Keraian Penuh Kegilaan Pemain Liverpool Di Bilik Persalinan

Pemain Liverpool telah meraikan kemenangan mereka ke atas Chelsea dengan penuh kegilaan sebelum menyalin baju dan bersiap-sipa untuk naik ke pentas bagi menjulang trofi Premier League.

Ragam pemain pasukan paling hebat, power dan padu di muka bumi ini, Liverpool power this is our year telah dirakam dalam satu video yang memaparkan mereka meraikan kejuaraan Premier League buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Rakaman video ini telah dimuat naik ke laman Twitter rasmi Liverpool sejurus selepas perlawanan yang disajikan dengan pesata gol di mana Chelsea tewas 5-3.

“I N C R E D I B L E Inside the dressing room celebrations with the Reds #LFCchampions”

Andrew Robertson yang memasuki bilik persalinan terus meluah perasaan gembira amat dengan satu jeritan sang juara.

Kemudian Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez disusuli oleh Naby Keita, James Milner, Takumi Minamino dan Wijnaldum.

Nanyian Champione! mula kedengaran dan pemain Brazil Fabinho dan Roebrto Firmino, Mohamed Salah dan lain-lain masuk sambil menari dan menyanyi.

Mereka saling berpelukan dan menari. Virgil Van Dijk dan Alisson Becker kemudian membuka minuman keras dan menyembur ke bilik persalinan.

“A moment we’ll never forget”

Selepas itu mereka sambung menyani Champione! Champione! dan menari secara berjemaah.

Keraian di bilik persalinan selesai dan baju tertera perkataan juara di salin dan mereka bersiap-siap pula untuk majlis julangan trofi.

Jordan Henderson selaku ketua pasukan diberi penghormatan untuk melakukan julangan yang penuh bersejarah itu.

Sejak setahun yang lalu menyaksikan empat kali Jordan Henderson tanpa jemu menjulang trofi kejuaraan yang diraih oleh Liverpool.

1. Champions League – Jun 2019
2. UEFA Supercup – Ogos 2019
3. FIFA Club World Cup – Disember 2019
4. Premier League – Julai 2020

Trofi yang diraih Liverpool kebanyakannya adalah trofi peringkat Antarabangsa maka jangan kau pelik kenapa Liverpool digelar penakluk dunia.

Setakat trofi domestik seperti FA Cup dan League Cup bagila pasukan lain merasa, kalau sapu semua nanti orang bosan.

BACA:  Premier League 2019/20 Season Finale: Newcastle United 1-3 Liverpool