejohanan beliau bermain, Lewandowski sememangnya layak.

Aktif main Tik Tok baru menang.

Calon Pemain Pemain Lelaki Terbaik:

1. Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus FC)
2. Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München)
3. Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)

Pemain Wanita Terbaik

Lucia Roberta Tough Bronze atau lebih dikenali dengan Lucy Bronze merupakan pemain bola sepak wanita Inggeris yang mencipta sejarah apabila dipilih menjadi pemain terbaik dunia kategori wanita.

Bekas pemain Olympique Lyonnais telah menyertai semula Manchester City pada jendela musim panas yang lalu selepas tiga musim di Perancis.

Bersama Lyon Lucy Bronze telah menjulang UEFA Women’s Champions League secara hatrik iaitu pada musim, 2017–18, 2018–19, 2019–20.

Calon Pemain Wanita Terbaik:

1. Lucy Bronze (England / Olympique Lyonnais / Manchester City WFC)
2. Pernille Harder (Denmark / VfL Wolfsburg / Chelsea FC Wanita)
3. Wendie Renard (Perancis / Olympique Lyonnais

Penjaga Gol Terbaik (L)

Tiada kejutan untuk anugerah ini apabila Manuel Neur penjaga Jerman dan Bayern Munich dipilih sebagai pemenang menewaskan Allison Becker dari Liverpool dan Jan Oblak dari Slovenia/Atletico Madrid.

Pemenang treble Bundesliga, Champions League dan DFB Pokal bersama Bayern Munich tidak perlu lagi dipertikaikan kenapa beliau menjadi pemenang.

Calon Penjaga Gol Terbaik (L):

1. Alisson Becker (Brazil / Liverpool FC)
2. Manuel Neuer (Jerman / FC Bayern München)
3. Jan Oblak (Slovenia / Atlético de Madrid)

Penjaga Gol Terbaik (W)

Sarah Bouhaddi yang merupakan penjaga gol Olympique Lyonnais menjadi pemenang tangan emas wanita yang merupakan anugerah pertama yang diumumkan dalam majlis ini.

Sarah Bouhaddi telah menewaskan dua lagi calon akhir Christiane Endler dari Chile/Paris Saint-Germain dan Alyssa Naeher dari Amerika Syarikat/Chichago.

Calon Penjaga Gol Terbaik (W):

1. Sarah Bouhaddi (Perancis / Olympique Lyonnais)
2. Christiane Endler (Chile / Paris Saint-Germain)
3. Alyssa Naeher ( Amerika Syarikat / Chicago)

Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik

Pengurus pasukan paling handal di muka bumi, Jurgen Kloop telah dipilih sebagai jurulatih lelaki terbaik di muka bumi bagi tahun 2020 dengan falsafah permainan menekan lawan.

Jurgen Klopp telah menewaskan dua calon hebat yang lain Marcelo Bielsa yang memacu Leeds ke Premier League dan pemenang treble dari Bayern Munich, Hans-Dieter Flick.

Calon Jurulatih Lelaki Terbaik:

1. Marcelo Bielsa (Argentina / Leeds United FC)
2. Hans-Dieter Flick (Jerman / FC Bayern München)
3. Jürgen Klopp (Jerman / Liverpool FC)

Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik

Jurulatih pasukan kebangsaan Sarina Wiegman telah dipilih sebagai jurulatih wanita terbaik bagi tahun 2002 yang telah membawa cerita kejayaan kepada skuad wanita Belanda.

Sarina Wiegman telah menewaskan dua calon lain iaitu Emma Hayes dan Jean-Luc Vasseur.

Calon Jurulatih Wanita Terbaik:

1. Emma Hayes (England / Chelsea FC)
2. Jean-Luc Vasseur (Perancis / Olympique Lyonnais)
3. Sarina Wiegman (pasukan kebangsaan Belanda / Belanda)

Anugerah Puskas

Pemain Tottenham Hotspurs, Son Heung Min telah dipilih sebagai pemenang Anugerah FIFA Puskas 2020 melalui gol solo beliau yang sangat padu ketika menentang Burnley pada 7 disember 2019.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu telah melakukan larian solo dari kawasan sendiri dan membelah padang sehingga ke kotak penalti lawan sebelum melepaskan satu rembatan padu.

Jaringan tersebut sebelum ini turut dinobatkan sebagai Gol Terbaik Premier League 2019/20.

Calon Anugerah Puskas:

1. Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC vs CR Flamengo (Brasileirao – Brazil, 25 Ogos 2019)
2. Son Heung Min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur vs Burnley (Liga Perdana Inggeris – 7 Disember 2019)
3. Luis Suarez (Uruguay) – Barcelona vs Mallorca (La Liga – Sepanyol, 7 Disember 2019)

The FIFA Fair Play Awards

Anugerah The FIFA Fair Play diberikan kepada individu yang telah membuat sesuatu yang memberi inspirasi dan harapan kepada orang lain seperti menyelamatkan nyata.

Itulah yang dilakukan oleh Mattia Agnese ketika beraksi bersama Ospedaletti, pemain remaja ini telah menyelamatkan nyawa pemain lawan yang hilang kesedaran selepas perlanggaran kepala.

The FIFA Fan Award

Anugerah FIFA fan Award ini diberikan kepada peminat bola sepak yang melakukan sesuatu yang memberi inspirasi dan luar biasa atas semangat kesukanan dan kecintaan kepada bola sepak.

Marivaldo Francisco da Silva telah dipilih sebagai pemenagn keran kisah beliau yang berjalan sejauh 60 kilometer untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan beliau Sport Club do Recife.

FIFA Fifpro Men World 11

FIFA Fifpro Mmen World 11 ini menyenaraikan 11 pemain lelaki terbaik dunia dari segenap posisi yang ada dalam bola sepak iaitu penjagal gol, pertahanan, tengah dan penyerang.

FIFA Fifpro Women World 11

FIFA Fifpro Women World 11 ini menyenaraikan 11 pemain wanita terbaik dunia dari segenap posisi yang ada dalam bola sepak iaitu penjagal gol, pertahanan, tengah dan penyerang.

BACA:  FIFA Best 2021: Siapa Calon Yang Diundi Oleh Messi, Ronaldo, Salah Dan Lewandowski