Kerana ‘Stream Delay’, Kumpulan Penyokong Ini Tertipu Dengan Jeritan Palsu Meraikan Gol Dari Jirannya

Sekumpulan penyokong Belanda telah melakukan prank yang dianggap terbaik dan kejam, selepas mereka mengusik jiran-jiran yang menonton stream di bawah rumah mereka.

Dek kerana menonton secara atas talian, maka siaran mereka tertinggal 30 saat dari waktu sebenar perlawanan, dan kerana itulah kumpulan penyokong yang menonton secara stream itu telah diprank oleh remaja yang menonton perlawanan tersebut secara langsung dari rumah mereka.

Remaja tersebut berpura-pura meraikan gol yang sebenarnya tidak wujud, dan kerana yang menonton secara stream tercicir 30 saat, maka mereka percaya dengan jeritan palsu itu.

Mereka pada ketika itu sedang menonton aksi perlawanan yang menemukan antara Netherlands bertemu Austria secara beramai-ramai.

Skrin besar, BBQ, minuman dan macam-macam lagi yang boleh dikatakan lengkap untuk menonton perlawanan tersebut beramai-ramai.

Tapi sayangnya mereka terpaksa menonton secara stream dan siaran yang mereka tonton delay 30 saat.

Carlos Van Erven bersama rakan-rakannya yang menonton perlawanan tersebut secara langsung memutuskan untuk bergurau mesra bersama jiran-jiran mereka.

Kerana melihat kumpulan penyokong di bawah rumah menonton secara stream, mereka sedar yang ada peluang untuk mereka prank kumpulan penyokong tersebut.

Mereka beramai-ramai bersorak riang meraikan percubaan Depay yang sebenarnya tinggi ke langit seolah percubaan itu menghasilkan gol.

Prank yang dirancang oleh Van Erven semakin berkesan dan masuk akal kerana peluang yang Depay ada itu sememangnya 80% boleh disempurnakan dengan jaringan.

Kerana Depay ketika itu berada di dalam kotak penalti tanpa di kawal dan beliau dihidangkan dengan gawang gol yang kosong untuk sekadar menolak saja bola tersebut masuk menerjah jaring gawang gol Austria.

Sebaik percubaan Depay terbang ke langit ketujuh, Van Erven bersama rakan-rakannya bersorak riang sambil menjeling ke bawah melihat mangsa mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku.

Kumpulan penyokong di bawah terpedaya dengan jeritan tersebut, dan mereka berdiri sambil bersorak-sorak menantikan detik untuk melihat bola menerjah jaring gawang gol lawan.

Ketika Depay menyentuh bola mereka terus bersorak riang seperti menang loteri, namun bila melihat bola percubaan tersebut sekadar melambung tinggi, Van Erven bersama rakan-rakannya terus ketawa besar.

Kumpulan penyokong yang terpedaya dengan jeritan gol palsu itu turut ketawa dalam masa sama kecewa dengan kedunguan Depay yang mempersia-siakan peluang keemasan itu.

Gelak tawa dari Van Erven dan rakan-rakannya sungguh jahat dan kejam dengan mereka benar-benar meraikan kejayaan memprank jiran-jiran yang menonton siaran delay itu.

Aksi prank itu mencuri perhatian para peminat yang terhibur dengan reaksi kesemua mereka yang ada dalam video tersebut.

“Hahaha prank yang paling sempurna. Saya sendiri bersorak waktu tu sebab saya fikir Depay akan jaringkan gol.”

“Walaupun kejam, tapi ini sangat-sangat menghiburkan. Prank macam ini sememangnya prank yang berkualiti dan menarik untuk ditonton.”

Sejujurnya ia memang prank yang bijak dan menyeronokkan, lebih berbaloi untuk ditonton berbanding prank-prank yang lain.

Mujur saja Belanda berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0, jika tidak ada kemungkinan rumah Van Ervan diserang oleh jiran-jiran mereka.

Selepas kena prank begitu, tidak mengejutkan untuk melihat jiran-jiran Van Ervan selepas ini hilang rasa berminat untuk percaya pada sesiapa lagi.

Depay sebenarnya turut dikecam teruk oleh para peminat kerana beliau telah mempersia-siakan peluang keemasan tersebut.

Depay sebenarnya berpeluang untuk menggandakan kedudukan selepas kejayaan beliau menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-11 permainan.

Namun sayangnya beliau terlepas peluang keemasan tersebut dengan merembat bola jauh tersasar melepasi gawang gol yang sudah terbuka luas.

Van Aanholt menghantar bola kepada Weghorst yang kemudiannya terus melakukan hantaran silang cantik menemui Depay yang berada dalam kotak penalti tanpa kawalan.

Depay yang sepatutnya boleh melakukan tap mudah untuk menjaringkan gol selepas berdepan dengan gawang kosong, telah melakukan kesilapan dengan merembat keluar bola jauh dari gawang gol.

Miss yang beliau lakukan dalam perlawanan ini dianggap miss of the tournament dek kerana peratusan untuk menjaringkan gol dari kesempatan itu sebenarnya sangat tinggi.

Namun sayangnya Depay gagal untuk menyempurnakan kesempatan tersebut dengan menolak bola tinggi ke langit walau gawang gol sudah terbuka luas untuknya.

Bagaimanapun, setidak-tidaknya Depay berjaya menjaringkan satu gol, jadi kesilapan beliau itu boleh dimaafkan apa lagi selepas Netherlands sah mara ke pusingan seterusnya.

Gol pertama Netherlands terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Memphis Depay selepas kaki Dumfries dipijak oleh David Alaba di dalam kotak penalti.

Gol tersebut merupakan gol ke-8 Depay dari sembilan penampilan terakhirnya bersama Netherlands dan beliau juga secara tidak langsung telah terlibat dengan 49 gol untuk Belanda dari 66 penampilan.

Netherlands sudah mengesahkan tempat untuk mereka di pusingan 16 terbaik, dan bakal turun beraksi bertemu North Macedonia untuk aksi terakhir peringkat kumpulan C pada 22 Jun nanti.

BACA:  Penyokong Ini Cedera Parah Selepas Terjatuh Dari Stand Di Wembley Ketika Aksi England Bertemu Croatia