Kes Kematian Diego Maradona Dibuka Semula, Didakwa Ada Unsur Bunuh

Bebulan selepas kematian lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, sisasatan dibuka semula selepas laporan menyatakan bahawa pasukan perubatan yang mengendalikan bekas bintang Napoli dan Barcelona itu tidak mengambil tindakan yang lengkap, serba kurang dan juga cuai.

Seramai tujuh orang dari pihak perubatan yang terlibat dalam mengendalikan rawatan Maradona dipanggil pihak berkuasa yang menyiasat jika terdapat sebarang unsur bunuh.

“Tindakan daripada pasukan perubatan yang bertanggungjawab mengendalikan penjagaan Maradona didapati tidak mencukupi, serba kurang dan cuai,” laporan tersebut menyebut.

Mengikut undang-undang Argentina, mereka yang didapati bersalah dalam kes bunuh akan berdepan hukuman penjara dari lapan sehingga 25 tahun.

Maradona, 60, ditemui mati di katilnya  dua minggu selepas melalui pembedahan membuang gumpalan darah di dalam otaknya.

Keputusan post-mortem awal mendedahkan bahawa Maradona, yang dalam pemulihan daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol, mempunyai masalah jantung yang lemah, sekaligus menyebabkan terjadinya pulmonary edema.

Keadaan ini terjadi apabila adanya lebihan bendalir berkumpul di tisu dan ruang udara dalam paru-parunya.

Ujian lanjut terhadap darah dan air kencingnya pula menyaksikan tiada langsung alkohol dan juga dadah yang haram dalam sistem badannya.

Laporan daripada badan perubatan telah diserahkan kepada pasukan siasatan pada awal bulan Mei tempoh hari selepas siasatan selama dua bulan dijalankan oleh seramai 20 tenaga pakar yang terdiri daripada pakar kardiologi, psikiatri dan juga toksikologi.

Mereka mendapati bahawa lagenda Tangan Dewa ini berkemungkinan besar akan masih hidup pada hari ini jika dia ditempatkan di hospital dengan lebih lama selepas pembedahannya itu. Tambahan lagi, tanda-tanda bahawa nyawanya sedang dalam bahaya telah diabaikan oleh petugas perubatan yang mengendalikannya.

“Walaupun agak pelik untuk mengatakan bahawa Maradona mungkin tidak akan meninggal dunia jika dia dijaga dengan rapi di hospital, di sebalik rekod perubatannya sehingga ke tarikh matinya, kami percaya bahawa dia mempunyai peluang yang cerah untuk selamat,” tambah laporan itu lagi.

Laporan itu turut menyebut bahawa mendiang dikatakan tidak mampu untuk menguasai fungsi mentalnya dengan baik ketika dia dimasukkan ke hospital sebelum pembedahan dilakukan.

Tujuh petugas perubatan yang disiasat adalah doktor Maradona sendiri, Leopoldo Luque, 39; pakar sakit jiwa Agustina Cosachov; dua pembantu perubatan Ricardo Omar Almiron, 37 dan Dahiana Gisela Madrid, 36; koordinator jururawat Mariano Perroni, 40; doktor Nancy Forlini, 52; dan pakar psikologi Angel Diaz, 29.

Lebih mencurigakan lagi, Luque, yang menafikan sebarang kesalahan, turut berdepan pertuduhan memalsukan dokumen di mana dia dikatakan telah memalsukan tandatangan Maradona untuk meminta rekod perubatan bintang tersebut daripada hospital.

Awal bulan ini dia pernah berkata,”Aku tak sangka Diego akan mati.

“Kalau aku yang bertanggungjawab dalam hal terhadap Diego, ia adalah sayang dia, jaga dia, tingkatkan usia dia salama mungkin dan panjangkan nyawanya,” tambahnya lagi.

Sumber : Mirror

Baca Juga

Baca Juga