Kesebelasan Utama Malaysia vs Uzbekistan

Kekalahan pada perlawanan pertama empat gol tanpa balas kepada Jordan dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menyaksikan pelbagai kritikan diterima oleh skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

Perlawanan kedua menentang Uzbekistan yang nyata lebih kuat dan lebih bertaktikal daripada Jordan pasti memberi tekanan lebih berat kepada skuad Harimau Malaya.

Pemain Uzbekistan yang beraksi di Serie A, Eldoe Shomurodov yang dibeli oleh Jose Mourinho selepas mengambil tampuk pimpinan di AS Roma sudah pasti menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan ini.

Untuk perlawanan menentang Uzbekistan ini, Tan Cheng Hoe membuat beberapa pertukaran dan merehatkan Guilherme De Paula Lucrecio yang nyata tidak menjadi pilihan netizen.

Luqman Hakim Shamsudin diberi peluang untuk bermula dari kesebelasan utama dan penjaga gol veteran, Khairul Fahmi Che Mat kembali ke gawang menggantikan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Uzbekistan:

Khairul Fahmi Che Mat,
Mohd Rizal Mohd Ghazali,
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak,
Muhammad Irfan Zakaria,
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar,
Muhammad Akram Mahinan, B
addrol Bakhtiar,
Mohamad Faisal Abdul Halim,
Kenny Pallraj A/l Davarag,
Mohamad Hakimi Abdullah,
Luqman Hakim Shamsudin.

Pemain Simpanan:

Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Mohamad Al Hafiz Harun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Syafiq Ahmad, Guilherme De Paula Lucrecio.

Jordan 4-0 Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia akhirnya kembali semula beraksi ke kancah perlawanan antarabangsa selepas tamat kempen kelayakan Piala Dunia 2022 beberapa bulan yang lalu.

Skuad Harimau Malaya bertandang ke Stadium King Abdullah II Amman, Jordan bagi menghadapai tuan rumah dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama sebelum menentang Uzbekistan.

Perlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ini merupakan satu persediaan buat skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF dan kelayakan Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe telah memanggil dan memberi peluang kepada beberapa muka baru untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ini.

Kontroversi telah tercetus menjelang keberangkatan skuad Harimau Malaya ke Amman, Jordan dengan beberapa insiden yang agak tidak masuk akal.

Pemain Terengganu FC, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni mendapat panggilan tidak dapat dikesan dan gagal untuk melapor diri kerana telah turun ke laut.

Pemain kacukan Malaysia, Dions Johan Cools pula yang dipanggil terpakasa digugurkan kerana dilaporkan mengalami kecederaan namun ajaibnya Cools telah disenaraikan untuk perlawanan bersama kelabnya.

Akhirnya Tan Cheng Hoe hanya membawa 22 orang pemain sahaja ke Amman dengan membawa enam muka baru iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

urut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Perlawanan antara Malaysia dan Jordan ini berlangsung dengan penuh kehambaran di mana jelas Harimau Malaya bergelut mendapatkan keserasian.

Jordan juga tidak mempamerkan permainan yang meyakinkan walaupun menguasai perlawanan namun mereka berjaya mendapat gol pendahuluan pada minit ke-34.

Hasil kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria terus dihukum Ali Olwan dengan saturembatan jarak dekat.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, kesilapan dan masalah komunikasi antara Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid menyaksikan mereka berpelukan dipadang.

Ketua pasukan Jordan, Odai Al-Saify tidak melepaskan peluang percuma itu dengan tolakan mudah ke gawang terbuka.

Dua minit bersambung babak kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya terus bermurah hati dengan terus memberikan gol percuma kepada Jordan.

Tandukan tidak kemas Muhammad Irfan Zakaria menjumpai Ali Olwan yang tidak dikawal dan mudah menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid untuk gol ketiga.

Pada minit ke-49 Jordan menjaringkan gol keempat melalui satu lorongan mudah dan Ali Olwan melengkapkan jaringan hatrik beliau untuk membawa pulang bola perlawanan.

Pertukaran dilakukan Tan Cheng Hoe dengan mengeluarkan Guilherme De Paula Lucrecio dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dengan memasukkan Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal merupakan satu perkara yang paling positif dalam perlawanan ini.

Kemasukan dua pemain muda ini menjadikan permainan Harimau Malaya menjadi sedikit bertamadun dan nampak seperti bermain bola sepak di mana serangan mula mampu dilakukan.

Namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh Harimau Malaya dan Jordan juga tidak menambah jaringan, kedudukan 4-0 kekal hingga tamat permainan.

FT JORDAN πŸ‡―πŸ‡΄ 4-0 MALAYSIA

Ali Olwan 34β€² 47β€² 49β€²
Odai Al-Saify 42β€²

Kesebelasan Utama Malaysia: Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Muhammad Irfan Zakaria, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Muhammad Akram Mahinan, Baddrol Bakhtiar, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Syafiq Ahmad, Guilherme De Paula Lucrecio.

Pemain Simpanan: Khairul Fahmi Che Mat, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Mohamad Al Hafiz Harun, Quentin Cheng Jiun-ho, Mohamad Hakimi Abdullah, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar, Kenny Pallraj A/l Davaragi, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Baca Juga

Baca Juga