Kesebelasan Terbaik Bintang Yang Pernah Porto Jual

Sepertinya 18 tahun telah berlalu sejak kali terakhir Porto menjuarai saingan Champions League di bawah kendalian Jose Mourinho.

Porto pada musim 2003/04 telah mengejutkan para peminat dunia bola sepak selepas kejayaan mereka menjulang gelaran paling berprestij di Eropah itu.

Tujuh tahun selepas itu, Juara bertahan saingan Primeira Liga itu sekali lagi berjaya memenangi gelaran Eropah selepas kejayaan mereka menjuarai saingan Europa League pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, sejak sedekad sebelum ini, Porto sudah menjadi pasukan biasa-biasa sahaja dan langsung tidak digeruni di pentas bola sepak Eropah.

Gergasi Portugal itu juga terlalu kerap melepaskan pemain utama mereka dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi kelab.

Atas alasan itulah The Dragoes sering bergelut ketika turun beraksi bertemu pasukan gergasi Eropah yang lain.

Terbaru, selepas menjual Luis Diaz kepada Liverpool pada Januari lalu, Porto sekali lagi mengaut keuntungan bernilai £35 juta dengan menjual Fabio Vieira kepada Arsenal pada minggu lalu.

Secara logiknya, Porto tidak mampu menandingi pasukan lain dari lima liga utama Eropah dalam menarik minat pemain untuk kekal bersama mereka.

Hal itu menyebabkan para penyokong Porto lali dengan isu kehilangan pemain utama kerana mereka boleh dikatakan berdepan isu sama setiap musim.

Untuk membuktikan kenyataan tersebut, berikut merupakan kesebelasan terbaik hasil dari barisan pemain yang pernah dijual oleh Porto sejak kebelakangan ini.

Jika digabungkan setiap pemain tersebut, sepertinya ia bakal mencipta kesebelasan utama yang sungguh luar biasa dasyat.

Kesebelasan terbaik pemain yang dilepaskan oleh Porto

Penjaga Gol: Jose Sa

Penjaga gol utama

Penjaga gol utama Wolverhampton Wanderers itu pernah beraksi sebanyak 27 perlawanan untuk Porto sebelum beliau ke England dengan yuran perpindahan bernilai €8 juta.

Back kiri: Alex Sandro

Pemain kebangsaan Brazil, Sandro menyertai Juventus pada tahun 2015 dari Porto dengan yuran perpindahan bernilai €26 juta.

Beliau kini telah membuat lebih dari 270 penampilan untuk gergasi Serie A itu dan turut menjadi nadi penting dalam skuad The Old Lady.

Central Back: Nicolas Otamendi

Otamendi kini kembali ke Portugal untuk beraksi bersama Benfica, dengan beliau sebelum ini meninggalkan Porto untuk sertai Valencia pada 2014 yang lalu.

Selepas cemerlang bersama Porto, beliau berjaya tersenarai dalam senarai kesebelasan terhebat La Liga pada musim pertamanya bersama Valencia.

Pemain kebangsaan Argentina itu kemudiannya turut berjaya memenangi dua gelaran Premier League bersama Manchester City.

Central Back: Eder Militao

Berjaya membantu Real Madrid menjuarai saingan La Liga dan Champions League merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Militao.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Real Madrid dari FC Porto pada 2019 yang lalu dengan beliau kini dianggap antara pertahanan paling berprestasi dalam dunia bola sepak.

Back kanan: Danilo

Seorang lagi pemain full-back Juventus ini juga sebenarnya pernah beraksi bersama FC Porto sebelum ini dan beliau turut menjadi pemain terpenting skuad The Old Lady.

Sepanjang kariernya, Danilo sudah berjaya menjulang gelaran La Liga, Premier League dan Serie A selepas meninggalkan Porto pada tahun 2015 yang lalu.

Centeal Midfielder: Ruben Neves

Neves telah beraksi lebih dari 200 perlawanan untuk Wolves sejak beliau menyertai kelab Premier League itu dari Porto ada tahun 2017 yang lalu.

Selepas mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan, beliau hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai beberapa kelab gergasi lain.

Central Midfielder: Joao Moutinho

Moutinho meninggalkan Porto untuk sertai Monaco pada tahun 2013 yang lalu selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama gergasi Portugal itu.

Sama seperti Neves, Moutinho turut menjadi pemain terpenting Wolves dan hangat dikaitkan dengan bakal menyertai pasukan big six dalam saingan Premier League.

Attacking Midfielder: Fabio Vieira

Urusan perpindahan Vieira menyertai Arsenal masih belum diumumkan secara rasmi lagi, namun Porto sendiri telah mengesahkan hal tersebut.

Melihat kepada persembahan mantap beliau bersama Porto sebelum ini, sepertinya penyokong Arsenal akan sangat teruja untuk menyambut ketibaan beliau.

Sayap Kiri: Luis Diaz

Luis Diaz dianggap sebagai penandatanganan Januari terhebat dalam sejarah saingan Premier League, dengan Porto sendiri tentunya berharap mereka boleh menaikkan lagi nilai bintang Colombia itu.

Beliau berjaya membantu Liverpool menjuarai gelaran FA Cup dan Carabao Cup pada musim pertamanya dan turut beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Sayap Kanan: Hulk

Pemain sayap berusia 35 tahun itu masih aktif bermain pada ketika ini dan turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Zenit sebelum ini sanggup mengeluarkan dana bernilai €60 juta kepada Porto untuk mendapatkan Hulk pada tahun 2012 yang lalu.

Boleh dikatakan Hulk sentiasa berjaya menjadi penyumbang gol terbanyak kelab tidak kira di mana beliau beraksi.

Beliau kini kembali ke Brazil untuk beraksi bersama Atletico Mineiro dengan Hulk baru-baru ini mencetus sensasi internet selepas menjaringkan gol yang sungguh padu bertemu Santos.

Central foward: Radamel Falcao

Radamel Falcao pernah menjadi antara pemain penyerang yang paling digeruni dalam dunia bola sepak dengan Atletico Madrid turut memecahkan rekod perpindahan terbesar mereka pada tahun 2011 lalu untuk mendapatkan khidmatnya.

Skuad kendalian Diego Simeone itu mengeluarkan dana bernilai €40 juta untuk mendapatkan khidmat Falcao pada ketika itu.

Walaupun beliau tidak lagi dianggap sebagai penyerang paling digeruni, namun Falcao pada ketika ini masih lagi aktif bermain dalam saingan La Liga.

Melihat kepada pemain lain dalam senarai ini, jelas sekali Falcao akan mampu menjaringkan gol yang banyak andai bermain bersama mereka.

Sumber: GMS

BACA:  Aksi Kreatif dan Comel Kanak-Kanak Meniru Peristiwa Besar Bola Sepak