Kesebelasan Utama James Milner Ketika Perintah Berkurung

Pemain tengah pasukan Liverpool, James Milner sekali lagi muncul menghiburkan peminat ketika liga bola sepak sedang digantung.

Pemain veteren ini sememangnya terkenal dengan sikap suka bergurau dan buat lawak yang bukan-bukan.

Kalau sebelum ini Milner mengasingkan tea bag dan upload ke laman Twitter dia, kemudian beliau bawa gunting dan pembaris pula pergi ke padang untuk mengukur rumput.

Ya, Milner menggunakan pembaris dan gunting untuk pastikan semua rumput dekat padang tu mempunyai ukuran yang sama.

Nampak tak lawak orang lama-lama ni macam mana? Waktu pemain lain semua sibuk dengan #StayAtHomeChallange Milner tabah untuk tetap buat keje pelik dia.

Terbaru Milner memuat naik satu video ke laman Twitter miliknya, dalam video itu Milner memilih kesebelasan utama pilihan beliau ketika waktu isolasi.

Beliau menggunakan beberapa perkakas dalam rumah untuk dijadikan sebagai pengganti pemain pilihannya.

Macam-macam alat keluar dari sebuku roti sampai lah ke lampu bilik tidur semua Milner keluarkan untuk membina kesebelasan utama pilihan dia.

Antara yang menariknya Milner menggunakan kertas bersimbol love, Milner menganggap itu adalah Joe Hart dan diletakkan di posisi penjaga gol.

Vacuum berjenama Henry Hoover dijadikan pengganti kepada Thierry Henry, dan seketul burger sebagai pengganti kepada Patrick Berger.

Milner kemudiannya menunjukkan sebuku roti ‘Bread Friedel’ dan menganggap ianya sebagai bekas penjaga gol Blackburn Brad Friedel.

Milner juga meletakkan sekeping syiling di tengah dan mengatakan itu adalah David Silva dan seketul lampu yang dianggap Gini Wijnaldum.

“Kalau gosok lampu ni Jin akan keluar jin itu adalah Gini Wijnaldum”.

Kata Milner sambil menggosok lampu itu.

Pemain kebangsaan England itu tidak henti-henti menghiburkan para peminat dengan lawak anehnya.

Milner menghilangkan bosan ketika negaranya mengarahkan semua rakyat untuk duduk dirumah dan tidak keluar kemana-mana untuk mengelakkan penularan virus Covid-19.

Nampaknya Milner berjaya mengisi masa lapang ketika penggantungan Liga ini dengan melakukan pelbagai perkara dirumah dan tidak keluar kemana-mana.

Premier League dijangkan akan bersambung semula selepas 30 April nanti namun semuanya masih bergantung kepada keadaan dan tahap keselamatan yang aman.

BACA:  Milner Diajar Sejak Kecil Untuk 'Tidak Menyukai' Manchester United