Kesebelasan Terbaik Pilihan Ronaldo Nazario

Ronaldo Nazario merupakan legenda bola sepak terkenal yang pernah beraksi bersama skuad emas Brazil.

Beliau mempamerkan aksi luar biasa ketika beraksi di Serie A dan La Liga. Selama 18 tahun kariernya, Ronaldo sudah beraksi bersama ramai bintang besar.

Dengan segala kejayaan yang dikecapi, Ronaldo juga disenangi oleh semua pemain bola sepak dari dulu hingga pemain di zaman ini.

Baru-baru ini Ronaldo Nazario telah mendedahkan kesebelasan terbaik pilihannya di FATV dan sepertinya beliau telah memilih para pemain yang sangat hebat.

Ronaldo Nazario sepanjang kariernya beliah telah berjaya memenangi dua kali gelaran Ballon d’or.

Ketika beraksi bersama kelab, Ronaldo telah berjaya menjaringkan 352 gol sepanjang kariernya bersama pasukan seperti Cruzeiro, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan dan Corinthians.

Jadi sepanjang kariernya beliau sudah pasti beraksi bersama ramai pemain handalan dunia.

Jadi siapakah pilihan dalam kesebelasan terbaiknya? Sudah pasti beliau akan hasilkan kesebelasan terbaik dari yang terbaik.

Gianluigi Buffon menjadi pilihannya sebagai penjaga gol utama untuk melindungi gawang gol dan di bantu oleh barisan pertahanan yang sangat hebat.

Ronaldo menamakan Cafu, Roberto Carlos, Paolo Maldini dan Fabio Cannavaro sebagai empat pertahanan pilihannya.

Lihat kepada pertahanan dan penjaga gol pemain lawan mana yang berani untuk hadapi mereka?

Di bahagian tengah beliau menggandingkan Zinedine Zidane dan Andrea Pirlo. Bayangkan dua legenda ini berada dalam satu pasukan yang sama. Sudah tentu bahagian tengah padang dikuasai oleh mereka bukan?

Lionel Messi dan Diego Maradona pula diletakkan dibahagian sayap kiri dan kanan dalam kesebelasan pilihannya.

Seorang pemain handalan dunia dari Argentina pada ketika ini dan seorang lagi legenda handalan dunia dari Argentina.

Di posisi penyerang beliau menamakan dirinya sendiri dan meletakkan Pele sebagai gandingan beliau.

Satu kajian telah dilakukan oleh Play Ratings, dengan mata wang yang berubah dan pasang surut, mereka telah menilai semula yuran perpindahan Ronaldo dari Barcelona ke Inter Milan.

Menurut dari Play Ratings, sekiranya perpindahan itu berlaku dalam pertukaran dan nilai pasaran seperti sekarang, nilai perpindahan Ronaldo boleh mencecah €433 juta.

Selepas bersinar bersama Barcelona dengan menjaringkan 47 gol dari 49 penampilan, Ronaldo berhijrah ke Inter Milan dengan nilai €28 juta pada tahun 1997.

Ketika itu Ronaldo secara peribadi telah memecahkan dua kali rekod perpindahan tertinggi di dunia.

Satu nilai yang luar biasa besar pada ketika itu, namun pelaburan Inter agak berbaloi dengan Ronaldo berjaya menjaringkan 59 gol dari 99 penampilan bersama Inter walau kerap mengalami kecederaan.

Sejujurnya kesebelasan pilihan Ronaldo adalah yang terbaik antara semua kesebelasan pilihan sebelum ini.

BACA:  Ronaldo Dedahkan Sebab Disebalik Fesyen Rambut Piala Dunia 2002