Kesebelasan Terbaik Pemain Pernah Beraksi Bersama Jurgen Klopp

Jurgen Klopp ternyata jauh lebih hebat dengan gelaran sebagai pengurus pasukan berbanding dengan pemain bola sepak.

Jika beliau tidak menjadi pengurus pasukan sudah tentu tiada siapa akan mengenalinya seperti sekarang. Klopp merupakan antara pengurus pasukan terbaik dunia ketika ini.

Jurgen Klopp pernah beraksi untuk pasukan Mainz 05 dalam saingan division dua Bundesliga dari tahun 1990 hingga 2001.

Sepanjang kariernya di sana beliau telah berjaya menjaringkan 52 gol dari 337 penampilan dalam saingan liga.

Beliau kemudiannya bertugas sebagai pengurus pasukan Mainz 05 dari tahun 2001 hingga 2008. Klopp merupakan pengurus paling lama bertahan mengendalikan pasukan dari Jerman itu.

Klopp berjaya memimpin Mainz 05 naik beraksi ke Bundesliga dari liga division dua Jerman sebelum beliau menyertai Borussia Dortmund pada tahun 2008.

Ketika menjadi pengurus pasukan Borussia Dortmund, Jurgen Klopp telah dikenali sebagai seorang pengurus paling stabil dan antara yang terbaik di dunia.

Klopp berjaya membawa Dortmund menjulang kejuaraan Bundesliga sebanyak dua kali berturut-turut pada tahun 2011 dan 2012.

Selain dari kejuaraan Liga, Klopp turut berjaya menghadiahkan Dortmund kejuaraan DFB-Pokal dan DFL- Supercup selain membantu pasukan Jerman itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-juara.

Kini pengurus berusia 52 tahun itu telah berjaya memimpin Liverpool untuk menakluk dunia bola sepak.

Klopp cemerlang membawa kejuaraan Liga Juara-juara, Super Cup dan FIFA Club World Cup untuk skuad the reds.

Selain itu kini pasukan kendalian beliau sedang selesa memimpin liga perdana dengan kelebihan mata dan berkemungkinan Klopp akan jadi pengurus pertama menjulang kejuaraan itu untuk Liverpool dalam tempoh 30 tahun.

Sepanjang bersama kesemua pasukan pimpinan beliau, Klopp telah banyak menguruskan pemain ternama dan terhebat dunia.

Tetapi siapakah pemain pilihan beliau untuk kesebelasan terbaik pilihannya dari pemain yang pernah diurus olehnya sendiri.

WhoScore.com telah melihat kepada statistik kesemua pemain kesebelasan terbaik untuk Klopp sepanjang beliau menjadi pengurus.

Statistik diambil kira dari aksi dalam saingan liga sahaja dan pemain yang dipilih adalah antara yang mendapat minit permainan terbanyak.

GK: Alisson Becker โ€“ 6.78

Klopp memutuskan untuk menjadikan Alisson Becker sebagai penjaga gol termahal dunia ketika menandatangani beliau pada tahun 2018 dengan nilai ยฃ67 juta.

Tetapi hasilnya sungguh berbaloi, penjaga gol utama pasukan Brazil itu telah mencatatkan 31 cleen sheets dalam 58 perlawanan saingan premier league.

RB: Trent Alexander-Arnold โ€“ 7.17

Lukasz Piszczek antara pemain yang cemerlang dibawah kendalian Klopp, tetapi beliau tidak sehebat Trent Alexander Arnold yang sangat cemerlang beraksi dalam sistem Klopp.

Klopp telah memanggil Pemain muda itu untuk melakukan debutnya bersama pasukan utama pada tahun 2016.

Beliau telah mencatatkan lebih dari 25 bantuan jaringan dalam tempoh dari 2016 hingga kini sebagai pertahanan pasukan Liverpool.

CB: Virgil van Dijk โ€“ 7.41

Van Dijk dikenali sebagai pertahanan terbaik dunia ketika beraksi dibawah kendalian Jurgen Klopp.

Kemasukkan beliau mempengaruhi perubahan yang sangat positive di bahagian pertahanan pasukan.

