Kesatuan Pemain Belanda Masuk Campur Cerita Frenkie De Jong dan Barcelona

Pemain tengah yang sedang diburu Manchester United, Frenkie De Jong, kini berada dalam situasi yang boleh menyesakkan nafasnya. Kelab yang diwakilinya, Barcelona, berhutang gaji dengan pemain ini dengan nilai jutaan ringgit dan tindakan pengurusan kelab yang terus menerus membeli pemain baru tanpa menyelesaikan masalah gaji tertunggak telah membuatkan Kesatuan Pemain Belanda.

Masa depan De Jong menjadi topik hangat selama berbulan-bulan. Pada awalnya, kelab Catalan tersebut dikatakan telah meletakkan pemain ini dalam senarai untuk dijual lantas membuatkan Manchester United menghantar rombongan ke kelab tersebut untuk bertanya khabar.

Selepas nilai perpindahan dipersetujui kedua-dua belah pihak, De Jong pula dilaporkan tidak mahu berpindah dan ingin kekal di Barcelona, dan tidak lama kemudian, presiden Barcelona, Joan Laporta dikhabarkan berkata bahawa De Jong bukan untuk dijual.

Joan Laporta berkata,”Frenkie De Jong adalah pemain Barcelona. Kami tidak mahu menjualnya melainkan kami tidak mempunyai pilihan lain.

“Memanglah, ada tawaran untuk membeli De Jong, tapi kami tak nak jual. Ada kelab lain yang nak beli dia juga, bukan United sahaja. Kita tak ada niat pun nak jual dia, dia pun nak kekal.

“Frenkie ni kalau nak kira merupakan antara pemain tengah tebaik di dunia menurut kesemua pakar bola sepak. Kita kat sini pun gembira dapat pemain macam dia.

“Saya akan buat segala yang termampu di dalam bidang kuasa saya supaya Frenkie kekal di sini.

“Tapi pada masa yang sama kita ada masalah gaji, tapi yang tu boleh kawtim,” ujarnya.

Kini Barcelona ingin memotong gaji pemain ini pula jika dia ingin kekal – satu syarat yang tidak dapat tidak, perlu dipersetujui oleh De Jong sendiri. Malah sebelum ini, kelab juga telah memotong gajinya, untuk kadar sementara, tatkala mereka berhadapan situasi kewangan yang tidak menentu gara-gara pandemik Covid-19.

Bengang melihat pemain mereka diperkotak-katikkan sedemikian rupa, pengerusi Kesatuan Pemain Belanda, Evgeny Levchenko, mula masuk campur.

Levchenko berkata,”Saya rasa sesebuah kesatuan tu patut melindungi kesemua pemain mereka.

“Sekarang ini seorang pemain dah kena main dengan kelab dan telah dihambat keluar. Sekarang ini kalau nak kira, bergantung kepada kesatuan antrabangsa (FIFPro) untuk mengambil tindakan.

“FC Barcelona ini tak lama lagi akan bangkitkan bahawa depa buat semua tu demi sukan, tapi sebenarnya berbahaya kepada pemain muda. Benda ni boleh dikira sebagai peras ugut.”

Pada waktu mereka memaksa De Jong memotong gaji, Barcelona masih berbelanja besar dalam jendela musim panas tahun ini.

Baru-baru ini, kelab biru merah ini telah membeli Raphinha dari Leeds United, dan juga Robert Lewandowski dari Bayern Munich, sambil menyambar Andreas Christensen dan Fracnk Kessie secara percuma.

Legenda Manchester United, Gary Neville, sebelum ini telah mengecam Barcelona berkenaan layanan mereka terhadap De Jong. Dia telah menciap;

“De Jong patut ambil tindakan undang-undang terhadap Barcelona dan semua pemain patut menyokongnya.

“Kelab tu belanja besar membeli pemain baru tapi tak bayar pemain yang ada kontrak dalam pasukan dengan bayaran penuh dan ini adalah tindakan yang tidak bermoral dan satu kebejatan. FIFPro patut hentikan tindakan buli ini.”

Sebenarnya agak pelik juga kenapa Barcelona masih mampu untuk berbelanja besar membeli pemain itu ini sedangkan satu dunia tahu bahawa mereka mempunyai masalah kewangan. Sebelum ini mereka pernah bentangkan bahawa mereka mampu untuk membawa pulangan wang yang besar hasil jualan beberapa hak seperti kutipan tiket, royalti tayangan perlawanan dan sebagainya.

Mungkin Barcelona ni sebenarnya rakan kongsi UEFA dan La Liga, sebab tu mereka boleh berbelanja sana sini kot.

Berita : Mirror

BACA:  De Jong Berasa Jelek Dengan Layanan Barcelona Dan Bengang Dengan Xavi