Kesebelasan Utama Pilihan John Terry Tanpa Pemain Chelsea

Ikon pasukan Chelsea, John Terry telah membuat debut dalam rancangan Monday Night Football bersama Jamie Carragher ketika perlawanan yang menyaksikan Everton bangkit dari ketinggalan dan menang 3-1 ke atas Swansea.

Bekas kapten pasukan Chelsea itu juga telah ditugaskan untuk memilih 11 pemain Premier League yang menjadi kesebelasan utama pilihannya tetapi tidak dibenarkan untuk memilih para pemain Chelsea yang pernah beraksi bersamanya.

John Terry yang mempunyai bermain selama 19 musim di Premier mempunyai pelbagai pilihan pemain untuk dipilih. Namun bagi bahagian pertahan Terry telah memilih Jamie Carragher dan Gary Neville di bahagian pertahanan.

Carragher dan Neville antara pilihan Terry

Pemilihan dua pertahanan yang juga penganalisis tetap rancangan Monday Night Football telah menyebabkan Carragher secar berseloroh menyatakan bahawa Terry cuba untuk mengampu penerbit rancangan untuk mendapatkan kerja sebagai penganalisis di MNF.

Dua lagi pemain pertahanan yang menjadi pilihan Terry untuk melengkapkan bahagian pertahanan adalah bekas pemain pertahanan Manchester United iaitu Rio Ferdinand dan Patrice Evra.

Di bahagian tengah Terry memilih trio idaman Manchester United iaitu Ryan Giggs, Paul Scholes dan Cristiano Ronaldo bergandingan bersama Lagenda Liverpool yang hebat lagi dihormati serta diagung-agungkan dalam dunia bola sepak, Steven Gerrard.

Dibahagian serangan pula, Terry telah memilih Lagenda Arsenal iaitu King Thierry Henry yang telah menghasilakn 383 gol di England bergandingan bersama pemain yang kembali insaf, Wayne Rooney, penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United.

Scholes dan Giggs juga menjadi pilihan jentera tengah.

King Henry menjadi pilihan Terry kerana Henry merupakan seorang penyerang yang laju dan terbaik sehingga kini. Henry mempunyai segalanya seperti ‘Silent Assassin. Henry mampu menjaringkan gol dengan sundulan, gol jarak dekat dan juga jauh.

Penjaga gol pilihan Terry adalah De Gea. Rasanya tidak perlu lagi Terry menceritakan kehebatan De Gea. Ye dok?

Kesebelasan Utama Pilihan John Terry

Jadi berikut merupakan sebelas Pemain yang menjadi pilihan John Terry.

Penjaga gol

1. David De Gea (Manchester United)

Pertahanan

1. Gary Neville (Manchester United)
2. Jamie Carragher (Liverpool)
3. Rio Ferdinand (Manchester United)
4. Patrice Evra (Manchester United)

Tengah

1. Cristiano Ronaldo (Manchester United)
2. Steven Gerrard (Liverpool)
3. Paul Scholes (Manchester United)
4. Ryan Giggs (Manchester United)

Penyerang

1. Wayne Rooney (Manchester United)
2. ThierrY Henry (Arsenal)

Baca Juga

Baca Juga