Kerana Tak Puas Hati, Grealish Ajak Romeu Jumpa Dalam Terowong

Jack Grealish dilaporkan benar-benar bengang dengan Oriol Romeu selepas aksi terikat 1-1 Manchester City bertemu Southampton awal pagi tadi.

Dek kerana terlalu bengang, Jack Grealish dilaporkan menunggu bintang Southampton itu di dalam terowong di St Mary Stadium selepas tamat perlawanan.

City terpaksa akur keciciran mata buat pertama kali sejak November lalu, dan ia jelas sekali merupakan hari yang benar-benar mengecewakan untuk penandatanganan termahal kelab, Jack Grealish.

Pemain berusia 26 tahun itu telah dikasari oleh Romeu pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut, dan beliau rebah sambil memegang anklenya kerana tidak tahan sakit.

Beliau kemudiannya bangun dan menolak pemain midfield itu tanda melepaskan kemarahannya selepas dikasari.

Pengurus The Saints, Ralph Hasenhuttl sendiri telah mendedahkan yang Jack Grealish menunggu Romeu di terowong dan sempat memaki hamun bintang Southampton itu selepas wisel penamat dibunyikan.

“Mereka ada perbincangan dengan Ori, kerana Grealish menunggu dia di dalam terowong sebab ada beberapa hal tak betul yang berlaku di luar padang.”

Jelas Hasenhuttl kepada Sky Sports.

“Tapi ia bukan di sini depan kamera, mereka berbincang tentang itu, semuanya baik-baik sahaja.”

Grealish turun bermain di bahagian jentera serangan dalam perlawanan ini dengan beliau berperanan sebagai pemain nombor 9.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya agak sukar untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dengan barisan pertahanan Southampton mudah untuk mengawalnya.

Selain Grealish yang bengang dengan Oriol Romeu dalam perlawanan ini, para penyokong City juga turut tidak gembira dengan dua keputusan VAR yang tidak memihak kepada mereka dalam perlawanan ini.

Penyokong City anggap VAR rompak kemenangan The Citizens

Para penyokong Manchester City kecewa dan mendakwa kemenangan mereka telah dirompak oleh VAR dan pengadil perlawanan.

Dua keputusan dari VAR jelas sekali tidak memihak kepada pendahulu saingan Premier League itu ketika aksi terikat 1-1 mereka bertemu Southampton awal pagi tadi.

Rekod 12 kemenangan berturut-turut Manchester City dalam saingan Premier League berakhir selepas mereka sekadar mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Southampton.

Southampton bahkan hampir saja mengejutkan skuad kendalian Pep Guardiola itu di St Mary Stadium namun mujur saja The Citizens tetap berjaya mencuri satu mata penting.

Kyle Walker-Peters meletakkan Southampton satu gol dihadapan dengan penyudah yang sungguh menakjubkan pada minit ke-7 permainan.

Aymeric Laporte kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan menerusi satu sundulan padu menewaskan penjaga gol Southampton.

City kemudiannya dilihat berusaha gigih untuk mencari gol kemenangan dan mereka kemudiannya sempat berfikir yang mereka akan berjaya memperolehinya kerana dihadiahkan sepakan penalti.

Kevin De Bruyne telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Oriol Romeu dan Mohammed Salisu, dengan pengadil memberikan isyarat sepakan penalti untuk Man City.

Walau bagaimanapun, selepas mengambil masa yang lama untuk menyemak VAR, pengadil mendakwa kekasaran itu berlaku di luar kotak dan hanya sepakan percuma sahaja yang diberikan.

Beberapa minit selepas itu, pemain midfield Southampton, Stuart Armstrong terselamat dari layangan kad merah selepas beliau hanya menerima kad kuning sahaja untuk kekasaran merbahaya yang beliau lakukan.

Beliau menapak peha Laporte dan ia jelas sekali merupakan kekerasan yang merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan para pada bintang Man City itu.

Ramai yang percaya beliau selayaknya dilayangkan dengan layangan kad merah atas kekasaran tersebut, dengan pengadil kemudiannya turut mengambil masa yang lama untuk merujuk VAR.

Selepas menilai video ulang tayang, pengadil perlawanan, Simon Hooper memutuskan untuk kekal dengan keputusan beliau yang hanya memberikan kad kuning sahaja kepada Armstrong.

Keputusan itu jelas sekali mengundang kemarahan para penyokong Man City kerana dua keputusan VAR tidak memihak kepada mereka.

“VAR nampaknya patut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini, mereka sedaya upaya mahu memastikan Southampton tak kalah dalam perlawanan ini.”

“Apa masalah sebenar VAR dan pengadil perlawanan? Sangat jelas kekasaran dari Stuart Armstrong itu patut kad merah, tapi kenapa dia dapat kuning sahaja? Penalti tu ditarik balik?”

“Kekasaran macam itu hanya dapat kad kuning? Kekasaran yang boleh menyebabkan kaki pemain lawan patah tak dihukum dengan kad merah? Adakah saya terlalu berfikir buruk atau pengadil memang tak mahu City menang?”

“Sudah tengok gambar yang Laporte kongsi? Adakah kesan seperti itu sebab kekasaran ringan sahaja? Kad kuning untuk kekasaran seperti itu?”

Walau bagaimanapun, tetap ada segelintir penyokong yang percaya VAR sudah membuat keputusan yang tepat untuk tidak melayangkan kad merah kepada Armstrong.

“Kekasaran Armstrong ke atas Laporte merupakan satu lagi contoh nyata yang mengapa sekeping gambar tidak menjelaskan situasi sebenar. Gambar yang memperlihatkan tapak Armstrong melekat di peha dia. Kenyataan sebenar adalah dia hanya sentuh sedikit sahaja, tiada tekanan, tidak bahaya.”

“Screenshot menjadikan ia nampak lebih teruk. Saya rasa sentuhan Armstrong sangat minimal.”

Laporte sendiri turut memuat naik gambar peha beliau yang terluka akibat dari kekasaran yang dilakukan oleh Armstrong di lama media sosial miliknya.

“Jadi terima kasih untuk cenderahati ini, lol.”

Keputusan seri ini menyebabkan Man City gagal untuk terus menjarakkan diri dari dikejar oleh Liverpool, dengan mereka kini 12 mata mendahului carta saingan Premier League.

Liverpool walaupun 12 mata dibelakang, namun mereka memiliki kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan dan sepertinya mereka sangat berpotensi untuk memintas Man City.

Southampton sementara itu berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan liga, dengan mereka kini 10 mata terselamat dari berada di zon penyingkiran.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong England Jatuh Cinta Dengan Impak Grealish Dan Saka Ketika Bertemu Czech Republic