Kerana Ugutan Bom, Maguire Terpaksa Tumpang Kawan Dan Pindahkan Keluarganya

Harry Maguire diberikan notis 72 jam supaya meninggalkan kelab dan andai beliau ingkar, rumahnya akan dibom oleh salah seorang penyokong Manchester United.

Maguire yang kini berusia 29 tahun itu ketika ini terpaksa menumpang di rumah rakan sepasukannya sementara tunang beliau, Fern Hawkins dan dua anak perempuannya pula dikatakan sudah berada di sebuah rumah yang lebih selamat selepas beliau menerima ugutan bunuh dari peminat.

Maguire mengambil keputusan untuk mengelak dari berlakunya perkara-perkara tidak diingini kerana beliau merasakan keselamatan ahli keluarganya sangat penting.

Peminat tersebut memberi tiga hari kepada beliau supaya meninggalkan kelab dan jika beliau ingkar maka rumahnya akan dibom.

Maguire benar-benar terkesan dengan ugutan tersebut dan atas alasan itu jugalah beliau diletakkan di bangku simpanan dalam aksi bertemu Arsenal hari ini.

Maguire menjawab persoalan mengapa beliau sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama

Temu bual Harry Maguire menjelang aksi bertemu Liverpool minggu lalu sepertinya telah membangkitkan kemarahan para penyokong Manchester United.

Ketua pasukan setan merah itu tampil menjawab kritikan dari pelbagai pihak yang mengkritik persembahan beliau dan meminta agar beliau tidak diturunkan lagi.

Pemain pertahanan England itu sememangnya kerap dihentam kerana sering mempamerkan aksi hambar sepanjang musim 2021/22 ini.

Beliau kerap melakukan kesilapan yang menyebabkan gawang gol United dihukum dan beliau juga sering mengancam keselamatan rakan sepasukannya sendiri.

Baru-baru ini beliau telah dipersalahkan atas gol penyamaan Norwich City yang dijaringkan oleh Teemu Pukki ketika aksi kemenangan 3-2 setan merah menewaskan The Canaries itu.

Dalam perlawanan sama, beliau turut melakukan aksi dungu yang menyebabkan berlakunya pendarahan di kepala rakan sepasukannya, Paul Pogba.

Para peminat turut yakin yang David De Gea sendiri sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Maguire dan kerana itulah penjaga gol itu kerap mengelak dari menghantar bola kepada ketua pasukannya itu.

Terbaru beliau turut dipersalahkan menjadi punca mengapa United bolos dua gol ketika beraksi bertemu Liverpool di Anfield kemarin.

Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama Sky Sports, Maguire tampil menjawab segala kritikan yang dilempar kepadanya dengan beliau mendakwa ada sebab mengapa beliau tidak digugurkan dari skuad.

“Saya tak mungkin akan bermain setiap perlawanan untuk Manchester United sebagai pemain utama jika saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan atau tak bermain dengan baik.”

Jelas Maguire.

“Ada sebab mengapa kedua-dua pengurus meletakkan saya dalam kesebelasan utama mereka dalam semua perlawanan.”

“Tapi saya juga faham yang saya ketua pasukan kelab ini, saya dibeli dengan nilai yang besar, dan ketika semuanya tak berjalan seperti diharapkan dan kami bolos banyak, mereka semua kritik saya.”

Melihat ketenangan Maguire yang merasa dirinya bagus itu telah menyebabkan beliau berdepan kritikan lebih pedas dari para peminat di media sosial.

Aksi dungu Maguire bantu permudahkan Liverpool menjaringkan gol

Harry Maguire boleh dikatakan akan membuat sekurang-kurangnya satu kesilapan dari kesemua aksi beliau sepanjang musim ini bersama setan merah.

Hari ini tidak ada bezanya dengan semalam, kemarin, minggu lepas, bulan lepas mahupun tahun lepas dengan Harry Maguire tetap menjadi dirinya sendiri.

Beliau kali ini memilih Anfield sebagai gelanggang untuk beliau menunjukkan kebodohan dan kedunguan beliau sebagai pertahanan termahal dalam dunia bola sepak.

Liverpool berjaya memintas Manchester City untuk berada di puncak saingan Premier League selepas kejayaan membelasah setan merah dengan keputusan 4-0.

Setidak-tidaknya mereka akan ada tempoh 24 jam untuk menikmati suasana di puncak liga sebelum Man City kembali memintas selepas menewaskan Brighton.