Impak Van Dijk dalam pasukan sungguh luar biasa, Beliau juga adalah calon untuk memenangi anugerah Ballon dโ€™or baru-baru ini.

CB: Mats Hummels โ€“ 7.47

Hummels dan Nevan Subotic telah membentuk gandingan yang mengerikan dibahagian pertahanan pasukan Dortmund dalam sedekad ini.

Apa yang mengejutkan adalah, pemain pertahanan Jerman ini mempunyai statistik yang lebih baik berbanding Van Dijk ketika beraksi dibawah kendalian Klopp.

LB: Andy Robertson โ€“ 7.09

Pemain pertahanan Scotland ini tidak diragui merupakan pemain paling berbaloi yang pernah Klopp tandatangani sepanjang karier beliau.

Klopp menandatangani Robertson pada tahun 2017 dengan nilai ยฃ8 juta sahaja dan hasilnya pemain pertahanan lincah itu kini merupakan pertahanan kiri terbaik di dunia.

CDM: Nuri Sahin โ€“ 7.56

Sesetengah penyokong pasukan Liverpool mungkin terkejut melihat nama Sahin berada didalam senarai ini.

Pemain midfield Turki itu mungkin gagal ketika bersama Liverpool tetapi beliau telah mempamerkan aksi cukup mantap ketika bersama Klopp untuk Borussia Dortmund.

RM: Mohamed Salah โ€“ 7.58

Salah bukanlah sasaran utama Klopp ketika mula-mula beliau mengambil alih pasukan Liverpool.

Tetapi sumbangan beliau kepada pasukan dan persembahan yang dipamerkan sungguh luar biasa mengagumkan.

Tidak dinafikan Salah kini merupakan pemain penting dalam sistem Klopp.

Pemain kelahiran Egypt itu telah berjaya menjaringkan 70 gol dan 24 bantuan jaringan dalam 100 penampilan pertama beliau di pentas premier league.

CAM: Mario Gotze โ€“ 7.53

Sayangnya Gotze yang sekarang bukan lah seperti yang dahulu, selepas beliau didiagnos metabolic disorder pada tahun 2017 persembahan beliau terus merosot.

Tetapi beliau antara pemain muda terbaik dunia ketika beraksi bersama Klopp. Tidak dilupakan beliau juda adalah wira pasukan Jerman apabila menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

CAM: Philippe Coutinho โ€“ 7.63

Coutinho telah terlibat secara langsung dalam 43 jaringan dari 64 perlawanan di pentas Premier League dibawah kendalian Jurgen Klopp.

Pemain kebangsaan Brazil ini sangat dibenci oleh peminat pasukan Liverpool selepas insiden sakit belakang beliau untuk sertai Barcelona pada tahun 2018.

Tetapi bakat dan kebolehan beliau ketika beraksi bersama pasukan Liverpool dahulu tidak boleh sama sekali diragukan.

LM: Marco Reus โ€“ 7.71

Menyertai Dortmund pada tahun 2012, Reus telah terlibat dalam 64 jaringan dari 82 perlawanan bawah kendalian Klopp.

Kini pemain berusia 30 tahun itu masih setia bersama pasukan Dortmund dan beliau juga masih seorang pemain paling berbakat dalam saingan Bundesliga.

ST: Robert Lewandowski โ€“ 7.51

Lewandowski adalah penyebab utama sebalik kejayaan Klopp ketika bersama Dortmund dengan pemain penyerang itu berjaya menjaringkan 74 gol dari 4 musim.

Boleh tahan hebat juga kesebelasan terbaik mengikut statistik pemain-pemain bawah kendalian Jurgen Klopp.

Sadio Mane merupakan pemain penting untuk taktikal Klopp sepanjang bersama Liverpool namun tempatnya lebih sesuai digantikan dengan Reus.

Mane mungkin boleh duduk di bangku simpanan bersama Roberto Firmino, IIkay Gundogan, Henderson dan Wijnaldum.

BACA:ย  Klopp Nasihat Salah Supaya Pilih Barcelona Berbanding Real Madrid