Keputusan Undian Champions League Sudah Diketahui?

Seorang pengguna Twitter yang lantang berkicau bahawa keputusan undian UEFA Champions League peringkat suku akhir telah diketahui dan disusun lebih awal walaupun majlis undian belum diadakan lagi.

Ramai mula percaya bahawa apa yang terbocor ini merupakan pertemuan sebenar untuk peringkat 8 terakhir walaupun ada yang agak sangsi.

Sekeping gambar yang memaparkan logo Champions League, penafian dan senarai pasukan dan lawan masing- masing telah tersebar dengan jayanya.

Gambar ini didakwa diambil dari akaun Pengarah UEFA yang secara tidak sengaja telah memuat naik gambar itu ke internet sebelum memadamnya.

Dan berdasarkan gambar ini maka inilah senarai pasukan dan lawan yang bakal dihadapi di suku akhir.

1. Liverpool vs Ajax
2. Juventus vs Porto
3. Manchester United vs Tottenham Hotspur
4. Barcelona vs Manchester City

https://twitter.com/KaneFromTheLane/status/1106246229539897348

Liverpool, Ajax, Manchester United, Porto, Spurs, Juventus, Manchester City dan Barcelona merupakan 8 pasukan yang tinggal untuk meneruskan saingan.

Majlis undian akan dijalankan hari ini di Nyon, Switzerland dan adakah benar semua ini atau sekadar gurauan?

Tahun lalu juga telah wujud teori konspirasi mengenai perkara ini.

Undian kelihatan normal sehinggalah Liverpoo diundi bertemu AS Roma yang menyaksikan dunia Twitter menggila dengan apa yang terbocor dari laman sesawang rasmi Roma.

Sehari sebelum hari undian, laman sesawang Roma telah mengiklankan penjualan tiket separuh akhir Champions League di laman sendiri menentang Liverpool. Namun iklan tersebut segera di padam dengan getah pemadam.

Dari sinilah umat Twitter mula membawang atas nama Teori Konspirasi, mereka sempat membuat tembakan skrin (Screenshot) iklan berkenaan dan menyebarkannya.

Suratan atau kebetulan atau skandal atau kesilapan pengendali laman sesawang Roma menjual tiket menentang Liverpool sehari sebelum undian?

Baca Juga

Baca Juga