Barcelona telah menawarkan semula Ferran Torres kepada Manchester City, kerana mereka bimbang kelab tidak mampu untuk mendaftarkan penandatanganan terbaru mereka itu.
Gergasi Catalan itu telah memperkenalkan Ferran Torres sebagai penandatanganan terbaru mereka pada Isnin lalu, selepas mereka berjaya mengikat bintang Sepanyol itu dari Man City dengan yuran perpindahan bernilai £46 juta.
Ferran Torres turut menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama Barcelona dengan pihak kelab sangat berharap akan dapat menggunakan khidmatnya bermula Januari ini.
Ferran Torres deal. Just been told an interesting, new detail: Manchester City have included the “right of first refusal” in the agreement with Barcelona. 🤝🇪🇸 #MCFC
Man City will have the chance to match potential future bids for Ferran. Final decision always up to the player. pic.twitter.com/aixgQkcxlE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 4, 2022
Barca bahkan turut memasukkan klausa perlepasan bernilai €1 billion dalam kontrak Ferran Torres, namun kedudukan ekonomi mereka yang sangat teruk, menyebabkan Barcelona tidak boleh mendaftarkan namanya dalam senarai skuad utama.
🔙💥 LA DEMORA DEL FITXATGE DE FERRAN TORRES
"El Barça, conscient dels problemes per inscriure'l, volia incloure la possibilitat que Ferran tornés al City si no el podia inscriure"
"El Barça devia 1'5 milions al City per Denis Suárez"
🗣️ @LuMartinBCN al #QTJ!#FCBlive pic.twitter.com/2MArnjCOGe
— Què T'hi Jugues (@QueThiJugues) January 4, 2022
Reasons why Ferran Torres to Barcelona was delayed: Barca, aware of the problems with signing him, wanted to include the possibility of Torres returning to #ManCity if he could not be registered. Barca also owed €1.5M to @ManCity for Denis Suárez.
— City Xtra (@City_Xtra) January 4, 2022
Barcelona dilaporkan bimbang andai mereka tidak mampu menyediakan ruang untuk Ferran Torres terutama kerana jumlah tanggungang mereka pada ketika ini terlalu tinggi.
Menurut sumber laporan dari Cadena Ser, Barca berkemungkinan akan menghantar semula bekas bintang Man City itu ke Etihad sehingga akhir musim ini, seandainya mereka gagal mendaftarkan beliau.
Pihak kelab pada ketika ini sedang dalam usaha untuk mengurangkan kadar gaji para pemain dalam skuad, dan ia merupakan satu-satunya cara yang mereka ada untuk mendaftarkan Ferran Torres pada Januari ini.
Pihak kelab dilaporkan akan membayar yuran perpindahan Ferran Torres sebanyak empat kali bayar, namun mereka juga sebenarnya masih berhutang €1.5 juta kepada City kerana rundingan melibatkan Denis Suarez beberapa tahun sebelum ini.
Man City 'offered Ferran Torres' for rest of season due to Barcelona financial fearshttps://t.co/HawdKuqPBL pic.twitter.com/WhS8LSfEIU
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 4, 2022
Director of football Barcelona, Mateu Alemany sebelum ini ada menyatakan yang pihak kelab sedar dengan situasi ketika mereka membeli bekas bintang Valencia itu.
“Realitinya adalah ketika kami menandatangani Ferran, kami tahu yang kami tidak mampu daftarkan dia kerana masalah pembayaran gaji.”
“Kami jangka kami boleh dan kami sudah berusaha dengan pelbagai cara dalam usaha untuk melakukan itu.”
“Kami sangat yakin yang kami akan mampu selesaikan semua sebelum hari Minggu (Ketika Barcelona beraksi bertemu Granada).”
Torres pada ketika ini sedang dalam usahanya untuk kembali cergas selepas sebelum ini terpaksa direhatkan kerana masalah kecederaan kaki.
Walau bagaimanapun, beliau kini terpaksa menjalani sesi kuarantin wajib, selepas disahkan positif C0V-19 baru-baru ini.
Shambolic: Barcelona Offered Ferran Torres Return to Man City DURING Negotiations – Payment from Nine-Year Old Deal Also Caused Complications #MCFC #PremierLeague https://t.co/7Qjn6I57xl
— Gabriel (@Doozy_45) January 4, 2022
Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez sangat yakin yang pemain berusia 21 tahun itu bakal menjadi pemain terpenting kelab in untuk tempoh yang panjang.
“Ferran Torres merupakan penandatanganan yang terbaik, kedua-dua baik sebagai individu mahupun sebagai pemain.”
Jelas Xavi ketika sidang media hujung minggu lalu.
“Dia baru pulih dari kecederaan teruk, dia ada komitmen yang sungguh luar biasa, dia akan berikan segalanya kepada kami, saya langsung tidak meragui hal itu. Dia boleh bermain di pelbagai posisi, saya sangat gembira dengan usaha yang ditunjukkan oleh kelab untuk mendapatkan khidmat dia.”
“Ciri terbaik dia adalah personaliti dia, dia sangat bercita-cita tinggi, teruja, berdedikasi dan berkomitmen, kamu boleh nampak semua itu dari mata dia. Mentaliti yang dia ada sungguh dasyat, semoga kamu semua boleh nampak apa saya katakan ini satu hari nanti.”
🗣 | Ferran Torres:
"I went to #ManCity to come back one day to a big club in Spain and as soon as Barça called me I didn't think twice. It's a great challenge."
[FCB via @barcacentre] pic.twitter.com/Bedc5vSa5Z
— City Chief (@City_Chief) January 3, 2022
Torres menghabiskan masa selama satu musim setengah bersama Manchester City seleaps melengkapkan perpindahannya bernilai £20.8 juta.
Sepanjang kariernya di Etihad, Ferran Torres berjaya menjaringkan 16 gol dan turut cemerlang membantu Manchester City menjuarai saingan Premier League pada musim lalu.
Pada ketika ini, pemain senior seperti Gerard Pique dan Jordi Alba sudah bersetuju untuk menerima cadangan pemotongan gaji.
Sumber: SPORTbible