Kesebelasan Utama Pilihan Andriy Shevchenko

Andriy Shevchenko, bekas penyerang lagenda Ukraine telah menyenaraikan kesebelasan utama terbaik pilihannya yang terdiri nama besar di liga Eropah. Andriy Shevchenko menikmati perjalanan kariernya dengan tenang sebelum bersara pada tahun 2012.

Andriy Shevchenko memulakan karier bersama Dynamo Kyiv di usia 18 tahun pada 1994 sebelum menyertai AC Milan pada tahun 1999, aksinya bersama AC Milan meletakan beliau sebagai antara penyerang berbisa di Eropah ketika itu. Ketajaman Andriy Shevchenko menarik minat pasukan kapitalis Chelsea untuk membelinya. Pada tahun 2006 Shevchenko menyertai Chelsea, ketumpulan dan kehambaran serta kemerosotan dialami oleh beliau.

Kemudian Shevchenko kembali ke AC Milan sebagai pemain pinjaman tetapi ketumpulan beliau tidak mampu lagi untuk ditajamkan. Pada 2009 beliau berhijrah ke Dynamo Kyiv dan menamatkan kariernya di sana. Maka Shevchenko pun hidup aman bahagia till jannah. Dah macam kisah Torres pulak.

Berikut merupakan pemain kesebelasan utama terbaik pilihan Shevchenko dan sebab kenapa Shevchenko memilih mereka yang terdiri dari rakan sepasukan dan pihak lawan.

Gianluigi Buffon – Goalkeeper

shevchenko-xi-buffon
Gambar : Youtube

“Penjaga yang power dan luar biasa dengan aksi yang tangkas lagi hebat. Saya menewaskan Buffon melalui sepakan penalti pada Final Champions League 2003 tetapi Buffon telah menyelamatkan beberapa percubaan saya sebelum bolos melalui sepakan pernalti. Hawau Betei!”

Cafu – Right Back

shevchenko-xi-cafu
Gambar : goal.com

“Seorang pahlawan apabila berada di padang yang sentiasa ikhlas dan baik hati. Cafu seorang yang kuat dan penuh bertenaga, lariannya dari bawah sentiasa menghasilkan gol untuk AC Milan. Gurauan berkasihnya membantu mengurangkan tekanan pemain lain sewaktu latihan dan perlawanan. Cafu tidak pernah mengecewakan, saya bagi 5 HA!”

John Terry – Centre Back

shevchenko-xi-john-terry
Gambar : ibtimes.co.uk

“Terry seorang pertahanan yang teguh yang penuh dengan keazaman dan mempunyai tandukan pembunuh yang semulajadi. Dia mampu menenangkan pemain yang cuak dan panik. Pemain yang selalu memenuhi jangkaan ramai dan itulah cap dagangnya (trademark). Terry sentiasa mewujudkan bahaya yang luar biasa hasil dari serangan sepakan penjuru. Terry Keren Bangat!”

Alessandro Nesta – Centre Back

shevchenko-xi-nesta
Gambar : thescore.com

“Saya tidak pernah bertemu pemain yang mampu membaca permainan sepower Nesta. Seorang pertahanan yang bijak amat serta laju mengatur langkah. Nesta menunjukan satu permainan hebat menyebabkan Juventus mati kutu ketika perlawanan akhir Champions League 2003.”

Paolo Maldini – Left Back

Gambar : calcio.fanpage.it
Gambar : calcio.fanpage.it

“Antara pemain paling berbakat dan rajin yang pernah saya jumpa. Seorang pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang mempunyai keupayaan luar biasa di bahagian pertahanan dan kreatif membantu bahagian serangan. In Maldini We Trust!”

Kaka – Right Midfield

Gambar : Youtube
Gambar : Youtube

“Kaka seorang Maestro yang kreatif dalam merencanakan atur langkah permainan. Satu keseronokan dan kebanggaan yang sebenar dirasai beraksi bersama Kaka di mana beliau sentiasa memberi hantaran tepat dan maut. Saya menjaringkan banyak gol dan terima kasih kepada Kaka di atas hantarannya yang bijak serta tepat. Kaka “The Next Copot!”

Steven Gerrard – Centre Midfield

Gambar : mirror.co.uk
Gambar : mirror.co.uk

“Pemain tengah bertaraf dunia. Seorang pemimpin yang memimpin melalui tauladan. Gerrard terkenal dengan semangat tidak mahu kalah dan berjuang sampai mati. Pemain yang gemar berlari dan menewaskan pertahanan serta dikurniakan dengan sepakan yang padu serta tepat. This is our year!”

