Kerana Coronavirus Ucapan Selamat Pagi Fabregas Dibalas Carutan

Wabak Coronavirus yang diwartakan sebagai Pandemic terus mengganas di Malaysia Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Pergerakan rentas negeri juga akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2018 di mana korang dah tak boleh nak ke negeri lain.

Jika terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan dan perlu merentas negeri, korang kena isi borang di Balai Polis berdekatan.

Bekas pemain Arsenal dan Chelsea, Cesc Fabregas menjalani proses kuarantin sendiri di rumahnya yang kini sudah memasuki hari keempat.

Untuk menghilangkan rasa bosan terperuk di rumah, Fabregas telah keluar ke balkoni rumahnya untuk mengucapkan selamat pagi.

Ketika ucapan itu dijeritkan kepada jiran, perlakuan Fabregas itu sedang dirakam.

“Selamat pagi wahai jirang tetanggku!”

Tapi sayang ucapan mesra Fabregas itu telah dibalas dengan carutan oleh jirannya.

“TOOOT!! you!!”

Carutan itu dengan tenang dibalas Fabregas dengan carutan.

“TOOOT!! you too!!”

Fabregas kemudiannya memuat naik video sapaan mesra beliau bersama jirannya. Ternyata Fabregas terhibur.

Fabregas sedar situasi agak tegang ketika ini angkara COVID-19.

“Hari keempat isolasi dan orang di sini semakin tegang.”

Coronavirus bukan sahaja membuatkan orang ramai semakin tertekan malah panik juga melanda.

Pembaling Pizza Ke Muka Ferguson

Cesc Fabregas merupakan lelaki misteri yang membaling pizza ke muka pengurus Manchester United yang merupakan pasukan paling hebat di muka bumi , Sir Alex Ferguson.

Kejadian tersebut yang digelar Pizzagate kekal menjadi misteri sejak tahun 2004 sehinggalah Cesc Fabregas yang kini merupakan pemain Chelsea mengakui beliaulah insan misteri itu.

Insiden ini telah menjadi perbualan hangat seluruh dunia bola sepak pada ketika itu kerana Manchester United yang power berjaya menewaskan Arsenal yang masih belum menjadi lemah dah lembik dengan jaringan dua gol tanpa balas.

Kemenangan Manchester United itu juga telah menamatkan rekod menakjubkan 49 perlawanan tanpa kalah Arsenal yang mengharungi musim invinsible. Kecewa dan terkedu dengan keputusan itu telah menjadikan pemain menjadi mudah tersinggung.

Kekecohan berlaku dalam terowong antara pemain bintang ketika itu membabitkan Rio Ferdinand, Martin Keown dan Sol Campbell. Mereka dilihat saling tolak menolak, rempuh-merempuh dan menjerit antara satu sama lain seolah-olah tiada pedoman dalam diri.

Dalam insiden tersebut sekeping pizza terbang telah melayang dan menampar muka kemerah-merahan Sir Alex Ferguson telah membuatkan mereka yang berada dalam terowong itu tergamam.

Ferguson terpaksa menukar jaket untuk temuramah kerana pizza tersebut telah menodai jaket beliau.

Bertahun-tahun spekulasi berputar dan berkumandang bahawa lelaki Sepanyol yang bernama Cesc Fabregas merupakan petualang dan dalang dalam kejadian Pizzagate. Akhirnya bekas pemain Arsenal berusia 30 tahun itu merungkaikan segalanya.

Dalam rancangan League of their Own terbitan Sky pada Khamis lalu, pengacara rancangan tersebut James Corden telah menyoal Fabregas.

“YA!, Martin Keown pembohong sebab masa tu aku nampak Keown depan mata aku sibuk duk menumbuk orang, jadi dia tidak nampak apa-apa.”

“Tiba-tiba aku dengar bunyi bising dan masa tu aku fikir apa yang berlaku? Lalu aku keluar dengan sekeping pizza yang dibawa berlari jauh menyusur terowong yang bising, aku nampak Sol Campbell, Rio Ferdinand, Martin Keown… mereka sedang menolak antara satu sama lain macam darai.”

“Aku nak join sekali tapi aku tak tau lagu mana dan aku terus baling pizza tersebut. Aku hanya baling tanpa berniat mensasarkan kepada siapa.”

Baca Juga

Baca Juga