Salah seorang petugas keselamatan stadium telah menghalang dan memegang Leonardo Bonucci kerana menyangka bintang Itali itu adalah penyokong yang mahu masuk ke padang.
Insiden yang boleh dikatakan sangat lucu itu telah berlaku ketika aksi separuh akhir yang menemukan antara Itali bertemu Sepanyol di Wembley awal pagi tadi.
Skuad kendalian Roberto Mancini itu berjaya menewaskan anak-anak buah Luis Enrique 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Leonardo Bonucci vs. #ESP
75 touches
6 interceptions
5 accurate long balls
4 clearances
3 duels won
2 shots blocked
1 clearance off the lineA rock at the back. 🪨 pic.twitter.com/Gf7B07whQK
— Squawka Football (@Squawka) July 6, 2021
Sebaik mengesahkan tempat untuk mara ke perlawanan akhir, para pemain Itali terus meraikan kejayaan mereka itu umpama tiada hari esok.
Ada pemain yang terbaring sambil menangis kegembiraan, ada yang melutut, bersujud, berpelukkan satu sama lain dan ada juga yang pergi ke arah penonton untuk meraikan bersama penonton yang datang memberi sokongan.
Kebanyakan pemain berlari ke arah penonton di tepi padang untuk berkongsi kegembiraan bersama di stadium Nasional England itu.
Bonucci antara yang paling bersemangat meraikan kejayaan Itali dengan beliau meluru ke arah penonton sambil bersorak bersama-sama di kawasan tempat duduk penonton.
17 – Leonardo #Bonucci will play his 17th match at the European Championship, a joint-record for an Italian 🇮🇹player in the competition, alongside Gianluigi Buffon. Pillar.#EURO2020 #ITAESP pic.twitter.com/rLGl9eF04z
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 6, 2021
Namun beliau terkedu selepas pegawai wanita yang bertugas di situ menahan beliau untuk masuk semula ke padang dan reaksi Bonucci ketika itu juga bingung dengan apa yang berlaku.
Petugas wanita itu jelas tidak kenal dan sedar individu yang beliau tangkap kerana menganggap beliau cuba menceroboh untuk masuk ke padang itu adalah salah seorang pemain Itali.
Rakaman insiden tersebut tular di media sosial dan ramai yang menganggap ia antara aksi terbaik dan paling lucu sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.
Reaksi Bonucci melihat petugas wanita itu menahan beliau sungguh priceless dan membuatkan sesiapa sahaja menonton video tersebut tidak kering gusi.
When the steward thought Bonucci was a fan trying to get back onto the pitch 🤣#ITAESP #Euro2020 pic.twitter.com/SJ4QjmNMcm
— Sam Huxley (@samhuxley) July 6, 2021
⚽️ Leonardo Bonucci è stato confuso per un invasore da una steward dopo aver festeggiato vicino alla tribuna. #EURO2020 pic.twitter.com/YdvsW7fkX8
— Sport RSI (@RSIsport) July 6, 2021
That moment when a steward thought Leonardo Bonucci was a fan trying to enter the pitch 🤣#ITAESP #EURO2020 pic.twitter.com/nSfoLJsGVH
— DW Sports (@dw_sports) July 6, 2021
Bonucci bersama gandingan pertahanan beliau, Giorgio Chiellini telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang kejohanan ini.
Dalam perlawanan bertemu Sepanyol ini juga, kedua-dua mereka telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh mengagumkan dengan bintang berusia 34 tahun itu turut berjaya menjaringkan gol ketika sesi penentuan sepakan penalti.
Gaya beliau meraikan kejayaannya menyempurnakan sepakan penalti itu jelas menunjukkan bagaimana puasnya beliau dan ia seolah melepaskan dendamnya kerana gagal melakukan hal yang sama ketika bertemu Jerman di acara Euro 2016.
Bintang Juventus itu menggambarkan bahawa perlawanan pada hari ini merupakan yang paling sukar pernah beliau hadapi dan beliau berharap agar rakan sepasukannya akan kekalkan momentum yang sama dalam perlawanan akhir nanti.
Leonardo Bonucci and Giorgio Chiellini. 107 and 110 appearances for Italy respectively. Over 10 years together at club level.
These two are gladiators, for whom age is but a number. The passion, the desire, the drive.
