Kerana Berlagak Samseng, KO Terus Kena Tumbukan Manja Legenda Tinju British

Kerana berlagak samseng taik kucing tak kena tempat seorang pemuda terus KO (Jatuh tumbang) selepas terkena satu tumbukan manja dari legenda Tinju British, Julius Francis yang kini bertugas sebagai staf keselamatan.

Insiden kekecohan yang kini menjadi tular telah tercetus diluar BoxPark di Wembley di mana telah terjadi pertengkaran antaran dua kumpulan lelaki yang terdiri dari pengunjung dan juga staf keselamatan.

Lelaki berbaju hitam telah mencetuskan kehangatan dan ketegangan sebelum menjadi lebih agresif yang pasti tidak lekang dengan maki hamum bertali arus dibibirnya.

Julius Francis hanya tenang mengadap makian itu sambil berjalan ke hadapan bagi mengundur lelaki tersebut bersama dua rakannya supaya keluar dari kawasan itu.

Lelaki berbaju itu dan berkepala biru itu bertambah agresif apabila berberapa cuba menyerang salah seorang staf keselamatan dengan tumbukan. Pandai dia pilih paling kecik.

Julis Francis cuba diserang namun rakannya sempat menghalang dan maki hamun berterusan, Julius Francis kekal tenang dalam keadaan itu dan terus menasihati agar budak tu tadi beredar dan elakkan kekecohan.

Selepas dihalang dari menyerang Julius Francis, lelaki itu pergi berhadapan satu sama satu dengan bekas juara heavyweight British itu dan keadaan terus reda.

Tiada pilihan lain buat Julius Francis bagi mempertahankan diri dan mengelakkan perlakuan agresif itu, satu tumbukan manja penuh bersahaja dilepaskan Francis.

Serta merta lelaki itu KO dan tumbang lalu situasi terus bertukar menjadi tenang dalam sekelipan mata.

Mereka tergamam, rakan-rakannya kemudian bergegas untuk membantu lelaki itu manakala Francis dengan santai berjalan-jalan berlalu pergi, tugas selesai.

“Kenapa? Tak perlu,” jerit seorang lelaki di belakang kamera merujuk kepada tindakan Francis itu.

Keseluruhan pengalaman pahit itu telah dirakamkan, sudah tentu, dan disiarkan ke media sosial di mana ia menjadi tular.

Siaran semula Michael Benson dari talkSPORT sahaja telah mendapat hampir 5.7 juta tontonan dalam masa kurang daripada 12 jam selepas ia dimuat naik.

Rata rata ramai memuji Francis yang menurut mereka telah melakukan tugasnya dengan baik. Itulah sebabnya dia dibayar. Ataupun itulah sebabnya kenapa Francis tak hanya duduk di rumah menunggu duit pencen atau bantuan kerajaan kepada bekas atlet.

Dia masih ada kudrat dan dia tahu kudrat dan kepakarannya adalah sesuai untuk disumbangkan kepada pekerjaan seperti itu.

Seorang lagi berkata, Francis melakukan tumbukan paling manja ke arah lelaki itu kerana hanya mahu memastikan dia KO sahaja dan bukannya mahu membunuhnya. Supaya tu menjadi pengajaran berguna kepada budak yang acah gangster tersebut.

Seorang lagi mengulas: “Nampaknya lelaki itu seperti mahu menyerangnya. Jadi dia mempertahankan dirinya. Tiada kesalahan di situ.”

Sementara seorang lagi menambah: “Mamat tu mendapat apa yang dia minta – daripada situasi yang berlaku dalam klip itu. Berhati-hati dengan apa yang anda minta.”

Ada juga yang geli hati kerana generasi muda pada hari ini ternyata tidak mengenali legenda negara sendiri di depan mata mereka. Walaupun sudah bersara 16 tahun lalu, ternyata Francis ibarat harimau walaupun dah tua sekalipun, sentiasa ada cakarnya walaupun tak selincah dulu.

Semasa kemuncak kariernya, Francis pernah berdepan dengan peninju legenda seperti Mike Tyson, Vitali Klitschko dan Audley Harrison.

Selepas bertinju, Julius Francis telah menyertai MMA (mixed martial arts) tiada masalah buat Francis menceburi sukan baharu kerana beliau juga merupakan juara European heavyweight kickboxing.

Memang berkicap la mamat tu bukan tangan je padu, kaki tu kalau kena kat leher boleh terpenggal. Bila keranda dibawa barulah bercucuran air mata.

Baca Juga

Baca Juga