Keputusan Undian Suku Akhir Champions League

Keputusan undian peringkat suku akhir kejohanan paling agung di Eropah, Champions League yang melibatkan 8 pasukan terkuat Eropah sudah pun diketahui.

Majlis undian ini telah diadakan di House of European Football di Nyon, Switzerland dan dipancarkan secara langsung untuk tatapan anda semua melibatkan 8 pasukan seperti dibawah:

Bayern München (GER)
Borussia Dortmund (GER)
Chelsea (ENG)
Liverpool (ENG)
Manchester City (ENG)
Paris Saint-Germain (FRA)
Porto (POR)
Real Madrid (ESP)

Dan berikut merupakan keputusan undian:

1. Manchester City vs Borussia Dortmund

2. FC Porto vs Chelsea

3. Bayern Munich vs PSG

4. Real Madrid vs Liverpool

Bagaimana Undian Dijalankan?

Sebanyak lapan biji bebola kecil yang mengandungi nama pasukan yang layak ke suku akhir ditempatkan dalam satu mangkuk yang besar dan diputar-putar.

Pasukan pertama yang dicabut undi untuk bertemu lawan akan bermain perlawanan pertama sebagai tuan rumah. Prosedur sama akan diulang sehingga perlawanan keempat.

Tiada balang berasingan untuk undian ini dan tiada perlindungan negara di mana pasukan dari negara yang sama akan bertemu sesama mereka.

Cabutan untuk undian separuh akhir juga berjalan serentak di mana satu mangkuk berisi bola dengan secebis kertas yang akan tertera “winners of quarter-final 1” hingga “winners of quarter-final 4”.

Tarikh Perlawanan Champions League

Seperti semua diketahui bahawa perlawanan akhir Champions League musim ini akan berlangsung di Istanbul dan bermakna Liverpool akan muncul juara.

Dan berikut merupakan tarikh yang perlu ditunggu Liverpool untuk bergelar juara.

Suku Akhir

First legs: 6/7 April
Second legs: 13/14 April

Separuh Akhir

First legs: 27/28 April
Second legs: 4/5 Mei

Akhir

Sabtu 29 Mei (Atatürk Olympic Stadium, Istanbul)

Baca Juga

Baca Juga