Kesebelasan Terbaik Pemain Dari Benua Amerika Selatan 2021

Lionel Messi tidak dinafikan lagi telah mengharungi tahun 2021 dengan sungguh luar biasa menakjubkan dan turut mencapai pelbagai kejayaan gemilang.

Pemain kebangsaan Argentina itu berjaya terlibat dengan 61 gol (43 gol dan 18 assists) dari semua pertandingan baik untuk kelab mahupun negara sepanjang tahun ini.

Beliau berjaya membantu Barcelona menjuarai saingan Copa Del Rey dan turut memainkan peranan penting ketika membantu Argentina menjuarai saingan Copa America.

Aksi hebat beliau sepanjang tahun ini membantu Messi untuk memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya pada awal bulan lalu.

Melihat kepada kejayaan beliau sepanjang tahun ini, jelas sekali tidak akan mengejutkan untuk melihat nama Messi berada dalam senarai kesebelasan terbaik Amerika Selatan IFFHS pada tahun ini.

Namun siapa lagi pemain lain yang turut sama berada dalam senarai kesebelasan terbaik Amerika Selatan bersama Messi?

Berikut merupakan kesebelasan terbaik pemain dari benua Amerika Selatan pada tahun 2021

GK: Emiliano Martinez (Argentina)

DEF: Mauricio Isla (Chile)

DEF: Christian Romero (Argentina)

DEF: Marquinhos (Brazil)

DEF: Filipe Luis (Brazil)

MDF: Lionel Messi (Argentina)

MDF: Rodrigo de Paul (Argentina)

MDF: Luis Diaz (Colombia)

FWD: Neymar (Brazil)

FWD: Lautero Martinez (Argentina)

FWD: Gabriel Barbosa (Brazil)

Coach: Lionel Scaloni (Argentina)

Argentina merupakan negara paling ramai wakil dalam senarai kesebelasan terbaik Amerika Selatan ini, dengan lima pemain mereka yang turut disenaraikan.

Emi Martinez, Christian Romero, Rodrigo De Paul, Lionel Messi dan Lautaro Martinez merupakan lima pemain Argentina yang berada dalam senarai ini.

Brazil memiliki empat wakil dalam senarai ini dengan Filipe Luis, Marquinhos, Neymar dan Gabriel Barbosa turut disenaraikan sebagai kesebelasan terbaik benua Amerika Selatan.

Mauricio Isla dari Chile dan Luis Diaz dari Colombia melengkapkan senarai kesebelasan terbaik pemain-pemain dari benua Amerika Selatan pada tahun ini.

Diaz tidak dinafikan kini sedang berada di tahap terbaik sepanjang kariernya dengan beliau kini sudah berjaya menjaringkan enam gol untuk negaranya dan turut berjaya menjaringkan 14 gol dari 24 penampilan untuk Porto.

Sepertinya hanya menunggu masa sahaja untuk pemain seperti Diaz bakal membuat kemunculan bersama kelab-kelab gergasi di benua Eropah selepas ini.

Kesebelasan terbaik benua Amerika Selatan ini tidak dinafikan sememangnya sangat menarik dan tidak keterlaluan untuk menganggap mereka antara yang terhebat dalam dunia bola sepak.

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan juga melihat nama Hulk dan Casemiro tidak tersenarai dalam senarai ini, dek kerana kedua-dua mereka turut mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan sepanjang musim ini.

Hulk walau baru sahaja menyertai Mineiro pada awal tahun lalu, namun beliau telah menunjukkan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau selayaknya untuk berada dalam senarai ini atas sumbangan dak aksi hebatnya di atas padang sepanjang tahun 2021 ini.

Bahkan nama bintang PSG, Angel Di Maria yang turut cemerlang bersama skuad kebangsaan Argentina sebelum ini turut tidak disenaraikan dalam senarai ini.

Bekas bintang Real Madrid itu turut berjaya menjaringkan gol penting ketika membantu Argentina menewaskan Brazil dalam aksi perlawanan Copa America sebelum ini.

Namun IFFHS merasakan yang beliau tidak cukup layak lagi untuk disenaraikan dalam senarai ini.

Alisson Becker, Roberto Firmino, Fabinho, Federico Valverde dan Paulo Dybala juga merupakan antara barisan pemain yang tidak disenaraikan dalam senarai ini.

Walau bagaimanapun, ketiadaan lima pemain ini sepertinya tidak begitu dirasai memandangkan mereka juga tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Sumber: GMS

BACA:  10 Pemain Bola Sepak Jatuh Miskin Dan Muflis