Kesebelasan Terbaik Pemain Pernah Dijual Mourinho

Jose Mourinho dalam kariernya sebagai seorang pengurus, beliau pernah mengurus ramai pemain handalan dunia.

Beliau pernah menjadi pengurus untuk pasukan seperti Porto, Chelsea, Internazionale, Real Madrid, Manchester United dan terbaru Tottenham Hotspur.

Secara logiknya, dalam kesemua pemain handalan dunia yang pernah diurus olehnya, pasti ada yang pernah dibeli dan dijual oleh pengurus hebat itu.

Walau beliau ada alasan sendiri mengapa beliau menjual pemain handalan dunia yang dimiliki, kadang kala ia menjadi sesuatu yang tidak bagus untuknya tetapi bagus untuk pemain itu sendiri.

Sebelum ini Jose Mourinho pernah mendedahkan kesebelasan utama pilhan beliau dari kalangan pemain handalan yang pernah beliau urus.

Tetapi kini, Planet Football telah menyenaraikan kesebelasan utama pemain pernah dijual Mourinho.

Menggunakan senarai pemain pernah dijual oleh Mourinho, Planet Football telah memilih 11 yang terbaik dan dijadikan satu pasukan yang hebat.

Berikut merupakan kesebelasan utama pemain pernah dijual Mourinho.

Petr Cech

Mourinho pernah sedaya upaya cuba untuk singkirkan Iker Casillas dari Real Madrid tetapi tidak pernah berjaya dilakukan.

Jadi posisi penjaga gol ini boleh diisi dengan penjaga gol handalan premier league, Peter Cech.

Mourinho telah menjual Peter Cech kepada Arsenal pada tahun 2015. Beliau sebelumnya pernah beraksi lebih 100 perlawanan untuk Chelsea.

Glen Johnson

Pemain ini tidak begitu menjadi ketika bersama pasukan Chelsea, tetapi telah mempamerkan aksi hebat ketika beraksi bersama pasukan Portsmouth.

Setelah tamat perjanjian pinjaman beliau dibeli oleh Portsmouth dari Chelsea dengan nilai £5.5 juta.

Setelah menunjukkan aksi cemerlang beliau telah dibeli oleh Liverpool pada tahun 2009 dengan nilai £20.5 juta.

William Gallas

Gallas telah beraksi dalam 34 perlawanan di Premier League ketika musim terakhirnya.

Beliau telah meninggalkan pasukan pada tahun 2006 kerana terlibat dalam perjanjian untuk mendapatkan Ashley Cole ke Chelsea.

Beliau pernah menjadi ketua pasukan Arsenal, beliau turut beraksi selama tujuh musim di premier league bersama pasukan Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Leonardo Bonucci

Gallas bukanlah satu-satunya pertahanan yang dijual oleh Mourinho untuk mendapatkan pemain lain.

Mourinho pernah menjual Bonucci dan tiga lagi pemain dari Inter kepada Genoa pada tahun 2009 untuk mendapatkan Diego Milito dan Thiago Motta.

Satu kesilapan yang silap dengan melepaskan Bonucci, beliau kini sudah berjaya menjulang tujuh kejuaraan Serie A bersama pasukan Juventus.

Filipe Luis

Beliau melalui musim 2013/14 yang sangat cemerlang bersama Atletico Madrid tetapi tidak mendapat tempat ketika beraksi bersama Chelsea.

Beliau beraksi selama satu musim dan memenangi satu kejuaraan liga bersama Chelsea kemudian dijual.

Pemain kebangsaan Brazil itu telah dijual kembali oleh Mourinho kepada Atletico Madrid.

Mohamed Salah

Salah tidak pernah mendapat peluang untuk membuktikan kemampuan beliau ketika beraksi dibawah kendalian Jose Mourinho.

Beliau kemudian dipinjamkan ke Serie A bersama AS Roma dan dijual terus kepasukan itu.

Salah kemudian kembali ke premier league menyertai Liverpool dan kini pemain kelahiran Egypt itu sedang melalui kerjaya yang cemerlang bersama the reds.

Kevin de Bruyne

Selain Mo Salah, De Bruyne juga tidak berjaya mendapat peluang beraksi ketika dibawah kendalian Jose Mourinho.

Mourinho hanya memberi beliau enam bulan dan beraksi sembilan perlawanan untuk mendapat tempat bersama Chelsea. Mourinho kemudian menjual beliau ke Wolfsburg.

Kini De Bruyne telah kembali ke Premier League dan menjadi salah seorang pemain terbaik dunia bersama Manchester City.

Juan Mata

Keputusan menjual Mata antara yang paling pelik dilakukan oleh Mourinho. Mata merupakan pemain terbaik tahunan Chelsea selama dua musim.

Beliau turut membantu Chelsea memenangi gelaran kejuaraan Liga Juara-juara, Europa League dan Piala FA.

Setelah melalui segala kejayaan itu, Mourinho menjual Juan Mata kepada Manchester United.

Arjen Robben

Robben beraksi cemerlang ketika bersama Chelsea, tetapi kerana masalah kecederaan beliau gagal untuk meneruskan kecemerlangan bersama the blues.

Beliau telah dijual ke Real Madrid pada tahun 2007 dan hanya beraksi selama dua musim di sana sebelum dijual ke Bayern Munich dengan nilai £25 juta pada 2009.

Beliau mengharungi musim cemerlang bersama Bayern Munich membantu pasukan Jerman memenangi banyak kejuaraan utama.

Romelu Lukaku

Penyerang Belgium ini pernah beraksi bersama Chelsea selama tiga tahun tetapi beliau tidak pernah menjaringkan sebarang gol untuk pasukan itu.

Mourinho tidak berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan olehnya lalu menjual pemain itu kepada Everton pada tahun 2014.

Tetapi kurang bijaknya Mourinho ini selepas menjual Lukaku ketika bersama Chelsea, beliau kemudian membeli semula pemain itu ketika bersama United dengan nilai £75 juta.

Zlatan Ibrahimovic

Mourinho telah menjual pemain terbaik Inter dan ia dianggap penjualan terbaik pernah dilakukan.

Dengan menjual Zlatan, mereka berjaya mendapatkan Samuel Eto’o sebagai sebahagian dari perjanjian. Kemudian dengan dana diterima mereka turut membeli Milito, Motta, Lucio dan Wrestley Sneijder.

Semusim selepas itu, Inter berjaya memenangi gelaran treble. Kerana itu lah penjualan ini dianggap penjualan terbijak pernah dilakukan Mourinho.

BACA:  Lindelof Bagaikan Bermimpi Dapat Bermain Dengan Manchester United, Sasar Tempat Kedua