Seorang penjaga gol dari Brazil, Jefferson mengalami nasib malang apabila kereta mewah yang dipandu beliau telah dirampas oleh perompak yang bersenjata api dalam perjalanan ke tempat latihan.
Penjaga gol Botafogo itu telah disekat di satu persimpangan jalan dan perompak telah mengacukan pistol ke arah Jefferson dalam usaha mereka melarikan kereta tersebut.
Tiada tembakan dilepaskan dan Jefferson telah menyerahkan kereta tersebut dengan satu kepasrahan. Kejadian tersebut telah dirakam CCTV yang terdapat di jalan tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis bukan copy paste dari grup Whatsapp.
“Jefferson de Oliveira Galvão, telah dirompak pada waktu pagi dalam satu serangan di kawasan kejiranan Engenho de Dentro. Selepas carian dilakukan polis telah menemui kereta tersebut ditinggalkan di Rua Tangapeme di satu tempat yang dikenali sebagai Zona do Medo.”