Kerana Menganjing Pengadil, Isaac Hayden Bakal berdepan Hukuman Denda

Isaac Hayden berkemungkinan akan berdepan hukuman denda oleh FA selepas beliau memuat naik status menganjing pengadil, David Coote selepas tamat aksi kekalahan bertemu Chelsea kemarin.

The Magpies dilaporkan telah berdepan dua keputusan besar yang tidak memihak kepada mereka ketika aksi kekalahan di Stamford Bridge itu.

Kai Havertz muncul sebagai penjaring gol kemenangan Chelsea dalam perlawanan yang memperlihatkan anak-anak buah Thomas Tuchel itu mencatat kemenangan 1-0.

Pemain kebangsaan Jerman itu sangat beruntung kerana tidak dilayangkan kad merah selepas beliau menyiku muka Dan Burn sehingga berdarah.

Eddie Howe turut merasakan yang skuadnya patut dihadiahkan sepakan penalti ketika Trevoh Chalobah mengasari Jacob Murphy di dalam kotak penalti.

Pasukan pelawat awalnya sudah merasa lega kerana setidak-tidaknya mereka bakal membawa pulang satu mata, namun Kai Havertz muncul meledak gol kemenangan pada minit ke-89 permainan.

Hayden tidak terlibat dengan skuad 25 pemain Chelsea dalam perlawanan ini kerana beliau terpaksa diketepikan atas masalah kecederaan.

Selepas tamat perlawanan tersebut, beliau memilih untuk menganjing pengadil perlawanan dengan satu muat naik di laman media sosial.

“Persembahan dari pemain bertemu 12 orang hari ini.”

Muat naik beliau itu dilaporkan mencuri perhatian FA dan beliau berpotensi untuk berdepan hukuman denda kerana menghina mutu pengadilan.

Kai Havertz selayaknya dilayangkan kad merah

Kai Havertz muncul sebagai wira Chelsea selepas kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk skuad The Blues menewaskan Newcastle 1-0 di Stamford Bridge.

Walau bagaimanapun, para penyokong Newcastle merasakan yang Kai Havertz sendiri sebenarnya tak layak untuk terus ada di atas padang dan patut dibuang padang pada aksi babak pertama lagi.

Keputusan pengadil perlawanan tidak melayangkan kad merah kepada Kai Havertz kerana mengasari Dan Burn benar-benar membuatkan para penyokong Newcastle bengang.

Pemain kebangsaan Jerman itu meledak gol kemenangan Chelsea pada minit ke-89 permainan, seterusnya memastikan tiga mata penuh untuk skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

Jorginho menghantar bola cantik mencari Kai Havertz dengan bintang Jerman itu kemudiannya tenang memastikan bola tersebut berakhir dalam gawang gol Newcastle.

Bagi para penyokong Chelsea, Kai Havertz mungkin dianggap wira kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan, dan memastikan tiga mata penuh menjadi milik kelab mereka yang sedang bermasalah.

Namun bagi para penyokong Newcastle pula, mereka merasakan yang Kai Havertz tak sepatutnya berada di atas padang ketika beliau menjaringkan gol itu dan beliau selayaknya dilayangkan kad merah pada aksi babak pertama.

Kai Havertz telah menyiku Dan Burn dengan beliau hanya dilayangkan kad kuning sahaja atas kesalahan yang beliau lakukan itu.

Jamie Carragher yang mengulas perlawanan itu dari studio talkSPORT turut menganggap yang keputusan pengadil perlawanan nampak macam tak patut.

Para penyokong Newcastle meluahkan kemarahan masing-masing di media sosial, apa lagi selepas Havertz jaringkan gol kemenangan.

“Nampak macam tak patut? Tu kenyataan paling selamat Jamie, sangat jelas sekali itu kad merah, macam mana dia boleh terselamat dari layangan kad merah?”

“Saya rasa tak ada sebab mengapa Kai Havertz tak dilayangkan kad merah, terlalu jelas dan rasanya kalau dia yang disiku dah tentu pemain Newcastle yang dibuang padang.”

“Setiap perlawanan para pengadil akan ada bantuan dari VAR untuk bantu memudahkan mereka membuat keputusan, tapi mereka masih gagal untuk buat keputusan yang tepat, itu bagi saya sangat lawak.”

“Dia sepatutnya dah dibuang padang tapi sebab pengadil takut untuk hukum pemain Chelsea jadi dia kekal ada dan jaringkan gol kemenangan. Kesimpulannya Chelsea menang atas bantuan dari pengadil.”

“Setiap minggu mereka mengeluh seolah pengadil tak pernah berpihak kepada mereka, tapi insiden seperti ini mereka langsung tak mahu ulas.”

Keputusan pengadil perlawanan, David Coote tidak melayangkan kad merah kepada Kai Havertz dan bintang Jerman itu juga yang berjaya menjaringkan gol kemenangan jelas sekali mengecewakan para penyokong Newcastle.

Chelsea berjaya meneruskan rentak kemenangan mereka dengan menewaskan Newcastle, dan sedang mengukuhkan kedudukan mereka di kedudukan ketiga dalam carta saingan liga.

Walau kelab sedang berdepan pelbagai kontroversi di luar padang, namun para pemain tetap memberi tumpuan untuk aksi mereka di atas padang.

Kemenangan demi kemenangan berjaya dicatatkan oleh anak-anak buah Thomas Tuchel itu walau dalam keadaan kelab mereka sedang diuji pada ketika ini.

Chelsea selepas ini akan memberi tumpuan mereka untuk aksi bertemu Lille dalam saingan Champions League di Stade Pierre Mauroy.

The Blues sebelum ini sudah berjaya menewaskan wakil dari Ligue 1 itu dengan keputusan 2-0 di Stamford Bridge dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Berbekalkan dua gol tanpa balas, sudah tentu Chelsea menyasarkan untuk menang dalam perlawanan tersebut, seterusnya melayakkan diri mereka ke pusingan suku akhir.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga