Kesebelasan Paling Teruk Premier League Musim Ini

Ian Darke tanpa belas kasihan telah menamakan enam pemain Manchester United ke dalam senarai kesebelasan paling teruk sepanjang musim ini.

Pengulas saingan Premier League itu telah mengeluarkan senarai kesebelasan paling teruk musim ini pilihan beliau dan jelas sekali ia didominasi oleh para pemain dari skuad Man Utd.

Skuad setan merah tidak dinafikan lagi telah melalui kempen musim ini dengan sangat teruk dan mereka turut mengakhiri musim ini dengan kutipan mata paling teruk dalam sejarah kelab.

Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford merupakan antara nama pemain dari skuad United yang berada dalam senarai pemain paling teruk pilihan Darke.

Pogba hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 20 penampilan dalam saingan liga musim ini dengan beliau kerap diketepikan dek kerana sering dibelenggu masalah kecederaan.

Kontrak beliau bersama setan merah juga akan tamat pada musim ini dengan Pogba sepertinya sudah hampir pasti bakal meninggalkan kelab pada musim panas nanti.

Bruno Fernandes sementara itu merupakan nadi penting skuad Manchester United sejak dari awal beliau menyertai kelab.

Walau bagaimanapun, pada musim ini beliau sepertinya gagal untuk kekalkan tahap persembahan yang sama dan Fernandes antara pemain yang kerap dihentam oleh pelbagai pihak.

Bagi Rashford sendiri pula, beliau sepanjang musim ini hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja dalam saingan Premier League musim ini dan ia jelas sekali rekod yang sangat mendukacitakan.

Darke turut memilih Harry Maguire, Raphael Varane dan Aaron Wan-Bissaka dalam senarai pemain paling teruk Premier League musim ini.

Chelsea yang berjaya mengakhiri saingan musim ini di kedudukan ketiga turut mempunyai tiga pemain yang disenaraikan dalam senarai ini.

Dari Romelu Lukaku, yang hanya mampu menjaringkan lapan gol sahaja selepas melengkapkan perpindahan mega ke Stamford Bridge musim panas lalu, hinggalah ke penjaga gol Kepa Arrizabalaga.

Darke menyenaraikan nama Romelu Lukaku, N’Golo Kante dan Kepa Arrizabalaga dalam senarai kesebelasan paling teruk saingan Premier League musim ini.

Agak mengejutkan untuk melihat beliau menilai Kepa Arrizabalaga hanya selepas melihat penjaga gol Sepanyol itu membuat empat penampilan sahaja bersama Chelsea.

N’Golo Kante juga turut kerap diketepikan kerana masalah kecederaan dan positif C0V-19, dan jelas sekali agak membingungkan untuk memikirkan mengapa nama beliau ada dalam senarai tersebut.

Tidak terkejut sama sekali untuk melihat nama Romelu Lukaku berada dalam senarai ini kerana beliau sememangnya layak untuk dianggap pemain paling teruk Premier League musim ini.

Bintang Leeds United, Junior Firpo dan pemain penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette melengkapkan senarai kesebelasan paling teruk Premier League pilihan Darke.

Tiada pemain dari skuad Liverpool mahupun Manchester City dalam senarai tersebut walaupun Jack Grealish turut layak untuk disenaraikan dalam senarai itu.

Walau bagaimanapun, para pemain kedua-dua pasukan berjaya mendominasi senarai kesebelasan terhebat pilihan SofaScore berdasarkan statistik yang mereka catatkan.

Juara saingan Premier League musim ini, Manchester City mempunyai dua pemain yang ada dalam senarai ini seperti Kevin De Bruyne dan Rodri.

Sementara Liverpool pula memiliki pemain seperti Alisson Becker, Trent Alexander Arnold, Andy Robertson, Joel Matip dan Mohamed Salah dalam senarai tersebut.

Duo Chelsea, Thiago Silva dan Mason Mount turut tersenarai dalam senarai kesebelasan terbaik Premier League bersama Harry Kane dan Son Heung-min.

Jelas sekali ramai peminat tidak akan berpuas hati melihat nama-nama pemain yang ada dalam senarai ini kerana ada antara mereka yang tak patut disenaraikan.

Pendapat korang macam mana? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2019/20: Brighton & Hove Albion 0-3 Manchester United