Amar Rohidan – Centre Midfield

amarrohidan
Amar berlakon seolah-olah terkejut diasak pemain Australia

“Pemain kelahiran Kedah ini, memainkan peranan penting selaku “holding midfielder” untuk skuad negara ketika menjuarai Piala AFF pada edisi 2010.”

amar-rohidan
Berbatov mengaku kalah dengan kehebatan Amar sehingga melutut di tengah padang

“Amar turut menjelmakan persefahaman baik bersama Safiq Rahim di bahagian tengah dalam merangka gerakan buat barisan Malaysia, Amar mungkin tidak tahu, saya merupakan peminat beliau”

Zinedine Zidane – Centre Midfielder

Gambar : sports.gentside.com
Gambar : sports.gentside.com

“Pemain yang mempunyai vision yang tinggi dan mampu mencipta keajaiban dan memberi keaiban kepada lawan. Dalam perlawanan hampir mustahil untuk menjangkakan gerak langkah Zidane. Di luar padang Zidane seorang yang baik dan pemurah.”

Lionel Messi – Left Midfield

anak-lionel-messi-tidak-meminati-bolasepak
Gambar : foxsport.com

“Amat susah sekali mahu mencari pemain yang mampu menggelecek dan menjaringkan gol seperti Messi. Messi merupakan pemain penyerang yang power untuk abad ke-21 ini. Saya tidak boleh menyatakan dengan tepat posisi mana sebenarnya Messi bermain kerana dia berada di mana-mana dan sentiasa membuatkan pertahanan kelihatan bodoh.”

Ronaldo – Centre Forward

Gambar : reddit.com
Gambar : reddit.com

“Ronaldo tembam atau El Fenomeno bukan Ronaldo Sado, pemain yang berkemahiran tinggi, power dan sentiasa menyempurnakan peluang seperti mesin. Rekod jaringan yang dilakukan oleh Ronaldo di kelab beliau beraksi akan menceritakan segalanya. Saya boleh bayangkan apa akan beliau lakukan dalam bolasepak jika kecederaan tidak menghantui karier beliau.”

Wayne Rooney – Centre Forward

wayne-rooney-fw

“Tiada pemain yang bolehg menandingi kecekapan dan work-rate Rooney, beliau tidak ego seperti kebanyakan pemain yang lain. Rooney pemain yang hebat dalam pasukan dan mahu dimiliki oleh semua jurulatih.”

Pemain Gantian

Petr Cech

“Saya sangat menghormati Cech kerana beliau boleh kembali beraksi ke prestasi terbaik selepas mengalami kecederaan yang teruk.”

Carles Puyol

“Pertahanan yang hebat yang sentiasa bersedia berkorban untuk pasukan.”

Michael Ballack

“Pemain serba boleh dan berbakat. Sentiasa mempunyai keazaman yang tinggi ketika beraksi.”

Frank Lampard

“Bekas rakan sepasukan saya dimana berkemampuan untuk memulakan dan menyudahkan serangan.”

Andrea Pirlo

“Seorang pemain tengah yang bijak serta tidak tamak yang mampu membuat hantaran tepat walau di mana saja berada. Pirlo mampu membuat hantaran tepat dari Kodiang hingga ke San Siro”

Ryan Giggs

“Mr Gentleman di era bolasepak moden, bijak dan kreatif dengan kemahiran individual yang mempesonakan mengingatkan saya kepada Mat Yo. Owh! Bersilat Mat Yo di situ”

Cristiano Ronaldo

“Ronaldo menggabungkan helahnya dengan bijak diimbangi dengan kerajinan dan kekemasan mengawal bola. Tapi sekadar pemain simpanan pilihan jela.”

Safiq Rahim

“Pemain Tengah terbaik yang ada di Malaysia sekarang  tetapi sayang beliau telah bersara untuk perlawanan antarabangsa. Hantaran beliau amat maut dan tepat tetapi mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi sehingga kucing pun menyukai beliau.

“Jika Chopot lahir di Eropah atau Amerika Selatan sudah tentu perebutan pemain terbaik dunia setiap tahun akan menjadi rebutan tiga penjuru, Messi-Ronaldo-Syafiq.”

Sama pulak macam Ancelotti.

Baca : Kesebelasan Utama Pilihan Mendiang Johan Cruyff

Baca Juga

Baca Juga