A partnership for the ages. pic.twitter.com/xKQauTnlEa
— EiF (@EiFSoccer) July 2, 2021
“Kejayaan dari penderitaan akan sentiasa menjadi kejayaan yang paling bermakna.”
Jelas Bonucci kepada RAI Sport.
“Kami tahu mereka mungkin akan cuba melakukan sesuatu yang mengejutkan, dengan Luis Enrique pernah melakukannya beberapa kali dalam karier beliau. Mereka banyak bergerak dari bawah ke atas dan tidak beri ruang untuk kami, tapi kamu berjaya pulang dengan keputusan yang bersejarah dalam hati warga Itali.”
“Kini kami hanya satu centimeter lagi untuk pergi. Hanya satu centimeter sahaja. Ia sangat menakjubkan dengan apa yang telah kami capai. Kami berada dalam perlawanan akhir, dan kami perlu kekalkan keinginan dan semangat pengorbanan yang sama untuk bawa pula Piala itu selepas bertahun-tahun berusaha.”
"Only those who don't take penalties don't miss. I was sure that I would score."
👊 Leonardo Bonucci #EURO2020 pic.twitter.com/yrBZRl8xgZ
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 6, 2021
Pertembungan antara Itali bertemu Sepanyol sebenarnya agak menarik untuk ditonton dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit beraksi.
Itali terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-60 menerusi Federico Chiesa hasil umpanan cantik Ciro Immobile yang bermula dari gerakan team play yang sungguh menakjubkan.
Pertembungan antara Itali bertemu Sepanyol sebenarnya agak menarik untuk ditonton dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit beraksi.
Itali terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-60 menerusi Federico Chiesa hasil umpanan cantik Ciro Immobile yang bermula dari gerakan team play yang sungguh menakjubkan.
Leonardo Bonucci admits semi-final win over Spain was the 'toughest game' of his career https://t.co/nv6qDmsCkQ
— MailOnline Sport (@MailSport) July 6, 2021
Gerard Moreno dan Thiago Alcantara berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Sepanyol sebelum Alvaro Morata gagal untuk melaksanakan tugasnya.
Sebaik Morata gagal, Jorginho tenang menewaskan Unai Simon seterusnya mengesahkan kemenangan milik Itali dan melayakkan The Azzuri ke perlawanan akhir saingan Euro 2020.
Itali ketika ini menunggu Denmark atau England yang bakal menjadi lawan mereka di pentas perlawanan akhir nanti.
England merupakan pasukan pilihan selain Itali yang dianggap akan memenangi gelaran Euro pada edisi kali ini.
Sementara Denmark pula dianggap sebagai pasukan underdog yang mungkin akan membuat kejutan dengan muncul sebagai Juara saingan Euro 2020.
⭐ Leonardo Bonucci: Man of the Match vs #ESP #ITA #EURO2020 pic.twitter.com/DKf9L3RRFj
— WhoScored.com (@WhoScored) July 6, 2021
England mengekalkan aksi persembahan menarik sejak dari perlawanan pertama dalam kejohanan ini dengan mereka masih menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah bolos.
Lima perlawanan dan mencatatkan lima clean sheets, jelas merupakan rekod yang sangat cemerlang dan harus diberi perhatian oleh lawan mereka selepas ini.
Denmark pula memulakan saingan Euro 2020 dengan tidak begitu baik selepas mereka kehilangan ketua pasukan yang juga bintang utama pasukan, Christian Eriksen sejak perlawanan pertama lagi.
Selepas isu Eriksen yang menjadi isu terhangat kejohanan ini, Denmark perlahan-lahan berjaya menemui rentak kemenangan dan mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka.
Jorginho, Leonardo Bonucci, Andrea Bellotti .. #Italy reaching #EURO2020 Finals after defeat Spain in penalty shootout 4-2 (1-1) pic.twitter.com/O1sq9bCuSq
— Abied (@fi_sonic) July 7, 2021
Dari tiga perlawanan terakhir, Denmark berjaya menjaringkan 10 gol dari tujuh pemain yang berbeza, jadi jelas mereka merupakan pasukan yang perlu diberi tumpuan.
Pasukan yang tidak pernah bolos akan bertemu dengan pasukan yang berjaya menjaringkan gol yang banyak, ia tentu akan menjadi aksi dan perlawanan yang sangat menarik untuk ditonton.
Sumber: SB