Kerana Biadap, Zlatan Mengaku Sengaja ‘Hentak’ Azpilicueta

Atan atau lebih dikenali sebagai Zlatan Ibrahimovic telah membuat pengakuan secara terbuka yang beliau sebenarnya memang sengaja mengasari Cesar Azpilicueta sehingga tertomoih ke bahu rakan sepasukannya.

Zlatan Ibrahimovic ketika aksi bertemu Sepanyol di pusingan kelayakan Piala Dunia sebelum ini telah menolak belakang badan Azpilicueta dengan menggunakan sikunya.

Beliau pada ketika itu dilihat sengaja menggunakan sikunya menolak Azpilicueta ketika Sepanyol sedang mahu mengambil sepakan penjuru.

Walau bagaimanapun, legenda bola sepak Sweden itu menjelaskan yang beliau memang sengaja melakukan hal tersebut, dan beliau juga sama sekali tidak menyesal melakukannya.

Atan bahkan turut menegaskan yang beliau mungkin akan sekali lagi melakukan hal itu di masa hadapan, seandainya ada pemain yang berkelakuan seperti Azpilicueta.

Dalam temu bual bersama The Guardian, Zlatan mendedahkan bahawa:

“Hidup ni ada turun naik. Jika semua perkara sempurna, kita tak ada benda yang boleh diperkatakan.”

“Kita masih akan melakukan kesilapan. Tiada seorang pun manusia sempurna. Di platform digital kamu letaklah gambar dengan 20 filer pada muka kamu, dan kamu nampak sempurna.”

“Namun bila saya tengok kamu di realiti, kamu tak sempurna. Kamu cuma manusia biasa macam orang lain. Orang suka menganggap diri mereka sempurna.”

“Saya nak cakap: ‘Saya sempurna apabila menjadi diri sendiri’. Itu tak bermakna saya tak akan buat silap. Cuma saya akan belajar daripadanya.”

“Hari itu, dalam pasukan kebangsaan, saya melakukan kekasaran [ke atas Azpilicueta]. Saya sengaja melakukannya. Saya tak malu untuk menyatakannya kerana dia yang dulu buat benda bodoh kepada pemain pemain saya.”

“Berlagak dia besar di depan pemain pemain saya. Saya tahu itu benda bodoh saya buat, tetapi saya masih tetap mahu melakukannya supaya dia sedar diri: ‘Kau jangan sesekali buat macam tu [berlagak dengan pemain pemain saya]. Kau tak ada telur nak buat dekat aku kan. Biar saya tunjukkan apa yang kau akan dapat kalau kau buat macam tu kat aku’. Sebab itulah saya buat macam tu dekat dia.”

Ketika beliau ditanya adakah Azpilicueta ada bercakap apa-apa kepadanya, Zlatan kemudian menjawab:

“Dia nak cakap apa? Dia tak berani nak cakap tentang perkara itu kat saya, tapi dia cuma berani bercakap tentangnya dekat pemain saya, mereka pun angguk je dengar Azpilicueta bercakap tentang saya – sebab dia ni orang baik.”

“Itu memang bukan perkara yang baik dilakukan oleh saya, tetapi saya masih akan melakukannya di masa akan datang [kalau berada dalam situasi itu sekali lagi]. Kamu yang lain tu jangan pula melakukannya. Tak baik!”

“Itulah saya, saya jenis tak malu mengaku perkara seperti itu.”

Wartawan kemudian menyatakan bahawa, tindakan itu membuatkan Zlatan Ibrahimovic digantung dalam aksi play off selepas ini.

Zlatan kemudiannya menjawab:

“Saya tak peduli pasal terlepas aksi play off. Paling penting, saya nak dia ni faham bahawa kamu jangan sesekali membuat sesuatu yang tak betul kepada seseorang yang sedang terbaring atas padang. Kamu tak boleh menyerang anjing yang diam.”

“Kalau berani seranglah orang yang boleh bertindak balas. Senang sahaja dia pilih rakan sepasukan saya yang baru berusia 20 tahun dan sangat baik. Saya harap Azpilicueta faham bermula sekarang.”

Zlatan pukul curi

Ketika aksi bertemu Sepanyol sebelum ini, Zlatan Ibrahimovic telah dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan dengan beliau masuk menggantikan Aleksander Isak pada minit ke-73 perlawanan.

Ketika Sepanyol mahu mengambil sepakan penjuru, Zlatan Ibrahimovic merempuh belakang Cesar Azpilicueta seolah-olah mereka sedang bermain ragbi.

Azpilicueta ‘tertomoih’ ke bahu Aymeric Laporte selepas dirempuh oleh Zlatan Ibrahimovic dari belakang, dan kemudian beliau rebah terbaring di atas padang.

Apa yang menariknya, Zlatan Ibrahimovic yang jelas sengaja merempuh Azpilicueta, berpura-pura seolah beliau tidak bersalah dan beliau telah ditolak oleh individu lain.

Hakikatnya, beliau langsung tidak dicabar oleh mana-mana pemain dan sangat jelas Zlatan dengan sendirinya merempuh Azpilicueta dari belakang.

Atan, atan, dah kenapa tua-tua buat perangai gini.

Rempuhan Zlatan tidak membantu Sweden untuk mendapatkan sebarang gol dengan Atan terpaksa akur beliau bersama skuad kebangsaannya perlu beraksi di pusingan play-off selepas ini.

Atan tentunya mahu membawa Sweden beraksi di pentas Piala Dunia Qatar memandangkan ia bakal jadi kempen terakhir beliau.

Di usia 40 tahun, mustahil untuk melihat Zlatan membuat penampilan lagi di kejohanan Piala Dunia 2026 nanti dan tentunya beliau mahu membuat kemunculan di edisi terakhir ini.

Selain Zlatan, Cristiano Ronaldo juga antara pemain terhebat dunia yang mungkin akan terlepas peluang beraksi di pentas Piala Dunia, memandangkan beliau bersama skuad Portugal terpaksa beraksi di pusingan play-off.

Sweden akan bermain di pusingan play-off

Sepanyol kini menyertai Jerman, Denmark, Brazil, Belgium, Perancis, Croatia, Serbia dan Qatar yang sudah mengesahkan tempat untuk mereka layak beraksi dalam saingan Piala Dunia 2022.

Sweden, Portugal dan Rusia merupakan tiga pasukan yang akan beraksi dalam saingan play-off bersama Wales, Scotland, Austria dan North Macedonia.

Lawan lain yang mungkin akan dihadapi oleh Portugal di peringkat play-off adalah seperti Switzerland atau Itali, Finland atau Turki, Scotland atau Turki, Norway atau Belanda, Rusia, Poland atau England, dan Macedonia atau Romania.

Aksi peringkat separuh akhir untuk sesi play-off UEFA akan dilangsungkan pada 24 dan 25 Mac nanti, sementara perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 28 dan 29 Mac.

Tiga pasukan akan mendapat tempat untuk mara ke beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar pada tahun 2022 nanti.

Walau masih berpeluang, namun sepertinya Sweden perlu berdepan dengan tugasan yang berat untuk mereka melayakan diri ke saingan Piala Dunia 2022 nanti.

Sumber: The Guardian

BACA:  Barcelona Terkejut Beruk Apabila Pemain Sasaran Menolak Untuk Sertai Mereka