Keputusan Penuh WrestleMania 36

WrestleMania 36 merupakan satu acara paling unik dalam sejarah penerbitan WWE. Dari kesemua edisi WM sebelum ini, tidak dinafikan edisi kali ini merupakan yang paling unik.

Buat pertama kali dalam 36 tahun, Pay Per View terbesar WWE seperti WrestleMania diadakan selama dua malam berturut-turut.

Lebih menyedihkan, ini juga merupakan Pay Per View terbesar WWE yang diadakan tanpa kehadiran penonton.

Untuk menambah keterujaan buat para peminat, WWE telah bersetuju untuk mengadakan acara yang sepatutnya diadakan satu hari kepada dua hari.

WWE tetap menghabiskan PPV kali ini walau tiada peminat kerana U.S turut sama memerangi virus Covid-19 yang semakin teruk disana.

Aksi di malam pertama acara mempersembahkan aksi mantap dari bintang WWE namun aksi di malam kedua ternyata lebih hebat dari itu.

Dibawah senarai keputusan penuh acara WrestleMania 36 dari malam Sabtu dan Ahad.

Charlotte Flair Vs Rhea Ripley

Charlotte Flair menepati ramalan ramai apabila berjaya memenangi perlawanan dan menjulang semula kejuaraan Nxt Wanita yang pernah dimiliki sebelum ini.

Aleister Black Vs Bobby Lashley

Black berjaya menewaskan Bobby dalam perlawanan penuh dramatik di WrestleMania tahun ini.

Otis Vs Dolph Ziggler

Otis berjaya menewaskan Dolp Ziggler menerusi bantuan dari Mandy Rose, beruntung Otis dapat dukung Mandy.

Edge Vs Randy Orton

Edge berjaya membalas dendam keatas Randy Orton dalam satu perlawanan penuh aksi. Edge akhirnya memenangi perlawanan Last Man Standing untuk menewaskan Orton.

The Street Profits Vs Angel Garza dan Austin Theory

The Street Profits pasangan regu yang semakin meningkat naik itu berjaya menewaskan pasangan Angel Garza dan Austin Theory untuk mempertahankan sabuk kejuaraan regu Raw milik mereka.

Bayley Vs Lacey Evans Vs Naomi Vs Sasha Banks Vs Tamina

Bayley berjaya mengekalkan sabuk kejuaraan wanita Smackdown miliknya apabila berjaya menewaskan Lacey Evans hasil bantuan dari Sasha Banks.

The Fiend Bray Wyatt Vs John Cena

Dendam lama Bray kepada Cena telah terbalas. Beliau berjaya menewaskan Cena dalam perlawanan Firefly Funhouse.

Drew Mcintyre Vs Brock Lesner

Walau perlawanan mereka berdua agak singkat namun kedua-dua penggusti berjaya mempamerkan persembahan luar biasa.

Drew berjaya menewaskan Lesner untuk bergelar Juara dunia WWE buat kali pertama dalam kariernya.

Alexa Bliss dan Nikki Cross Vs Kabuki Warriors( Kairi Sane dan Asuka)

Perlawanan penuh aksi dan dramatik ini dimenangi oleh gandingan Alexa Bliss dan Nikki Cross lalu menjadikan mereka Juara baru untuk  tali pinggang kejuaraan Regu Wanita dunia WWE.

Elias Vs King Corbin

“Walk with Elias” berjaya menewaskan Corbin dalam perlawanan kedua di acara WrestleMania pada hari sabtu.

Becky Lynch Vs Shayna Baszler

Becky turut menepati ramalan apabila berjaya mengekalkan kejuaraan Juara dunia wanita Raw WWE dengan menewaskan Shayna Baszler.

Sami Zayn Vs Daniel Bryan

Daniel Bryan merupakan seorang penggusti luar biasa yang dimiliki WWE namun sayangnya beliau gagal untuk merebut kejuaraan Intercontinental milik Samy Zayn.

John Morrison Vs Jimmy Uso dan Kofi Kingston

John Morrison berjaya menewaskan Kofi dan Jimmy lalu mengekalkan sabuk kejuaraan regu SmackDown miliknya dalam perlawanan Ladder.

Kevin Owens Vs Seth Rollins

Perseteruan berpanjangan dua bintang ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kevin Owen dalam perlawanan tiada undang-undang. 

Braun Strowman Vs Goldberg

Monster Among Man berjaya menjulang sabuk kejuaraan Dunia WWE yang pertama dalam kariernya dengan menewaskan legenda WWE Goldberg.

The Undertaker Vs AJ Styles

Undertaker masih menunjukkan kehebatan beliau diusianya sekarang. Perlawanan penuh epik dan penuh aksi yang mempertemukan beliau dengan AJ Styles akhirnya dimenangi oleh Undertaker.

Secara keseluruhannya PPV WrestleMania 36 sangat memuaskan hati. Walau diadakan dalam keadaan penuh unik namun aksi dipamerkan oleh penggusti sangat memuaskan hati.

Baca Juga

Baca Juga