Keputusan Undian Champions League 2022/23 Peringkat Kumpulan

Maka telah terjawab kedudukan 32 pasukan bertanding di UEFA Champions League (UCL) bagi musim 2022/23 apabila telah selesai majlis undian peringkat kumpulan yang dilakukan oleh Yaya Toure dan dibantu oleh Hamit Altintop.

Perlawanan akhir Champions League musim 2022/23 ini akan berlangsung di Atatürk Olympic Stadium, Istanbul, Turki yang terkenal dengan Keajaiban Istanbul pada final 2005.

Seperti tahun yang sudah-sudah, 32 pasukan sahaja yang layak setiap musim dan setiap kumpulan dibahagikan kepada 4 pasukan, maka wujudlah 8 kumpulan iaitu kumpulan A,B,C,D,E,F,G,H.

Sebanyak 26 pasukan telah mendapat kelayakan secara automatik untuk terus ke peringkat kumpulan dan akan disertai oleh 6 pasukan pemenang dari pusingan kelayakan.

Sebelum undian setiap pasukan yang layak diletakkan dalam 4 pot yang berbeza mengikut keupayaan pasukan masing-masing supaya saingan diperingkat kumpulan menjadi seimbang dan berdaya saing.

Pembahagian dan undian pasukan dalam setiap Pot berdasarkan kriteria berikut :

1. Pasukan daripada negara yang sama tidak akan diundi berada dalam kumpulan yang sama.

2. Pasukan dibahagikan kepada 4 pot berbeza di mana Pot 1 terdiri daripada juara Chamoions League, juara Europa dan juara liga daripada 6 negara teratas.

3. Pot 2,3 dan 4 pula ditentukan oleh kedudukan kelab dalam Uefa coefficient. Kiranya pasukan dalam pot 4 adalah pasukan-pasukan yang lemah.

Pot 1

Real Madrid (ESP, Juara Champions League)
Eintracht Frankfurt (GER, Juara Europa League)
Manchester City (ENG)
AC Milan (ITA)
Bayern München (GER)
Paris Saint-Germain (FRA)
Porto (POR)
Ajax (NED)

Pot 2

Liverpool (ENG)
Chelsea (ENG)
Barcelona (ESP)
Juventus (ITA)
Atlético de Madrid (ESP)
Sevilla (ESP)
Leipzig (GER)
Tottenham Hotspur (ENG)

Pot 3

Borussia Dortmund (GER)
Salzburg (AUT)
Shakhtar Donetsk (UKR)
Inter (ITA)
Napoli (ITA)
Benfica (POR)
Sporting CP (POR)
Bayer Leverkusen (GER)

Pot 4

Rangers (SCO)
Dinamo (CRO)
Marseille (FRA)
Copenhagen (DEN)
Club Brugge (BEL)
Celtic (SCO)
Viktoria Plzeň (CZE)
Maccabi Haifa (ISR)

Keputusan Undian Champions League 2022/23 Peringkat Kumpulan

Maka telah diketahui semua pasukan berada di kumpulan mana dan secara kasarnya boleh diagak pasukan mana akan pergi jauh dan pasukan mana berada dalam kumpulan maut serta perlawanan mana akan menjadi tumpuan.

Jika anda mahukan sedikit hiburan dan lawak jenaka, boleh lah bertanya di mana Arsenal dan Manchester United, kelakar bukan?

Dibawah merupakan senarai penuh setiap kumpulan berserta ahlinya dan tarikh penting perlawanan peringkat kumpulan.

Kumpulan A UEFA Champions League (UCL)

1. Ajax
2. Liverpool
3. Salzburg
4. Rangers

Kumpulan B UEFA Champions League (UCL)

1. Porto
2. Ateltico Madrid
3. Bayer Leverkusen
4. Club Brugge

Kumpulan C UEFA Champions League (UCL)

1. Bayern Munich
2. Barcelona
3. Inter Milan
4. Viktoria Plzeň

Kumpulan D UEFA Champions League (UCL)

1. Eintracht Frankfurt
2. Tottenham Hotspur
3. Sporting CP
4. Marseille

Kumpulan E UEFA Champions League (UCL)

1. AC Milan
2. Chelsea
3. Salzburg
4. Dinamo Kyiv

Kumpulan F UEFA Champions League (UCL)

1. Real Madrid
2. RB Leipzig
3. Shakhtar
4. Celtic

Kumpulan G UEFA Champions League (UCL)

1. Man. City
2. Sevilla
3. Dortmund
4. Copenhagen

Kumpulan H UEFA Champions League (UCL)

1. Paris Saint-Germain
2. Juventus
3. Benfica
4. Maccabi Haifa

UEFA Champions League 2022/23 berlangsung awal sebulan berbanding sebelumnya dan saingan peringkat kumpulan akan tamat pada November bagi memberi laluan kepada Piala Dunia 2022.

Berikut tarikh untuk setiap perlawanan. Jadual penuh akan menyusul.

Peringkat kumpulan:

Perlawanan 1: 6/7 September 2022
Perlawanan 2: 13/14 September 2022
Perlawanan 3: 4/5 Oktober 2022
Perlawanan 4: 11/12 Oktober 2022
Perlawanan 5: 25/26 Oktober 2022
Perlawanan 6: 1/2 November 2022

Undian Pusingan 16: 7 Novembr 2022

Pusingan 16 Terbaik

Pusingan 16 Terbaik first leg : 14/15 dan 21/22 Februari 2023

Pusingan 16 Terbaik second leg : 7/8 dan 14/15 Mac 2023

Suku Akhir

Suku Akhir first leg: 11/12 April 2023
Suku Akhir second leg: 18/19 April 2023

Separuh akhir

Separuh akhir first leg: 9/10 Mei 2023
Separuh akhir second leg: 16/17 Mei 2023

Final

Final: 10 June 2023

BACA:  Real Madrid Diaibkan Oleh Pendatang Baru Dalam Saingan Champions League