Gol jaringan Luis Diaz, Sadio Mane dan dua gol jaringan Mohamed Salah sudah cukup untuk mengesahkan kenduri gol Liverpool membelasah musuh tradisi mereka itu.

Dua pertemuan mereka dalam saingan Premier League musim ini, Manchester United bolos sembilan gol dan langsung tak mampu membalas walau satu gol sekalipun.

Hal itu jelas menunjukkan yang barisan pertahanan setan merah terlalu lembik untuk menghalang jentera serangan Liverpool yang luar biasa padu.

Liverpool hanya memerlukan lima minit sahaja untuk membuka tirai jaringan mereka menerusi Luis Diaz hasil umpanan cantik dari Mohamed Salah.

Jaringan minit kelima itu langsung tak ada kaitan dengan jersi Maguire kerana ada peminat yang percaya ia tanda menghormati ketua pasukan setan merah itu.

Gol itu juga menyebabkan Maguire teruk kena tibai dengan para peminat kerana beliau berada di kedudukan yang tak sepatutnya ketika build up serangan tersebut.

Pemain kebangsaan England itu merupakan satu-satunya pemain pertahanan yang bermain high line dengan beliau dilihat keliru sama ada mahu masuk mengejar Mane atau mahu track back.

Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya berdiri terlalu jauh dari Mane dan langsung tidak meletakkan sebarang tekanan pada pemain penyerang Liverpool itu.

Sebaliknya beliau memberi ruang kepada Liverpool untuk memanfaatkan ruang yang ada dan terus melakukan serangan pantas.

Mane segera menolak bola ke hadapan dan bola itu dimenangi oleh Mohamed Salah dengan Maguire pada ketika itu sudah berada jauh di belakang.

Salah kemudiannya membawa bola masuk ke kotak penalti sebelum melorongkan bola cantik mencari Luis Diaz yang bijak menolak masuk bola ke dalam gawang gol United menewaskan De Gea.

Maguire turut bersalah untuk gol keempat Liverpool kerana beliau menghantar bola melalut dan turut berada di kedudukan yang tak sepatutnya.

Selepas memenangi bola dari Hannibal Mejbri, yang menerima bola mengarut dari Maguire, Liverpool segera melancarkan serangan pantas menerusi Diogo Jota.

Bintang Portugal itu sempat mengesan ada ruang untuk rakan sepasukannya itu masuk dengan beliau kemudiannya melorongkan bola cantik ke dalam kotak penalti mencari Salah.

Maguire pula pada ketika itu berada di hadapan kerana beliau kononnya mahu membuat perangkap offside.

Namun dek kerana jangkaan yang tak tepat, beliau sebaliknya memberi ruang kepada Mo Salah untuk memenangi bola dan menewaskan De Gea dengan satu sungkitan mudah.

Para penyokong setan merah jelas sekali tak gembira dengan kedunguan Maguire dan menganggap beliau punca Liverpool berjaya menjaringkan kedua-dua gol itu.

Kedunguan beliau dalam membuat keputusan merupakan sebab mengapa Liverpool boleh menjaringkan dua gol penting itu.

“Maguire suka naik terlalu atas tapi dia tak pandang rakan sepasukan dia yang lain, ketua apa macam tu? Agak mengejutkan untuk melihat dia boleh bermain dalam saingan Premier League walau beliau langsung tak tahu apa-apa tentang positioning.”

“Positioning Maguire memang terlalu teruk. Untuk pemain yang tak ada kelebihan dalam membuat larian pantas, kamu sepatutnya boleh membaca permainan dengan lebih baik.”

“Kenapa dia suka buat keputusan sendiri? Waktu dia buat perangkap offside rakan sepasukan dia tak tahu, dan dia nampak yakin naik ke atas seorang diri.”

“Apa masalah dia sebenarnya? Saya makin tak faham betul ke dia pemain bola sepak profesional? Positioning dia terlalu teruk.”

“Maguire kena faham dia perlu menyusahkan pemain penyerang lawan bukan rakan sepasukan sendiri. Tolonglah jual dia. Kami dah penat.”

Kemenangan 4-0 ini membantu Liverpool untuk berada di puncak saingan Premier League mengatasi Man City dengan kelebihan dua mata.

Kedudukan tersebut walau bagaimanapun bakal berubah andai Man City berjaya menewaskan Brighton dalam pertembungan mereka selepas ini.

Manchester United sementara itu semakin jauh dipisahkan dari kelompok empat teratas dan mereka berpotensi untuk terlepas slot ke kejohanan Eropah pada musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Van Der Vaart 'Tibai' Harry Maguire Tanpa Belas Kasihan