Keputusan Undian Suku Akhir Europa League 2020/21

Seperti biasa selepas berlangsungnya undian peringkat kalah matibagi kejohanan paling agung di Eropah iaitu UEFA Champions League maka tiba giliran undian untuk kejohanan tahap dua Eropah, Europa League pula berlangsung.

Undian Europa League musim 2020/21 untuk pusingan suku akhir mula menjadi tumpuan peminat pasukan Setan Merah dan Si Meriam selepas mereka gagal untuk meneruskan saingan ke kejohanan paling agung Eropah itu.

Majlis undian suku akhir Europa League ini berlangsung di House of European Football Nyon, Switzerland sejurus selepas tamat undian Champions League.

Undian suku akhir sudah pasti melibatkan hanya 8 pasukan sahaja dan berikut merupakan pasukan tersebut:

Granada (ESP)
Manchester United (ENG)๏ปฟ
Arsenal (ENG)
Slavia Praha (CZE)
Ajax (NED)
Roma (ITA)
Dinamo Zagreb (CRO)
Villarreal (ESP)

Maka setelah undian selepas dilakukan maka inilah lawan bagi pasukan yang bertanding.

1. Granada (ESP) vs Manchester United (ENG)๏ปฟ

2. Arsenal (ENG) vs Slavia Praha (CZE)

3. Ajax (NED) ๏ปฟvs Roma (ITA)

4. Dinamo Zagreb (CRO) vs Villarreal (ESP)

Pasukan bakal juara, Manchester United dilihat mendapat undian agak mudah apabila dijadualkan bertemu pasukan daripada La Liga Sepanyol. Granada.

Arsenal di atas kertas seperti Manchester United mendapat laluan mudah apabila dijodohkan dengan kelab dari Republic Czech, Slavia Prague.

Wakil tunggal Craoatia, Dinamo Zagreb yang mencipta kebangkitan sensasi ke atas Tottenham Hotspur bertemu satu lagi wakil La Liga, Villareal si kapal selam kuning.

Perlawanan agak seimbang antara Ajax dan AS Roma yang kelihatan sama kuat dan sama padan.

untuk separuh akhir pula sudah diketahui siapa bakal lawan masing-masing jika pasukan bertanding berjaya melepasi pusingan suku akhir.

Separuh akhir pertama akan menemukan pemenang perlawanan suku akhir antara Granada (ESP) vs Manchester United (ENG)๏ปฟ dan Ajax (NED) ๏ปฟvs Roma (ITA).

Manakala separuh akhir kedua menemukan pemenang suku akhir antara Arsenal (ENG) vs Slavia Praha (CZE) dan Dinamo Zagreb (CRO) vs Villarreal (ESP).

Untuk undian peringkat suku akhir dan separuh akhir semua pasukan diletakkan setara dan sama rata tiada perbezaan kedudukan serta diletakkan dan mangkuk yang sama.

Perlindungan negara juga tidak wujud di mana setiap pasukan akan berkemungkinan diundi bertemu pasukan dari negara sendiri.

Pemenang separuh akhir dua akan menjadi tuan rumah pada perlawanan akhir yang akan dilangsung di Gdaล„sk Arena, Poland pada 26 Mei 2021.

Tarikh Suku Akhir, Separuh akhir dan Final Europa League

Suku Akhir

First legs: 8 April
Second legs: 15 April

Separuh akhir

First legs: 29 April
Second legs: 6 Mei

Final

Rabu 26 Mei (Gdaล„sk Arena, Poland)

BACA:ย  Europa League 2020/21: AC Milan 0-1 Manchester United (Agg. 3-2)