Kesebelasan Terbaik Pemain Pernah Dijual Oleh Jurgen Klopp

Sepanjang karier bergelar pengurus pasukan, Jurgen Klopp telah berkesempatan untuk berkerjasama dengan ramai bakat-bakat muda yang hebat di generasi ini.

Jurgen Klopp memulakan kerjaya sebagai pengurus pasukan bersama Mainz 05 dari tahun 2001 hingga 2008. Klopp merupakan pengurus paling lama bertahan mengendalikan pasukan dari Jerman itu.

Klopp berjaya memimpin Mainz 05 naik beraksi ke Bundesliga dari liga division dua Jerman sebelum beliau menyertai Borussia Dortmund pada tahun 2008.

Ketika menjadi pengurus pasukan Borussia Dortmund, Jurgen Klopp telah dikenali sebagai seorang pengurus paling stabil dan antara yang terbaik di dunia.

Klopp berjaya membawa Dortmund menjulang kejuaraan Bundesliga sebanyak dua kali berturut-turut pada tahun 2011 dan 2012.

Selain dari kejuaraan Liga, Klopp turut berjaya menghadiahkan Dortmund kejuaraan DFB-Pokal dan DFL- Supercup selain membantu pasukan Jerman itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-juara.

Kini pengurus berusia 52 tahun itu telah berjaya memimpin Liverpool untuk menakluk dunia bola sepak.

Klopp cemerlang membawa kejuaraan Liga Juara-juara, Super Cup dan FIFA Club World Cup untuk skuad the reds.

Selain itu kini pasukan kendalian beliau sedang selesa memimpin liga perdana dengan kelebihan 25 mata dan berkemungkinan Klopp akan jadi pengurus pertama menjulang kejuaraan itu untuk Liverpool dalam tempoh 30 tahun.

Sebelum ini Planet Football pernah mendedahkan kesebelasan terbaik pemain pernah diurus oleh Jurgen Klopp.

Kini mereka tampil lagi menyenaraikan kesebelasan terbaik pemain yang pernah dijual oleh Klopp sepanjang kariernya.

Untuk fakta, Klopp sebelum ini tidak pernah menjual pemain berbakat di posisi pertahanan kiri, jadi formasi yang bakal digunakan dalam kesebelasan terbaik ini adalah 3-5-2.

GK – Simon Mignolet

Para peminat boleh mengatakan apa saja yang mereka mahukan tentang penjaga gol kebangsaan Belgium ini.

Tetapi beliau telah membuktikan kehebatannya dengan mencatatkan 16 clean sheets dari 27 perlawanan untuk Club Brugge.

CB – Robert Kovac

Kovac merupakan seorang pertahanan yang kental untuk beberapa pasukan di Bundesliga seperti Bayer Leverkusen, Bayern Munich dan Borussia Dortmund dibawah pimpinan Jurgen Klopp.

Beliau kemudian mengakhiri kariernya pada tahun 2009 bersama pasukan Zagreb.

CB – Martin Skrtel

Antara pertahanan terbaik ketika bersama pasukan Liverpool, selain seorang yang keras dan tegas beliau juga mempunyai kebolehan untuk menjaringkan gol.

Pemain kelahiran Slovakia ini sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang 242 perlawanannya bersama Liverpool.

CB – Mamadou Sakho

Musim terakhir beliau bersama Liverpool, Sakho mempamerkan aksi serba tidak menjadi dalam perlawanan Europa League 2016.

Selain dari aksi serba tidak menjadi, Sakho turut dijual kerana masalah disiplinnya. Tetapi beliau mempamerkan aksi agak baik ketika bersama Palace kini.

DM – Lucas Leiva

Pemain kebangsaan Brazil ini mencatatkan hampir 250 penampilan sepanjang 10 tahun bersama pasukan Liverpool.

Beliau kemudian berhijrah ke Lazio dan memenangi anugerah pemain terbaik tahunan dalam dua musim pertamanya di sana.

CM – Nuri Sahin

Sahin merupakan pemain midfield terbaik bawah sistem Klopp sebelum beliau menyertai Real Madrid pada tahun 2011 dengan tawaran yang sukar untuk ditolak.

Selepas gagal untuk mendapatkan rentak terbaiknya disana, beliau kembali beraksi bersama Dortmund pada tahun 2013.

CM – Mario Gotze

Gotze antara pemain muda paling berbakat dan beliau sangat menyerlah ketika beraksi dibawah kendalian Jurgen Klopp sehingga dibeli oleh Bayern Munich.

Beliau akhirnya sama seperti Sahin selepas gagal menyerlah akhirnya kembali pulang ke pangkuan Dortmund.

RW – Ivan Perisic

Peminat pasukan kebangsaan England pasti akan mengingati nama Perisic atas kekalahan pasukan mereka kepada Croatia dalam saingan Piala Dunia 2018.

Beliau kurang menjadi ketika bersama Dortmund dan bakatnya kembali bersinar selepas menyertai Wolfsburg pada tahun 2013.

LW – Philippe Coutinho

Liverpool mengaut keuntungan sebesar £142 juta hasil dari penjualan Coutinho kepada Barcelona. Pemain kebangsaan Brazil itu menjadi nadi utama bahagian serang Liverpool ketika dibawah kendalian Jurgen Klopp.

Selepas menyertai Barcelona, beliau tidak mendapat tempat dan gagal untun mencapai aksi terbaiknya.

ST – Danny Ings

Beliau tidak mendapat tempat sebagai kesebelasan utama ketika beraksi bersama Liverpool menyebabkan Ings mahu berhijrah beraksi bersama Southampton.

Ings kini merupakan pemain terbaik dalam pasukan Southampton dan menerima pujian bertalu-talu dari Klopp.

ST – Lucas Barrios

Barrios telah menjaringkan 49 gol dari 102 penampilan untuk pasukan Borussia Dortmund dibawah pimpinan Jurgen Klopp.

Namun pada tahun 2012 beliau telah ditawarkan untuk menyertai Chinese Super League dan beraksi di sana.

Walaupun barisan pemain ini mungkin tidak setanding dengan barisan sedia ada di Liverpool sekarang, tetapi harus diakui mereka juga antara pemain berbakat yang mampu memberi impak dalam sesebuah perlawanan.

BACA:  Jurgen Klopp Kibar Bendera Putih