Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan Gon telah mengeluarkan senarai kesebelasan utama Malaysia menentang Jordan untuk perlawanan pertama Harimau Malaya di saingan Piala Asia 2023.
Perlawanan kedua di kumpulan E selepas Korea Selatan berjaya menewaskan Bahraian 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Dan berikut merupakan senarai kesebelasan utama Malaysia vs Jordan yang berlangsung di Stadium Al Janoub, Qatar:
Penjaga Gol
16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed – 28 Tahun
Pertahanan
2. Matthew Davies – 29 Tahun
15. Junior Eldstal – 33 Tahun
21. Dion-johan Cools – 28 Tahun
22. La’vere Lawrence Corbin-ong – 33 Tahun
Tengah
8. Stuart John Wilkin – 26 Tahun
20. Mohd Afiq Fazail – 30 Tahun
26. Romel Morales – 27 Tahun
Penyerang
7. Mohamad Faisal Abdul Halim – 26 Tahun
9. Darren Lok – 34 Tahun
12. Arif Aiman Mohd Hanapi – 22 Tahun
Pemain Simpanan
23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman – 22 Tahun
1. Muhammad Azri Ab Ghani – 25 Tahun
3. Shahrul Mohd Saad – 31 Tahun
4. Daniel Sang Ting – 32 Tahun
5. Muhammad Syahmi Safari – 26 Tahun
6. Dominic Tan – 27 Tahun
10. Endrick Dos Santos – 29 Tahun
14. Mohamed Syamer Kutty Abba – 27 Tahun
18. Brendan Gan – 36 Tahun
24. Natxo Insa – 38 Tahun
11. Muhammad Safawi Rasid – 27 Tahun
13. Mohamadou Sumareh – 30 Tahun
17. Paulo Josue – 35 Tahun
19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – 25 Tahun
Jadual perlawanan Malaysia
Bagi saingan Piala Asia 2023, Malaysia telah diundi berada dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan. Kumpulan yang agak keras yang pastinya Harimau Malaya akan melawan.
Harimau Malayatelah terbang ke Doha, Qatar pada Isnin, 1 Januari 2024 dan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada Isnin, 8 Januari 2024 sebagai perlawanan tertutup yang menyaksikan keputusan seri 2-2.
Berdasarkan ranking terkini FIFA pada 21 Disember 2023, Malaysia kini di tangga 130, Jordan di tangga 87, Bahrain di tangga 86 manakala Republik Korea di tangga 23 dunia.
1. Malaysia vs Jordan
Isnin, 15 Januari, jam 8.30 malam (1.30 pagi Selasa waktu Malaysia)
Stadium Al Janoub
2. Malaysia vs Bahrain
Sabtu, 20 Januari, jam 5.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia)
Stadium Jassim Bin Hamad
3. Malaysia vs Korea Selatan
Khamis,25 Januari 2024, jam 2.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia)
Stadium Al Janoub
Dua pasukan teratas setiap kumpulan iaitu 12 pasukan (Juara dan Naib Juara kumpulan A, B, C, D, E dan F) bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Pusingan 16 Terbaik yang dijadual berlangsung pada 28, 29, 30 dan 31 Januari 2024.
Perlawanan Suku Akhir akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2024 manakala Separuh Akhir pada 6 dan 7 Februari 2024 manakala Final pada Sabtu, 10 Februari 2024 di Stadium Lusail yang boleh menempatkan 88,000 orang penonton.