Keputusan Undian Champions League 18/19 Pusingan Kedua

Selepas mengharungi 6 perlawanan peringkat kumpulan, maka juara dan naib juara daripada 8 kumpulan yang bertanding telah mara ke pusingan kalah mati untuk 16 pasukan terbaik.

Berikut merupakan 8 juara dan naib juara kumpulan masing-masing.

Juara Kumpulan : Barcelona (ESP), Bayern München (GER), Borussia Dortmund (GER), Juventus (ITA), Manchester City (ENG), Paris Saint-Germain (FRA), Porto (POR), Real Madrid (ESP, holders).

Naib juara kumpulan : Ajax (NED), Atlético Madrid (ESP), Liverpool (ENG), Lyon (FRA), Manchester United (ENG), Roma (ITA), Schalke (GER), Tottenham Hotspur (ENG)

Bagaimana Undian Di Buat?

1. Undian dibuat melalui dua balang yang diasingkan untuk juara dan naib juara yang berada dalam balang masing-masing.
2. Tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan.
3. Tiada pasukan dari FA yang sama akan bertemu. Contohnya pasukan dari England tidak akan bertemu sesama mereka.
4. Perlawanan pertama round of 16 akan berlangsung pada 12/13 dan 16/20 Februari 2019 dan pusingan kedua pada 5/6 dan 12/13 March 2019.

Undian Champions League Round Of 16

Selepas undian dibuat maka inilah keputusannya. Anda gembira, menangis atau bermurung melihat lawan pasukan kesayangan anda? Anda penyokong Arsenal dan Chelsea?

1. Schalke vs Manchester City

2. Atletico Madrid vs Juventus

3. Manchester United vs PSG

4. Spurs vs Borussia Dortmund

5. Lyon vs Barcelona

6. Roma vs Porto

7. Ajax vs Real Madrid

8. Liverpool vs Bayern

Baca Juga

Baca Juga