Kesebelasan Utama Malaysia vs Indonesia

Jurulatih pasukan Malaysia telah mengeluarkan senarai kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia bagi saingan kumpulan G.

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk terus memberi saingan dalam perebutan tempat selepas berjaya menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi kebangkitan penuh epik dengan permainan yang meyakinkan.

Pertemuan antara dua negara serumpun ini dijangka sengit dan tiket perlawanan sebanyak 90,000 keping juga telah habis dijual dua 3 hari sebelum hari perlawanan dan hanya 4,500 tiket untuk penyokong Indonesia.

Rekod pertemuan antara Malaysia dan Indonesia nyata memihak kepada pasukan negara jiran itu dan sememangnya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan sentiasa menjanjikan aksi panas malah ada yang menyebabkan rusuhan. Kat tempat diaorang la.

Malaysia dan Indonesia telah bertemu sebanyak 90 kali di mana Malaysia telah mencatatkan keputusan dengan 33 kemenangan, 20 seri dan 37 tewas.

Indonesia mencatatkan 37 kemenangan dengan kelebihan 4 kemenangan berbanding Malaysia. Menurut fakta menarik daripada FAM :

1. Dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan Malaysia menang 3-0 pada Final 1 Piala Suzuki AFF 2010 dan menang 2-0 pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2012.

2. Kekalahan terakhir Malaysia kepada Indonesia di gelanggang sendiri hanyalah 14 tahun yang lalu iaitu Separuh Akhir 2 Piala Tiger 2004/2005 apabila tewas 4-1 kepada Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari 2005.

Berikut merupakan senarai kesebelasan utama Malaysia menentang Indonesia:

MALAYSIA: 22. Khairulazhan Khalid (GK); 4. Syahmi Safari, 3. Shahrul Saad, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 6. La’Vere Corbin-Ong; 15. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih, 14. Syamer Kutty Abba; 11. Safawi Rasid, 13. Mohamadou Sumareh, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 5. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 10. Azzizan Nordin, 12. Afiq Fazail, 16. Syazwan Andik Ishak, 17. Baddrol Bakhtiar, 18. Dominic Tan, 21. Danial Amier Norhisham, 23. Haziq Nadzli (GK). N/A: Matthew Davies & Syafiq Ahmad.

Senarai pemain Indonesia:

INDONESIA: 1. Muhammad Ridho (GK), 4. Teuku Ichsan, 5. Otavio Dutra, 6. Hendro Siswanto, 7. Septian David, 10. Greg Nwokolo, 13. Febri Hariyadi, 15. Ricky Fajrin, 16. Yanto Basna (C), 19. Bayu Pradana, 22. Gavin Kwan.

Subs: 2. Putu Gede, 3. Abduh Lestaluhu, 8. Dendi Santoso, 11. Osas Saha, 12. Lerby Eliandry, 14. Rizky Pora, 17. Irfan Bachdim, 18. Ardi Idrus, 20. Teja Paku Alam (GK), 21. Dedi Gusmawan, 23. Andritany Ardhiyasa (GK).

Rekod 10 perlawanan terakhir Malaysia menentang Indonesia.

Indonesia 4 – 1 Malaysia (3/1/2005) Kalah
Malaysia 1 – 1 Indonesia (23/8/2006) Seri
Indonesia 1 – 1 Malaysia (6/7/2008) Seri
Indonesia 5 – 1 Malaysia (1/12/2010) Kalah
Malaysia 3 – 0 Indonesia (26/12/2010) Menang
Indonesia 2 – 1 Malaysia (29/12/2010) Kalah
Malaysia 2 – 0 Indonesia (1/12/2012) Menang
Indonesia 2 – 0 Malaysia (14/9/2014) Kalah
Indonesia 3 – 0 Malaysia (6/9/2016) Kalah
Indonesia 2 – 3 Malaysia (5/9/2019) Menang

Dalam 10 perlawanan terakhir Malaysia mencatat 3 menang,2 seri dan 5 kekalahan dengan 13 gol serta 20 bolos.

Baca Juga

Baca Juga